Saya percaya ramai yang sangat keliru. Sukar. Pilihan yang sangat membingungkan. Siapa yang paling layak.
Jauh dalam lubuk hati saya. Apa salahnya kita melihat Mat Sabu menduduki tempat kedua parti. Kita masih ada Presiden dan Majlis Syura untuk mengawal dasar-dasar parti. Ya, mungkin itu bukan pilihan utama saya, tapi rasa ingin memberi peluang tetap ada. Jika ini bercanggah dengan agama, pasti ia terlmaktub satu larangan, dalam buku kecil perlembagaan.
Kenapa saya mahu melihat?
Ia adalah sangat baik untuk sebuah parti politik. Mempelbagaikan kes yang boleh dibuat kajian. Memberikan satu dimensi baru kepada perjuangan parti. Menyuntik sedar dan menunjuk contoh kepada barisan ulama muda yang bakal menerajui parti pada masa akan datang.
Ketika inilah, parti dapat melakukan eksperimen. Jangan mudah kita terperangkap dengan mainan keji bloger yang mudah mendakwa parti akan musnah dengan satu dua tindakan pemimpin. Ustaz Nasa boleh bawa PAS menyertai Umno lah. Bukan Ulama boleh menjahanamkan partilah. Maaf saya nak kata, jangan otak kita sempit membaca realiti dan membuat andaian.
Kalau tiba-tiba abang Mat Sabu buat onar sebagai Timbalan kerana dia bukan ulama, bangkitlah ulama seluruh Dewan Ulama menegur. Mungkin itulah masanya Mursyidul Am PAS membuat teguran pedas, seperti teguran ke atas Ustaz Nasa suatu ketika dulu.
Saya memang mahu melihat, apakah kelainan yang boleh dilakukan selain ulama di kerusi itu. Itu satu pengajaran yang amat berguna.
Tiada siapa boleh merosakkan parti. Keberkatan parti ini tidak mudah dilumpuhkan dengan seorang dua pemimpin. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment