6.4.09

PETRONAS, JANGAN MALUKAN NAMA SENDIRI DENGAN KERJA BODOH BUDAK-BUDAK SIC

* Tajuk asal artikel ini ditukar pada 10/2/10 demi meraikan pemberhentian Tan Sri Hassan Merican daripada Petronas.

Saya telah mengambil cuti untuk ke Bukit Gantang pada hari ini, Isnin dan Selasa, esok atas dua sebab. Pertama pada hari Sabtu dan Ahad saya tidak bercadang untuk ke Bukit Gantang kerana sudah pasti ramai yang dapat hadir. Kedua, untuk menumpukan kepada kerja-kerja akhir yang sangat penting, termasuk ingin mengikuti saat pengumuman keputusan.

Oleh itu, petang Ahad semalam saya berkesempatan untuk merasai secara "live" Petronas Malaysian GP F1, untuk kali pertama.

Perlumbaan ini bukan bidang saya. Tak pandai untuk saya mengulas sebab apa Button boleh memintas semula, kenapa ada kereta yang terbabas, apa sebab bunyi gear terlalu kuat macam bunyi letupan c4 dan bermacam-macam lagi. Apa yang menarik untuk saya ulas di sini ialah, budaya be end memang wujud di SIC rupa-rupanya.

Bagi saya yang pertama kali datang ke sini setelah 10 kali Malaysia menganjurkannya, saya tidak boleh terima beberapa kelemahan asas pada sirkit ini.

1. Jalan utama ke SIC berkongsi dengan jalan utama ke LCCT. Bukankah amat menyusahkan pengguna LCCT, malah amat menakutkan mereka semalam apabila jem gila berlaku untuk kali pertama bagi perlumbaaan ini kerana ketika kick off kami masih di tengah-tengah jem gila.

2. Kawasan parking yang tidak terjaga dan terurus, seperti sedang memarking lori kecil untuk mengutip kelapa sawit.

3. POLIS TRAFIK TIDAK BIJAK ( Polis Malaysia ) sebab membuat pengasingan kereta betul-betul di hadapan pintu masuk utama. Itulah punca jem gila ini. Sepatutnya mereka buat pengasingan lebih awal, supaya mana-mana kereta yang mempunyai sticker untuk kawasan parking di hadapan boleh terus laju ke hadapan tanpa berhenti di situ.

4. Jalan bertar dan berturap untuk kereta dan pejalan kaki di kawasan parking, betul-betul sama macam kualiti turapan jalan ketika pilihanraya kecil.

5. Air tandas kotor, dan lampu tidak menyala langsung untuk semua tandas yang saya gunakan. Menjadi sangat bermasalah ketika hujan dan ketika akhir perlumbaan, yang ketika itu sudah masuk jam 7 malam. SIC tidak fikir langsung keperluan itu setelah kick off di lewatkan pada jam 5pm.

6. Khemah information di bahagian Grand Hill, macam khemah panas Umno sahaja, tiada komputer/laptop, tiada tv, tiada sistem pembesar suara, tiada sebarang carta, tiada maklumat langsung, khususnya ketika kami terpinga-pinga apakah perlumbaan akan disambung semula atau ditamatkan. Apa yang ada hanyalah edaran peta dan panduan secara percuma. Kami berada di "hidung" Tun, kata sahabat saya.

7. TV dan speaker besar yang terletak di tengah-tengah track menghadap tempat kami, mudah rosak ketika hujan, menyebabkan kami amat terganggu. Tak jelas langsung apa yang disampaikan oleh penganjur. Kalau dah tahu Malaysia banyak hujan, kenapa tak buat bumbung untuk speaker dan tv/skrin besar yang terletak di tengah-tengah track itu.

8. Surau terletak di hujung bukit tempat kami berada. Agak jauh, tapi tak apalah, sebab bukan semua rakyat Malaysia yang hadir kaki solat. Rakyat kerajaan BN kan. Tapi, apahal yang lampu pun tak menyala? Mokhzani mungkin tidak terfikir ada rakyat Malaysia yang akan solat Maghrib secara meraba-raba di surau itu. Tapi, kalau anda ingin ke tempat yang sangat terang, pergilah ke medan di mana konsert sedang berlangsung.

9. Bumbung tempat kami bersantai dibuat secara ala kadar sahaja. Tidak banyak membantu ketika hujan turun. Lebih parah sistem aliran/alihan air yang lemah apabila air dari bahagian atas mengalir laju ke bawah melalui kawasan kami yang berbumbung. Tak ubah macam kami sedang menonton perlawanan bola sepak di kampung semasa kecil dahulu, bersidai-sidai di tepi parking basikal, dinding dewan dan bawah pokok besar.

10. Paling melucukan kami ialah kawasan pejalan kaki ke parking dan ke Mall serta kawasan parking kereta sungguh gelap gulita. Tak terfikir agaknya orang-orang Malaysia ni apabila perlumbaan bermula jam 5pm, habis jam 6.30pm, sudah tentu malam sempat muncul untuk menunggu penyuraian trafik semua penonton yang hadir. Kalau saya paparkan gambar kami solat Maghrib, berjalan kaki ke Mall dan kembali ke parking, tentu anda mati-mati tidak akan percaya kami sedang pulang dari Petronas Malaysian GP Formula One, antara sukan termahal di dunia. Huhu.

11. Tapi ok jugak, semasa berjalan meraba-raba itu, saya teringat nostalgia silam bersama arwah ayah saya pulang dari kebun durian ketika waktu hampir Maghrib, nostalgia pulang dari surau semasa kecil dahulu, nostalgia bermain nyorok-nyorok di tengah malam dalam kuarters JPS di kampung saya dan ringkasnya nostalgia zaman 80an lalu, ketika kami berada pada kurun wifi ini.

12. Alhamdulillah, nasib baik ada shuttle dari Mall ke kawasan parking, tapi apa hal kalau kawasan parking kereta kami gelap, hahaha. Alamatnya, memang kami tak tahu langsung nak turun kat mana, akhirnya kami terlajak jauh ke hadapan daripada kawasan parking kami. Kelakar juga ada sekumpulan Cina ( tak pasti Malaysian atau Chinese ) dah satu round naik shuttle tersebut, tapi tak tahu nak turun tang mana.

13. Lagi kelakar, semasa kami sedang menunggu rakan ambil kereta dia, dua orang Cina berlari menjerit terlolong dengan penuh gembira selepas turun dari shuttle menuju ke kereta mereka..." final we find our car" terdengar jeritan mereka berdua. Kami pun tumpang gelak hahahaha ( pada SIC )

14. Saya dengan insaf, menerima mesej penting SIC kepada rakyat Malaysia dan penonton dari seluruh pelusuk dunia, beginilah susahnya pekerja ladang kelapa sawit di Malaysia yang tidak pernah terdapat ladang yang berspot light. Mmmmmm. Terima kasih Petronas.

15. Saya kecewa, ketika perlumbaan dijadualkan bermula jam 5pm, tak terfikirkah SIC bahawa jika hujan lebat turun, maka perlumbaan perlu diberhentikan seketika dan jika bersambung semula, Malaysia sudah gelap? Hampas sungguh. Kali pertama saya mengeluarkan saham untuk gembira meraikan saat akhir perlumbaan, ianya tidak berlaku, malah lebih setengah jam kami lepak-lepak, terpinga-pinga, baru tahu perlumbaan dah berakhir. Hampas sungguh.

Rupa-rupanya SIC ni satu lagi projek orang-orang BN, hahahaha. Tan Sri Hassan Merican, tolonglah jangan malukan nama Petronas dengan kerja dan otak bodoh budak-budak SIC ini.

Wassalam.

11 comments:

Anonymous said...

Saya baca blog anda ni... serba serbi orang buat semua tak betul...

hang sajalah betul...

Negative thinking ja memanjang. x penah ada sekali positif.

Biasalah, orang melayu kita ni bagi komen, memang no. 1. tapi bab perlaksanaan, praktikal... ZERO. macam saudara, komen pandai, buat tengok? x mampu buat? kenapa? malas? tiada peluang?

