Malaysiakini melaporkan: Mengulas cabaran Dr Hassan agar membuktikan calon-calon PAS, termasuk beliau sendiri, pernah berjanji untuk mengharamkan arak dan judi di Selangor, Dr Mohd Asri mengulas:
"Inna lillah wa inna ilaihi raji’un. Saya seakan bermimpi. Suara siapakah yang saya dengar sejak dahulu yang begitu garang menghentam dan mengkritik kewujudan arak dan judi dalam negara ini. Aduhai politik dan kerusi terlalu cepat mengubah manusia. Tidak hairan jika ada tokoh yang menyebut: 'Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik'."
Jika terus berdepan isu pengharaman dua perbuatan maksiat itu, beliau mencadangkan exco kanan kerajaan Selangor itu menjawab: "Alangkah baik jika disebut: 'kita sedang berusaha, atau masih dalam proses, atau mengambil pendekatan yang tersusun, atau sedang meneliti' atau seumpamanya."
Ulasan saya seperti berikut:
- Cabaran Dr Hasan Ali tersebut perlu dibaca bersama dengan punca cabaran itu bermula. Apakah ada dakwaan daripada pihak pembangkang Selangor bahawa PAS atau wakil rakyat PAS telah berjanji untuk melaksanakan apa yang dibangkitkan itu, atau tuduhan PAS telah memungkiri janji pilihan raya yang lalu berkaitan hal berbangkit. Jika begini situasinya, adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk meminta penuduh membuktikan apakah PAS ada berjanji yang sedemikian itu.
- Saya tidak bersetuju Mufti Perlis cepat membuat ulasan dan andaian tanpa mengambil masa untuk mengkaji terlebih dahulu. Beliau benar jika ucapan Dr Hasan Ali lahir secara sepontan tanpa ada sebarang dakwaan mahupun tuduhan, dan amat pincang jika situasi sebenar seperti ulasan pertama saya di atas.
- Amat tidak bersetuju dengan Mufti yang telah menghukum awal Dr Hasan Ali bahawa beliau telah berubah akibat dipengaruhi oleh politik dan kerusi. Tuan Mufti, jangan lupa "al-hukmu 'ala syai' far'un 'an tasawwurihi"! Boleh jadi hukuman ini benar, tetapi bersabarlah dahulu dan dapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku di dewan itu.
- Saya bersetuju saranan Tuan Mufti bahawa exco terbabit sewajarnya menggunakan bahasa lunak dan berlapik bagi menyentuh perkara berbangkit, seperti yang dinyatakan di atas.
- Saya bersetuju Dr Hasan Ali diberi teguran jika benar beliau ada menegaskan PAS tidak akan mengharamkan arak dan judi di Selangor. Walaupun PAS tiada kuasa dan hak untuk bertindak bersendirian dalam Pakatan Rakyat, kenyataan itu adalah kurang bijak dan tidak mesra agama. Bukankah lebih baik Dr Hasan Ali berkata: "kami akan yakinkan rakan kami terlebih dahulu sebelum saya melaksanakannya."
Di samping isu janji di atas, saya juga tertanya-tanya, benarkah PAS Selangor tidak mahu mengharamkan arak dan judi di Selangor, seperti yang saya baca di laman Dr. Maza? Sudah tertutupkah pintu dakwah di dalam Pakatan Rakyat?
8 comments:
Awat tuan Mufti tak kata apa-apa yang BN tak laksanakan janjian mereka yang di buat dalam menifesto mereka pada pelihanraya 2004 ? Tak beranikot !
Essdee, ntah ler.
Kalau kita tanya, mungkin dia jawab, BN memang dah biasa tak tunai janji, BN memang tak boleh harap, BN dah letih saya nasihat diam-diam tapi degil.
Yang PAS ni, saya suka tegur sebab saya sayang!!! Gitulah agaknya...
