15.6.08

Siasah Syariah Di Negeri Pakatan - Malaysiakini

Jun 14, 08 2:36pm

Dewan Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, kata Timbalan Ketuanya, Azman Shapawi.

Beliau dipetik sebagai berkata, antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam Siasah Syariah ialah berkaitan dengan pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak, dan etika pakaian di pejabat. Sebuah jawatankuasa, tambahnya, telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor .

"Kita akui bukan mudah untuk melaksanakannya kerana di beberapa negeri pembangkang seperti Pulau Pinang dan Perak, PAS hanya mempunyai suara yang terhad. Bagaimanapun, kita akan cuba sedaya upaya dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan ke-49 di Kota Bharu hari ini.

Menurut laporan Bernama, Azman Shapawi berkata satu seminar untuk membincangkan perkara ini di kalangan anggota Pemuda PAS seluruh negara, akan diadakan pada Ogos ini.


Seminar itu, katanya, antara lain akan membincangkan kaedah paling sesuai digunakan di negeri-negeri berbeza.

"Misalnya di Kelantan PAS menguasai negeri manakala di negeri-negeri pembangkang lain yang bukan diketuai PAS, pelaksanaannya akan disesuaikan dengan undang-undang negeri di samping mengambil kira majoriti masyarakat setempat," katanya.

Jelasnya, walaupun ada di kalangan pembangkang terutama DAP masih tidak sepakat berkaitan pelaksanaan undang-undang sebegini, beliau percaya masih ada ruang untuk pelaksanaannya memandangkan tidak semua pemimpin parti itu mengambil pendekatan yang sama.

"Kalau kita lihat pemimpin DAP di Pulau Pinang amat terbuka dan bertoleransi, termasuk menaikkan elaun guru KAFA," katanya.

Beliau yakin perkara itu tidak akan menjejaskan hubungan baik di antara parti pembangkang kerana masing-masing faham dalam keadaan sekarang, setiap parti tidak boleh bergerak sendiri.

"PAS tak boleh bergerak sendiri, DAP pun tak boleh bergerak sendiri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor pun tak dapat bergerak sendiri, jadi masing-masing perlu menyokong dan bertolak ansur di
antara satu sama lain," katanya.

++++++++++++++++

Syabas diucapkan kepada pimpinan Pemuda Pusat di atas perancangan yang disebutkan di atas. Ia menggambarkan perjuangan PAS terus diperkuatkan bersama Pakatan Rakyat. Sesungguhnya sekali kita memilih kerjasama ini, maka setapak pun tidak boleh kita berpaling daripada cita-cita perjuangan PAS. Sesuaikanlah dengan cabaran yang wujud.

Pemuda PAS harus bekerjasama dengan Dewan Ulama Pusat dan Jawatankuasa Ulama Pelapis di peringkat pusat untuk menjayakan perancangan tersebut..

Ini yang dinantikan oleh banyak pihak. Bergerak ke hadapan, perlahan atau lambat dalam merealisasikan ghayah perjuangan. Jangan kita lupa, jangan menteri kita lupa, jangan pemikir kita lupa bahawa asas kerjasama kita bersama pakatan diikat dengan maslahah umum dan khusus deen al-Islam, bukan "berpakat menjatuhkan Mahathir atau Pak Lah"

10 comments:

Anonymous said...

Kan Karpal sudah kata..PAS memang akan tunjuk belangnya....kalau nak buat macam yang PAS nak berdiri di atas kaki sendirilah. Jangan masuk PR. Macam perlakuan orang Israel jugak perangai PAS!
Pooda...

Anonymous said...

I and many others, including liberal Malays and women are counting on PKR and DAP not to betray us to the PAS Taliban/Al-Qaeda wolfs (in sheep clothing though)! There're more urgent things for the good of all rakyat, rather than just to focus on women and girls' clothing (the veil is not compulsory in Islam anyway!)and other so-called laws! They keep on wanting to primitively and barbarically implement religion by the "sword"! And these Mullahs should know that Malays and Muslims are diverse, besides Malaysia is not an Islamic nation-state! And we should be thankful that we have such dynamic multiculturalism and diversity! But one thing we should not have is, and to stand up firmly against, is to be dominated by Taliban/Al-Qaeda homogenous way of thinking and life, which seemed to be increasingly influencing unhealthily these pathetic PAS youths!

