24.3.11

Husam vs Mohd Sabu vs Nizar

Saya berminat mengulas sedikit pandangan pembaca dalam ruang komen pada posting terdahulu.

Saya menolak untuk meminati Husam sebagai calon Timbalan Presiden PAS kerana beliau belum terbukti berjaya menyatukan PAS Kelantan. Sikapnya menyerang kepimpinan Ust Nasa pada pemilihan lepas juga mencalar hormat saya padanya. Biar apapun salah sesiapa, jika menjejakkan kaki dalam arena pemilihan parti, jauhkan menyerang sesiapa.

Saya menolak untuk meminati Mohd Sabu sebagai calon Timbalan Presiden PAS kerana saya tidak melihat banyak kemahiran yang dimilikinya untuk membantu Presiden. Dan gaya politik serta ketokohan beliau sangat sinonim dengan watak pendekar atau pahlawan yang tidak perlu berada di kerusi kedua teratas.

Saya meminati Nizar kerana beliau telah dipilih Allah untuk merasai pengalaman mentadbir sebuah negeri, mempertahankan Islam di tengah kerumunan non-muslim dalam pengurusannya, lebih bersifat pemimpin parti Islam dan tidak terpalit dengan imej yang boleh dimomokkan oleh BN ke atas anak muda atas pagar.

Saya akui, daripada sudut pengorbanan dan seniority dalam kepimpinan pusat, Nizar di tempat ketiga. Tetapi jika dicampur kesemua kriteria yang ada pada minda saya, begitulah keinginan saya.

Jika anda hidup dalam dunia korporat, kewangan, ekonomi, perniagaan, pembinaan, maka anda tahu mereka di sana akan memilih siapa antara tiga tokoh ini, jika terpaksa memilih.

Kita mahu pemimpin yang mentadbir Malaysia yang merupakan sebuah negara berteknologi tinggi dan membangun yang menjadi contoh, bukan hanya sebuah parti pembangkang.

Tokoh nombor dua sangat sinonim dengan situasi itu malah biarlah tokoh itu mampu duduk dan diri bersama Ketua Pembangkang sekarang.

Dalam masa yang sama, diterima majoriti ahli parti sendiri dan mendapat kepercayaan dan penghormatan di samping memiliki akhlak yang TERPUJI.

Wallahu a'lam.

2 comments:

Anonymous said...

Presiden PAS & Nasharuddin Mat Isa sendiri seakan gagal menyatukan PAS di peringkat nasional selepas terbongkarnya pertemuan dalam gelap UG antara PAS dan UMNO. Bagaimana pandangan saudara mengenai kedua-dua tokoh ini di persaingan Muktamar 2011 kelak?

Zainulfaqar Yaacob
0194241583

Elbaritii said...

Terima kasih atas pertanyaan saudara Zainulfaqar. Pertemuan gelap UG? Jika saudara menyebut tentang pertemuan selepas PRU 12, itu bukan UG. Itu "kemungkinan" kerjasama PAS dengan Umno di Selangor (setakat apa yang saya tahu). Dalil yang digunakan untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR adalah dalil yang digunakan untuk PAS dan UMNO. Bezanya cuma, Umno dah terbukti menipu dalam kerjasama lampau. DAP dan PKR belum terbukti menipu tetapi dah terang2 menolak daulah Islam. Kerana itulah kita sudah mesra dengan "Kebajikan". Bloger PAS pun mula berhujah dengan ini.

Perbezaan pandangan pimpinan PAS dalam kerjasama ini ialah pada menilai keputusan ini daripada sudut politik, bukannya fiqah. Maka, bolehkah perpecahan atas perbezaan pandangan, berlaku? Haruskah sahabat2 bloger mengamuk tak tentu pasal terhadap individu tertentu. Bolehkah mereka "membawa" PAS berselingkuh dengan Umno jika parti menolaknya? Bayang siapa yang bloger2 kita terlalu gerun dan gementar?

Dan setahu saya, UG tidak pernah digelapkan oleh Presiden. Ianya disebut secara terbuka buat pertama kali pada telinga saya dan ratusan ribu yang mendengarnya di Staduim Malawati. UG bukan tentang PAS dan UMNO. Ia tentang semua parti memerintah tanpa pembangkang.

Saya harap, saudara memahami isu ini sebelum saya memberi pandangan terhadap dua pimpinan tertinggi ini.

Wassalam