Malaysia bukan negara Islam atau milik orang Melayu/Islam semata-mata faham!Di samping itu, orang islam berbagai jenis; bukan semua berfikiran kolot "nak-tiru-tamaddun Aran/Pakistan/Taliban/AlQaeda" macam kebnayakan orang PAS! Dan PAS harus ingat, undi untuk mereka bukan semata untuk mereka semata tetapi untuk kesemua Pakatan Rakyat!! Islam yang dinamik, progresif dan ada belas-kasihan harus menghormati kaum, budaya dan car pemikiran yang berlainan kerana dunia ini bukan milik orang Islam semata faham! Kalau tak suka pergi tinggal dalam gua macam Osama! Baru tak payah bergaul dengan agama atau tamadun lain! Orang Islam ini ramai yang hipokrit, guna teknologi barat termasuk komputer ini, tapi tau nak mengutuk orang barat dengan melulu! Orang Islam pun ramai yang jahat macam pembunuh kejam Altantuya, polis pula tu!
Noor Aza Othman.,
Salam Noor Aza
saudara/saudari mengulas yang mana satu? Jika saya mendesak arak dan judi diharamkan di Selangor,apakah ia berbau thaliban?
Omar Al Baruti, hang dengak sini aku nak cakap: Hang cerdik dan pandai. Sekolah tinggi. Tapi hang ada otak ka? Aku orang melayu islam mewakili pemuzik2 sepenuh masa dalam negara ini. Kebanyakan kami menampung hidup dengan main muzik dikelab2 malam. Kami menampung sara hidup keluarga dengan kerja ini bertahun2 lamanya. Namun begitu, kami bukanlah peminum arak. Kalau kerajaan tutup penjualan arak dikelab malam, sudah tentu perniagaan depa merosot atau tutup. Jadi orang2 seperti kami nak cari makan kat mana? Hang nak tanggung kami ka? Pikiak la sikit! Negara ini berbilang bangsa. Kami ni sekolah tak pandai macam hang. Sebab itu kami kerja macam ni! Kalau hang nak suruh kerajaan tutup, pastikan tutup penjualan arak di hotel2 dan kapal terbang MAS/Air Asia. Kalau ini terjadi, kami salahkan hang. Bongok! Kami akan pastikan kerajaan yang tutup periok nasi kami akan tumbang piliharaya akan datang. Hang pi duduk dalam hutan. Jangan guna blog atau komputer. Hang jangan pakai kereta... guna unta sebab hang pun macam unta!
Encik Omar,
Saya telah berjuang mempertahankan orang Islam di Eropah selepas perang Iraq tercetus. Namun apabila saya pulang ke Malaysia dan kembali ke alam realiti setelah meninggalkan Malaysia bertahun lamanya; saya amat terkejut melihat perkembangan Islam yang fanatical di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Yang cuba meniru tamadun Arab dan Iran, gaya Al Qaeda dan Taliban, yang tidak rasional, primitif dan ganas, termasuk tidak tahu menghormati hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan. Bukan hanya sistem kapitalisma yang ganas, tetapi golongan elit di dalam hampir setiap agama yang telah diinstitusikan dan dipolitikkan (agama sebenarnya hanya peribadi; antara penganut itu dan Tuhannya)akan cuba mengawal dan berkuasa ke atas umat biasanya terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak. Inilah yang dimaksudkan "Islam/agama dipolitikkan"! Bukankah Islam dan setiap agama menyuruh menghormati dan ada perasaan belas kasihan kepada kaum, agama dan tamadun yang berlainan dan masyarakat yang tertindas dan teraniaya. Namun dari hujah dengan orang-orang kuat PAS yang saya temui di mahkamah beberapa kali, mereka lupa daratan dan begitu angkuh dan fanatikal. Seperti memandang randah kaum, budaya dan agama lain. Serta protes di P. Pinang baru-baru ini yang menghendakki hukuman mati kepada yang keluar dari ugama Islam; ataupun mahu memaksa pakaian bercorak Arab kepada semua! Ini adalah akibat pengaruh-pengaruh luar yang di atas yang dibawa oleh pendatang asing dari Timur Tengah, Bakistan dan Bangladesh; yang ramai masih berfikiran kuno, terutamanya terhadap hak kaum wanita dan kanak-kanak perempuan! Maka, sifat-sifat yang extremis dan primitif ini hanya akan menjatuhkan tamadun Melayu dan Islam; kerana "viciuous cycle" yang menyebabkan generasi muda Melayu dan Islam yang tidak rasional, moden, progresif dan berpendidikan tinggi (bukan hanya dalam ilmu agama!). Bahkan menambahkan kebencian tamadun lain terhadap tamadun dan ornag Melayu dan Islam!
