24.6.08

Saya, SMS Dan Tawakal

Hari ini (Isnin) adalah antara hari-hari 'sejuk' saya ke pejabat. Mungkin kerana hari ini adalah hari Isnin. Juga mungkin kerana hari ini adalah hari anak saya ada temujanji dengan doktornya, sedangkan saya tidak bersama. Itulah salah satu kelemahan bekerja dengan orang.

Tetapi, saya berjaya mengumpulkan kekuatan bagi mengatasi sejuk beku yang berlaku, melalui beberapa perkara berikut:-

  1. Sistem pesanan ringkas yang memberitahu saya pertemuan di Seri Kembangan pada tengah hari Rabu ini, untuk membincangkan 'projek' kami.

  2. Sistem pesanan ringkas daripada sahabat saya yang akan meminda sedikit silap fakta di atas 'kertas' saya, untuk dipanjangkan kepada pihak berkaitan.

  3. Sistem pesanan ringkas daripada 'orang lama' yang mengajak saya bertemu untuk membincangkan beberapa perkara.

  4. Mesyuarat di luar pejabat, iaitu di UIA, yang saya suka untuk hadirinya.


Moga Allah ta'ala membantu dalam kita membuat keputusan harian yang terbaik. Semalam saya mengajar di Putra Perdana, Puchong. Antara ayat yang saya singgung sedikit adalah ayat yang menyebut tentang tawakal. Aduh... ketika bertemu ayat ini semalam, terasa saya jauh daripada tahap tawakal yang saya perkatakan. Jauh untuk memenuhi kriteria sebagai mukmin yang hakiki.

Allah mengingatkan: “...dan mereka bertawakal kepada Tuhan mereka. Mereka itulah mukmin yang hakiki.”

Melihat kepada dunia, saya akui dunia penuh dengan keadilan, juga ketidakadilan. Dunia dipenuhi dengan ujian, juga cabaran. Dunia sarat dengan perjuangan, juga pengkhianatan. Dunia limpah dengan anugerah, juga ancaman. Dunia tidak sunyi daripada ketakutan, juga kebergantungan kepada Penciptanya. Hanya sanya yang bertawakal itulah yang bijak!

Apa kaitannya antara sejuk, pesanan ringkas, dunia dan tawakal?

No comments: