29.10.08

Saya Dan Harakah

Kenapa sebenarnya saya tidak seronok membaca Harakahdaily ketika ini, saya pun belum pasti lagi. Malah kini, saya juga tidak beriya-iya untuk mengejar akhbar Harakah yang diterbitkan dua kali seminggu. Kesimpulan awal, saya berasa seolah-olah kedua-duanya sudah tiada ruh yang saya mahukan. Sebagai pembaca, semestinya saya mahu ianya mengikut kehendak saya.

Jika ditanya apakah ruh itu, sukar sebenarnya untuk saya terangkan. Apakah ianya ruh tarbiah, ruh Islam, ruh jihad, ruh Jamaah atau ruh kepimpinan ulama?

Menyelak satu persatu akhbar Harakah, jelas kelihatan pengisian agama dan tarbiah memang wujud. Tetapi perasaan saya selalu dikuasai wajah muka depan Harakah yang kerap kali tidak menarik perhatian saya. Hati saya juga seperti dibayangi hala tujunya yang tidak ke arah ruh-ruh tadi. Mungkin penilaian saya terlalu dikuasai oleh emosi saya. Namun, saya berkepercayaan kebijaksanaan sesebuah akhbar ialah apabila berjaya menguasai emosi sebahagian besar pembacanya. Saya mungkin kini bukan pembaca sasaran Harakah.

Jika melihat kepada edisi internet pula, dada saya lebih bertambah sesak dan sempit. Dahulu-dahulu saya selalu menjadikannya faktor yang mampu menaikkan semangat juang saya dalam parti, jika semangat saya agak dingin. Namun ia tidak berlaku begitu lagi.

Kadang-kadang apabila melayari Harakahdaily, timbul rasa tidak senang duduk jika tulisan yang dipaparkan hanya menjaga tepi kain orang, memperlekeh orang, mengandaikan rumah tangga orang dan mengkritik orang. Itu persepsi saya terhadap banyak tulisan di situ. Saya mohon maaf. Sama ada Harakah yang berubah atau saya yang telah berubah!

4 comments:

Anonymous said...

Ustaz, komentar ana di sini:
http://mudin001.com/2008/10/31/harakah-lawak-bodoh-jadi-berita/

Elbaritii said...

Ana dah baca komentar enta. Dah komen pun di situ.

Memang, saya terasa seperti pembaca diperbodohkan jika lawak begitu dibesar-besarkan oleh harakah.

Sungguh, saya tawar hati dengan harakah. Lebih baik saya membaca malaysiakini, kerana beritanya yang terkini.

Anonymous said...

betui tu. ana pun sejak akhir2 ini hanya buka untuk lihat tajuk.. tak ada yang menarik.

Elbaritii said...

Salam

Abduh Kedah ka nie?
Apa habaq? Kalau nak kejar berita, ana lebih selesa ke Malaysiakini