19.11.07

0308 171707

Syukur alhamdulillah.
Syukur tidak terhingga di atas kurniaan Allah Taala ini.
Tiada siapa yang dapat memberi kami kegembiraan seperti ini melainkan Dia jua. Allah Rahman dan Rahim.

16.11.07

2000
Saya merehatkan diri selepas letih bekerja siangnya. Saya pesan kepada isteri, abang perlu berehat terlebih dahulu, bimbang kalau-kalau malam itu terpaksa berjaga. Menunggang motorsikal dari KL ke Puchong dalam suasana kesesakan yang ada, memang meletihkan. Saya perlu mengumpul tenaga untuk sentiasa mendampingi isteri di bilik bersalin nanti.

Due isteri saya ada tiga tarikh pada awalnya. Pertama 15 Nov, kedua 17 Nov dan ketiga seminggu selepas itu.
Dua tarikh awal itu dicadangkan oleh Dr Adilah dari Pusrawi Jalan Tun Razak berdasarkan kepada kitaran haid dan saiz kepala. Tetapi akhirnya beliau putuskan 17 Nov. Tarikh ketiga pula ditetapkan oleh Dr Raja di Puchong. Beliau membuat kiraan berdasarkan kepada saiz kepala bayi yang diukur melalui scan.

Saya fikir ini bukanlah kerana kelemahan atau kesilapan, sebaliknya keadaan bayi di dalam perut yang sukar dilihat dan diukur dengan tepat melalui alat scan, menyebabkan berlaku perbezaan pada ukuran itu.

Juga, jika si ibu tersilap memberi tarikh kitaran haidnya.

2200
Isteri saya mengejut saya.
" Abang, jom ke hospital, Aida terasa sakitlah. " Jom, balas saya, sambil naik ke atas dan mengejut Diana untuk memintanya menyiapkan diri segera. Setelah semuanya beres, kami menuju ke Hospital Putrajaya.

Sebenarnya isteri saya sudah terasa sakit dengan kekerapan 5 minit sekali pada jam 8 malam. Sepatutnya sudah boleh ke hospital ketika itu. Tetapi mungkin kerana dia kasihankan saya yang masih letih, dia sanggup sabar menunggu dan menahan. Terima kasih kerana bersabar...


Lama juga bersiap. Sampai di hospital hampir pukul 12 tgh malam. Terus mendaftarkan diri. Aida masuk ke dalam seorang diri untuk diperiksa. Jantung bayi, kesihatannya yang lain, termasuk isteri saya diambil catatan relevan.

Agak lama juga saya menunggu. Oleh kerana bilik menunggu itu agak sejuk, saya ambil keputusan menunggu di dalam kereta. Diana masih di dalam bilik menunggu.

Sempat tidur beberapa minit, sebelum dikejutkan Diana dengan panggilannya.
Pekerja di kaunter pendaftaran meminta saya segera mendaftarkan wad isteri saya di kaunter pendaftaran bahagian kecemasan, kerana isteri saya sudah dekat dengan tempoh untuk bersalin.

Sambil mendaftar, Diana datang meminta saya segera ke bilik bersalin. Bergegas, berlari naik ke atas, bagi menemani isteri yang sedang dibantu untuk melahirkan anak. Ruapa-rupanya, bukaannya berlaku dengan cepat.

Saya langsung tak sempat melakukan apa-apa, seperti memberikannya air selusuh. Masuk jam 12 tgh malam, dan dua jam lebih sedikit sudah boleh bersalin. Kali pertama menghadapi situasi ini, sukar membuat pertimbangan dan tindakan.

Saya terus memegang tangannya, menggosok bahu, mencium dahi, meminta beristighfar, memohon bantuan Allah, menyebut namaNya berkali-kali serta bersemangat.

Semua itu dilakukan oleh Aida dengan baik, kecuali satu sahaja, tiada kemahiran melakukan tekanan/teranan dengan betul. Malang juga bagi dia, tiada seorangpun jururawat yang mengajarnya teknik teranan sebelum proses sebenar dilakukan kecuali ketika masa kejadian sebenar. Dalam situasi cemas, bimbang, takut dan sakit, tidak mungkin isteri saya sempat belajar.

Akhirnya jururawat mengambil keputusan memberi alat bantuan. Doktor dipanggil dan saya diminta keluar. Prosedur ini dilakukan tanpa kehadiran suami. Saya faham, kerana ia akan melibatkan perasaan, pertimbangan dan persepsi. Saya keluar sambil berdoa.