Noor Aza Othman;
Women for Justice Support group Project.

Anonymous said...

salam wbt

Noor Aza Othman, i just want to share my humble thoughts here and hopefully we can engange in a meaningful discussion, if you are willing to inshaALlah

we need to understand that Islam is not merely a religion where we pray, fast, pay zakat etc. its more than that. in the Qur'an ALlah clearly says that Islam is A WAY OF LIFE.. a way on how to lead your life to be successful both in this world and in the Next. and this is not beyond logic. we agree that we need laws, regulations to lead our lives right? [imagine, if theres no laws, people can do anything they want, including killing other people as they like!] and this is what Islam provide us with - a 'manual', a guidance to lead a peaceful life. in other words, Islam is more of a system, like sosialism is for example. Islam is not to be practiced in certain part of your life only, because in truth Islam is your life, when you decide to be a Muslim..

i can go on and on writing about this, but the bottom line is, me and PAS members believe that Islam is the solution to all the misery in this world right now.. and im referring to the true teachings of Islam based on the Qur'an and the Sunnah. OUR God, ALlah is our Creator, and He Knows Best.. we only need to implement what He Says. as human, our knowledge is far from perfect..

wallahua'alam. may He Guide us All

Anonymous said...

owh and by the way, i think if you believe that the Qur'an is the Message from God, you would agree then that its compulsary for Muslims women to cover up:-) and another thing, we are not against multiculturism and diversity here. in fact, theres a verse in the Qur'an which encourage us to 'know one another' of different tribes and cultures. the issue is not about multiculturism. Islam is universal - it belongs to Malays, Chinese, Indians, Arabs etc if you profess the shahadah:-)

Elbaritii said...

Salam dan selamat sejahtera.
Terima kerana meninggalkan komen. Nanti saya akan menjawab apa yang boleh dan patut dijawab.

Terima kasih

Anonymous said...

Apa yang kami ingin lihat agar perlaksanaan hukum Islam yang akan dilakukan oleh PAS itu lebih baik dari apa yang telah sedia ada sekarang ini.

Saya tidak pasti yang DAP atau PKR akan menerima baik perlaksaan Islam dinegeri mereka.

DAP menaikkan gaji KAFA adalah untuk mempastikan keadilan sosial, Jadi janganlah PAS terlebih perasan bahwa ia dilakukan kerana menghormati parti PAS.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, orang bukan Islam fobia dgn perkataan undang2 syariah atau yg hampir atau seangkatan dengannya kerana takut 'ditindas' seperti di Afghanistan, Iran dan Arab Saudi, sebagaimana kita fobia jika Perdana Menteri Malaysia dari bukan Islam kerana takut jadi seperti umat Islam di Selatan Thailand, Selatan Filipina dan Bosnia-Herzegovina. Jadi jangan terkejut kalau mereka mudah ditakutkan dengan berita macam ni. Kalau mereka takut, kita pun takut jugak.

Elbaritii said...

Komen balas saya di sini :
http://elbaritii.blogspot.com/2008/06/siasah-syariyyah-di-negeri-pr-respon.html

Anonymous said...

Ms Nor Aza believes in liberalism. At the same time, she(?) believes that Islam is the religion and the way of life.
May I suggest to read the first 5 ayah in Surah AlBaqarah. Since this is the second surah after AlFatihah. And let us ponder why the unseen are the fundamental aspects of believe.
Islamic principles clearly states on two way in Islamic believe and practice. So why argue things that had been set over 1400 years ago. Else, you allow virus to destroy the practice of the religion and way of life for the hereafter.
May Allah Almighty keep us in the right path. Amin.

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.