23.12.08

HUDUD DAN HUSAM


1. Saya cuba berada di luar kotak.


2. Isu Hudud yang dimainkan kini oleh media perdana memang memberi tekanan berat kepada imej dan penampilan Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Haji Husam Musa setelah Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia berjaya memerangkapnya dalam Wacana Perdana, 20 Disember yang lalu. Kejayaan itu pada isu di media kini, bukan sorakan di dewan.


3. Sampingan, realiti ini menggambarkan manipulasi negatif oleh media perdana boleh berlaku terhadap kenyataan mana-mana pimpinan PAS, baik tokoh ulama dalam parti mahupun tokoh pembaharuan atau pengurusan organisasi.


4. Sefaham saya, Husam dikenali seorang tokoh yang melihat fokus kepada kandungan konsep daulah Islam, berbanding slogan, moden dan pencetus idea baru, tetapi kenapakah beliau memilih jawapan sedemikian, malah mencabar Umno pula, yang hanya sia-sia. Jika cuba untuk memerangkap Khairy atau Umno, maka hasilnya belum kelihatan.


5. Jangan bicara tentang pendirian Umno terhadap Hudud, kerana ianya sedia maklum, kekal dan tiada tanda positif dalam tempoh terdekat. Kecuali jika kenyataan terbaru Najib ingin digunapakai bagi Kelantan bertemu beliau dalam usaha mengaktifkan Hudud di Kelantan.


6. Apakah Husam sengaja menjawab sedemikian agar meraih sokongan pengundi Melayu di Terengganu dan memberi isyarat kepada rakan Pakatan Rakyat tentang cita-cita perjuangan PAS? Saya percaya, pusingan faham politik Pakatan akan kembali ke tahap lama, asal.


7. DAP masih belum berubah dalam laras pemikirannya malah masih terlalu fobia dengan kalimah Hudud. Dalam realiti Pakatan kini, boleh sahaja mereka memahaminya dan memberi respon yang lebih baik terhadap konsep itu daripada hanya menutup pintu dengar dan faham. Salahlah Husam apabila mendakwa DAP lebih memahami Islam sebagai hujah PAS berkawan dengan DAP dan menolak Umno. Soalan Khairy itu perlu difahami dengan jelas jawapannya oleh semua pemimpin PAS.


8. Mereka salah tanggap jika merasakan Hudud telah hilang daripada kamus perjuangan PAS. Mungkin PAS silap percaturan dalam meniadakan kalimah Hudud dalam dua pilihanraya lalu. Mungkin PAS terus diam demi manjaga Pakatan. Jika slogan Negara Kebajikan menjadi 'firm' baru bagi PAS, kenapakah Husam tidak pantas ke arah slogan itu ketika ditanya Khairy?


9. Hubungan dalam Pakatan Rakyat memang penuh dengan 'bom jangka' pelbagai saiz. Menarik untuk kita bertanya kepada pimpinan tertinggi PAS, slogan negara berkebajikan yang digunakan lewat dua pilihanraya lalu, adakah hanya helah atau strategi meraih undi dalam melaksanakan tuntutan siasah syar'iyyah atau merupakan pemahaman baru PAS terhadap konsep daulah Islamiah yang telah ber'evolusi' kepada menghayati dan mengamali kandungan konsep?


10. Bagi saya, jika ia suatu strategi sementara, ia mempunyai ciri-ciri bom jangka hadapan.


4 comments:

Haji Malboro said...

Husam tidak bersalah dengan menekankan bahawa perlaksanaan hudud adalah pasti apabila PAS memerintah.Khairi pula sepatutnya tidak berpura-pura dgn memerangkap Husam.Islam tetap Islam.TGNA pasti akan menjawab senada dgn Husam.Begitu juga Hj Hadi.Hudud mesti difahami oelh setiap individu dan melewati batas politik.Kejahilan Khairi dalam mempersendakan hukum hudud seolah-olah menampakkan bahawa hukum ini adalah suatu permainan bahaya yang perlu ditinggalkan oleh mana mana parti politik.Itu tidak betul.Khairi patut menganjurkan penonton supaya memahami hudud dan tidak mengheret umum mengikut kedangkalan fahaman agamanya.Media masa pula sudah difahami akan memanipulasikan isu hudud ini untuk menghina sesiapa saja yang membicarakan hudud.Husam tidak akan terhina dalam bab ini. Dia sudah menggunakan akal yang sempurna untuk mengetengahkan isu ini apabila cuba dipersendakan olih Khairi.Khairi sebagai orang yang baru,sepatutnya mula keluar daripada keanak anakan dan kejahilan agama.Beliau sepatutnya mula belajar drp bapa mertuanya yang berketurunan ulama itu.

martinpalermo said...

mendaulatkan undang2 islam adalah cita2 pas. pas adalah parti politik yang mendapat kuasa melalui pilihanraya. jawapan husam malam tu bagus bagi penyokong2 di dewan. tapi lebih bagus kalau husam jelaskan mlm tu jgk, hudud akan dilaksanakan - macamana sekalipun pas bercita2 - hanya dengan persetujuan majoriti.

Anonymous said...

I got to agree with Martin Palermo that Husam should be more tactful. PAS should be more tactful in dealing with this matter. Therefore, I respected moderate PAS MPs such as Dzulkify and Khalid Samad.

PAS should have more members like Khalid Samad. As for Hudud implementation, I disagree with this idea. Not because Islam is bad. Not because Hudud is barbaric.

But it's because the nature of the nation. Malaysia will change. Hence, the advocacy of denying 2/3 majority for BN required. Malaysia constiution has been changed more than 600 times. Can't we just go back to the goold old original constituition

Regards,
looes74

Abu Ihsan Elbaritii said...

Terima kasih atas pandangan kalian.


"But it's because the nature of the nation. Malaysia will change. Hence, the advocacy of denying 2/3 majority for BN required."

PAS memang memerlukan 2/3 untuk melaksanakan Islam. Jika majoriti MP DAP dan PKR menolak, PAS masih ada harapan dengan MP Umno untuk berintegrasi.

Ini adalah pilihan terakhir dan pilihan yang sangat sensitif.

Namun, janganlah terlalu perkecilkan pimpinan PAS yang kononnya ingin menjual agama dan maruah jika cuba mendekati pimpinan Umno. DAP jelas membantah pelaksanaan Islam. Umno masih lagi dalam lingkungan mereka yang boleh dipujuk demi agama.

Indahnya politik Rasulullah saw. Mendekati Abu Sufian demi menjayakan fathu Makkah.

Bagi penyokong fanatik PR ( bersama PKR dan DAP ) jika inginkan pelaksanaan Islam, bagaimanakah agaknya ianya dapat dilaksanakan?