Noor Aza Othman.
Terima kasih kerana membaca tulisan saya dan mengeluarkan idea anda di sini.
Teruskan membaca dan menjeling-jeling hidayah, di samping meraih pendapatan untuk keluarga. Halal haram, dosa pahala sama sahaja bagi kita berdua.
Wallahu a'lam.
Salam,
Pada pandangan saya, comment yg diberi oleh Noor Aza dan seorang lg anonymous dalam tajuk 'Benarkah PAS Selangor biarkan Arak dan Judi?' adalah pandangan mereka yang diadaptasikan dari bayangan ketakutan kepada pemerintahan Islam. Taliban, al-qaeda dan apatah lagi Iran bukan pemerintahan yang diidolakan oleh PAS. PAS akan memerintah negara(jika di beri peluang) mengikut apa yang telah di turunkan oleh Allah kepada Rasulullah iaitu berdasarkan Quran dan sunnah. Jikalau benar Islam akan menutup pintu rezeki pemuzik2 dah lama penyanyi mahupun pemuzik dan pemilik kelab2 di Arab Saudi tu LUPUS. Bukan saya meminta untuk meniru negara arab itu, tetapi sebagai negara yang berpelembagaan Islam kita boleh tengok bagaimana Arab memerintah. Jika anda ke sana adakah anda di paksa berpakaian seperti Taliban? Jangan takut kepada Islam kerana jika anda takut kepada agama anda sendiri maka siapa lagi akan mempertahankan agama kita. Jika anda tahu perkara yang itu salah disisi Islam mengapa anda teruskan. PAS sedaya upaya membantu menyelamatkan ummat malaysia untuk mengingati akhirat tanpa melupakan dunia. PAS tidak akan melupakan bangsa dan agama lain. PAS tidak akan menutup semua kelab2 di Malaysia ni tetapi jumlah ini akan dikurangkan. Ini bagi memberi peluang non-muslim membeli arak dan berhibur. Tak kan perkara remeh temeh seperti ini pun nak kene PAS beritahut- tak bole pikir sendiri ke. Ambil contoh negeri kelantan , ade ke orang cina mengamuk nak minum arak kat sana. Dan 'jikalau' pun ade manusia2 yang kehilangan sumber pendapatan kerana hal ini, saya percaya dan yakin PAS tak akan membiarkan mereka melarat begitu saja kerana itu bukan cara negara Islam yang di ajar oleh Rasulullah. Dan sebagai seorang Islam seharusnya anda berdua harus percaya kepada Rasulullah dengan memperjuangkan apa yang telah Rasulullah sampaikan. Bukalah fikiran anda. Hayatilah dan pelajari lah Islam dengan lebih mendalam. Gunakan internet, perpustakaan dan blog sebaiknya. Jika masih tak mampu nak menerima Islam berjumpalah sendiri dengan orang yang mahir dalam hal ini. Termasuklah pemimpim PAS sendiri. Kalo anda hebat pergilah naek kereta atau unta sekalipun berjumpa dengan Nik Aziz ataupun Hadi Awang kerana mereka akan merungkai segala kekeliruan anda. Bahkan mereka akan seronok berjumpa dengan orang seperti anda berdua. Untuk makluman, mereka berdua mudah saja dijumpai di kawasan masing2.
Wallahu a'lam.
Post a Comment