28.6.11

BERSIH dua titik kosong




Bersih...bersih...bersih...


Unggun Bersih sudah galak dinyalakan
Mahu menyemarakkan angin-angin panas
Mengukus rasa takut, getar dan kecut
Demi menentangi mata-mata kuasawan

Kuasawan itu semakin kucar dan langsi
Menjerit Bersih ini bukan bersih tapi kotor
Memfitnah Bersih yang kotor ini mahu mematikan
Memampuskan kuasawan dan parti memerintah

Memerintah dengan kuku dan besi, siapa redha
Merompak dan menyamun rakyat, siapa diam
Menipu dan menyeleweng undi, siapa terima
Mahu perintah sampai mati, siapa setuju

Setujulah kita Bersih hanya membuang kotor
Tiada rampasan, tiada berontak, tiada derhaka
Setujulah kita Bersih memang beragenda
Membersihkan pilihan raya dan membuang kekotoran

Bersih itu mulia, wahai Tuhan
Bersihkanlah kami dari noda dan dosa
Jauhkan kami daripada kekotoran hati dan kuasawan
Ibarat terpisahnya sang timur dan sang barat

Kami tekad menyokong Bersih
Dua titik kosong

No comments: