Beberapa minggu yang lalu, saya telah memulakan satu lagi undian di bahagian kanan blog ini untuk mendapatkan respon pembaca semua. Isu kedua yang saya kemukakan ialah ancaman terbesar terhadap Pakatan Rakyat. Kini undian itu telah tamat dan saya juga telah memadamnya.
Lima pilihan jawapan saya sediakan untuk persoalan tersebut. Berikut adalah hasil undian daripada 42 undi semuanya:
- Perselisihan anggota PR (50%)
- Isu perkauman dan agama ( 28%)
- Lambat mengotakan janji (11%)
- Abaikan program parti PR (2%)
- Ketepikan aktivis parti (1%)
- Pertukaran PM (1%)
Ramai memberi respon bahawa ancaman terbesar terhadap keutuhan PR adalah kegagalan anggotanya untuk sentiasa bersefahaman dan bekerjasama dalam perjalanan kerajaan yang ditadbir. Ia akan hanya menghasilkan pertentangan dan akhirnya diikuti dengan perselisihan.
Apabila ia berlaku, maka setiap parti dalam PR mula bertindak bersendirian bagi menjaga kepentingan masing-masing. Akibatnya, perjalanan kerajaan terganggu manakala rakyat terus panik dengan pertelingkahan yang mungkin wujud. Itu menjadi bukti umum bahawa PR masih lagi gagal untuk bersatu atas nama kebajikan dan bersatu menjatuhkan BN.
Malah apa sahaja alasan di atas, jika kesannya adalah negatif, akan membabitkan imej dan keyakinan terhadap PR. Perkara ini seharusnya dielak benar-benar oleh PR. Perlu diwujudkan segera apa sahaja mekanisme untuk parti dan pimpinan tertinggi sentiasa bertemu dan berbincang. Jangan hanya beralasankan mesyuarat exco, maka semuanya dikira sah dan terbaik, sedangkan parti masih lagi belum dirujuk.
Saya tidak pasti tentang parti lain, namun bagi PAS, pandangan parti adalah mendominasi pandangan exco orang parti. Maka untuk kebaikan kerajaan PR, suara dan kehendak parti masing-masing perlu diraikan, selain parti-parti ini sanggup dan sedia sentiasa duduk bersama-sama untuk bersyura.
Jika semuanya begitu, bagaimana dan bilakah akan wujudnya perselisihan? Saya percaya ia mungkin tiada atau mungkin sahaja berjaya diminimumkan.
Tinggal hanya satu punca sahaja lagi yang membawa ke arah perselisihan, musuh luar PR yang menyucuk-nyucuk dan pemimpin-pemimpin PR terlatah kemudian melatah, terus diratah oleh Umno-BN!
Hindarkanlah perselisihan demi keutuhan PR dan negeri taklukannya. Jangan letakkan pakatan ini di bawah ancaman tersebut.
No comments:
Post a Comment