8.7.11

Isi Khutbah Jumaat Di Masjid Negara

BERSIH benar-benar menakutkan sebahagian pemimpin Malaysia.

Pada hari ini, saya sengaja menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara. Untuk mendengar khutbah kerajaan yang disampaikan kepada rakyat jelata. Fikir, semua masjid di Wilayah membaca teks yang sama.

Saya sempat mencatatkan beberapa isi menarik:

1. Khatib memulakan khutbah dengan mengkritik (mengutuk) sebuah negara Islam di Asia Barat yang runtuh musnah akibat tiadanya keutuhan dan perpaduan. Sebenarnya kritikan itu ditujukan kepada gerakan rakyat yang melakukan demonstrasi.

2. Khatib menggambarkan BERSIH (tidak menyebut kalimah Bersih) adalah kumpulan tidak sah undang-undang dan menegaskan pengikut dan penyokong kumpulan ini adalah pengkhianat kepada agama Islam.

3. Khatib menyebut barangsiapa yang memuliakan pemerintah dia akan dimuliakan Allah. Saya tidak jelas apakah stand kepada dakwaan itu. Juga menggambarkan gerakan Bersih ini adalah gerakan anti Islam apabila menyifatkannya sebagai musuh Islam. Lantas menyeru umat Islam tidak mengikutinya.

Selepas solat Jumaat, imam mengajak solat hajat diadakan untuk keamanan negara. Mudah-mudahan Allah menjaga negara ini daripada runtuhnya kuasa, moral, agama, kredibiliti dan keadilan.

Jika sebelum azan Jumaat, berpuluh kenderaan FRU melintasi masjid, selepas solat, jalan di hadapan Dataran Merdeka sempurna ditutup polis.

1 comment:

otaklunyai said...

bagaimana pula kalau kera-jaan atau pemerintah yg terbukti engkar kpd perintah Allah.. nak kena taat jugak ke pak khatab... sedangkan para sahabat yg dilantik menjadi khalifah selepas Rasulullah S.A.W telah mengingatkan kpd para hamba rakyat utk tidak mentaati mereka jika mereka tidak mengikut syariat Allah... jadi kalau mentekedarah duit komisen kapalselam tu agak-agak ikut syariat Islam ker pak khatab... boleh... boleh... BOLEH BLAH....