Beberapa minit menanti, selesai semuanya. Begitu cepat dan mudah. 0308, 171107 anak kami berjaya "dikeudarakan".

Beratnya 2.42kg. Agak ringan sedikit, tetapi masih normal. Lahir secara normal dengan bantuan, bayi sihat dan ibu juga sihat. Anak tidak perlu diberi bantuan pernafasan atau apa-apa jenis bantuan hidup yang lain. Dibersihkan dan dipakaikan dengan baju yang kami sediakan.

Ibu dijahit.
Seorang ibu, mengalami pelbagai penderiataan sebelum boleh bersama mendampingi si bayi kecil kesayangannya. Cukup besar pengorbanan seorang ibu, saya lebih memahaminya lagi.

Bayi diserahkan kepada si ibu setelah semuanya dibersihkan dan disempurnakan. Bayi disusui.
Saya bersyukur, kerana Hospital Putrajaya adalah hospital rakan bayi. Anak yang dilahirkan diminta disusui dengan susu ibu. 6 bulan pertama tidak dibenarkan percampuran susu ibu dengan susu ibu lembu, atau susu ibu lembu semata-mata, kecuali jika susu ibu tidak mencukupi, baharulah dibantu dengan lembu, isy isy...


Isteri saya memang begitu taksub dengan susu ibu. Taksub yang cukup mulia. Dia juga telah mengahadiri satu kursus penyusuan susu ibu di Hospital Universiti.




Alhamdulillah, semuanya selamat. Si bayi comel kurniaan Allah Taala telah dipinjamkan kepada kami. Moga pinjaman ini lama dan beroleh kebahagiaan. Anak adalah pinjaman, amanah, ujian dan teman seperjuangan...insyaAllah.

Secara tidak dirancang, anak kami berpakaian kuning pada hari Sabtu itu, serentak dengan seruan BERSIH untuk berkuningan pada setiap Sabtu.

Orang dulu-dulu berpesan, jika anak kuning jangan dipakaikan dengan warna kuning. Nanti bertambah teruk. Entah dari mana datangnya kaedah itu.

Anak kami tidak kuning setakat ini, alhamdulillah. Moga2 biarlah bajunya sahaja kuning bersama semangat merubah kezaliman menjiwai dirinya, tidak kulitnya.

Anak kami belum diberi nama secara rasmi...kerana kami belum memutuskannya secara muktamad. Terima kasih isteriku tersayang, atas segala pengorbanan dan keperitan.

Terima kasih Allah, syukur padaMu Yang Maha memberi rezeki, segala pujian hanya bagiMu, dan moga semua ini dibalas dengan mensyukuri nikmatMu sebaik mungkin. Moga anak ini menjejaki langkah2 Nabi Muhammad saw, sebagai seorang muslim yang baik.

walillahilhamdu...

catatan pada 0700 191107.

6 comments:

Anonymous said...

This entry is sooo sweet .... puitis and romantis jugak ust omar ni heh :D Sekali lagi, mabruk atas kedatangan ahli baru, semoga bertambah-tambah iltizam dalam menegakkan syariat Allah

Elbaritii said...

Waalaikumussalam,

Puitis dan romantis? Isyyy ye ker. Seronok ler zaujah ana kalau gitu.

Moga-moga ahli baru ini memberi inspirasi dan harapan...

AMIN AL-KALANTANI said...

Tahniah kat Ust,

Semoga anakanda yang baru dilahirkan menjadi penerus ubudiyyah kepada Allah azzawajalla.

Singgalah kat blog ana di

http://amin1982.wordpress.com
muhammad amin b hj che hassan
kawasan puchong & shah alam

Elbaritii said...

Terima kasih Amin.

Nanti ana melawat blog enta.

Hasrizal Abdul Jamil said...

Assalamualaikum ustaz...

Tahniah.... semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesihatan untuk ummu ihsan dan baby ihsan... serta dipermudahkan urusan membesarkannya untuk rijal hari esok...

Syukur kerana semuanya selamat dan lancar. Ana sedang mencari tarikh yang sesuai nak ziarah... boleh ke?

Elbaritii said...

Salam...
Boleh teramat sangat. Marilah...Sabtu ahad nih ana out station.