Itu semua hanya alasan, sedangkan orang miskin papa kedana pun boleh jadi orang terkaya. (contoh lim goh tong (dulu kuli kontraktor), Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, Tunku Tan Sri Abdullah Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Azman Hashim, Mohamed Ali Alabbar, (Semua ni dulu takda duit kosong)

Komen sana sini teruk, apa kata berusaha? lepas tu buat SIC sendiri, PIC pun ok gak.. Parit International Circuit? lepas tu ang nak komen apa ang komen lah puas2.. harta hang.



ikut lah. blog anda ni pun saya tengok untuk golongan tertentu sahaja. dan bukannya untuk tatapan umum. Mungkin syok sendiri.

Semoga berbahagia.

Ano Nyme said...

Petronas hanya salah satu dari penaja. Tuan punya SIC ni adalah MOF, dan pengurusan SIC ini adalah dibawah Malaysia Airport Berhad (MAB).

Kesian kat Tan Sri Hassan Merican, dia tak ada kena mengena dengan pengurusan SIC

anak perak said...

yang anon bengang sgt kenapa? bukankah komentar itu membena? kalo asyik nak jadi pengampuje, apa dapat? lama2 yg di ampu nanti ngaku jadi tuhan sebab semua org ampu dia:) tak susahke jadinya? ni kan blog elbariti..org parhitje yg boleh paham..so, u buatla blog dan isi sendiri,,,tapi jgn marah2ye..nanti muke berkedut.

sinach said...

salam saudara,

mungkin sedikit study anda akan realise yg tan sri hasan merican tidak ade kena mengena dgn SIC, mengikut pembacaan saya slama nih..SIC adalah milik malaysia airport. petronas hanya menaja grand prix itu sama mcam tm menaja liga mesia..adekah dgn rendahnya mutu padang bola, tm dipersalahkan? tidak..fam, kbs dll badan2 yg terlibat akan dipersalahkan.tm has nothing to do with this except give some advise to them..

saya sgt yakin ramai staff2 petronas d luar sana agak terasa dgn templak saudara, seumpama kes kenaikan harga minyak tempohari.sedangkan mereka berhempas pulas meningkatkan ekonomi negara.

Elbaritii said...

Salam.

Abang Subhi, saya sengaja gunakan nama Tan Sri untuk tajuk artikel agar dia tahu apa yang berlaku. Orang besar macam dia tentu tak sampai ke tempat saya menonton.

Artikel ini langsung tidak mengkritik Tan Sri, kerana saya tahu dia hanya penaja. Kalaulah ada pilihan, mungkin duit petronas tu akan digunakan oleh tan Sri untuk orang miskin kat Sabah Sarawak dan bukan untuk buat perlumbaan ini.

Saya ada sebut, kerja budak2 SIC, so itulah sasaran saya. kan ke depa tu ada bau2 orang politik, so hangpa semua ingat depa tuh makan saman ke kalau kita tembak depa lagu tuh.

Apa yang saya maksudkan dari artikel ini, mohon petronas gunakan kuasanya sebagai penaja agar pastikan apa yang ditanya menguntungkan nama Petronas, bukan sebaliknya.

Maka itulah relevannya saya sebut nama Tan Sri. Dan saya tahu Tan Sri ini siapa orangnya, berdasarkan kepada cerita-cerita dan wawancara akhbar bersama beliau.

++++++

Terima kasih kepada komen anak perak. Depa ni semua ingat kita ni kaki membangkang aje. Tapi, memanglah asyik bangkang kalau semua kerja buat kerajaan nih merugikan aje.

Dah tuh, cabar suruh kita buat PIC. Hahahaha, takkan sekali-kali aku habiskan duit untuk itu kalau aku jadi MB Perak atau YB Parit.

Elbaritii said...

Sinach,
Jawapan saya sama macam di atas.
Sekali lagi saya ulang, artikel ini langsung tak mengkritik Petronas.

Jangan malukan nama Petronas dengan membiarkan SIC buat kerja tak betul. Itu bukan bermakna Tan Sri yang buat salah, tapi mohon Tan Sri bertindak sebagai Penaja Perihatin. Bolehkan?

Apa pasai orang Petronas nak terasa?

Elbaritii said...

Anon,
Kalaulah saya menulis blog untuk memuji, lebih baik saya jual pisang goreng, lagibanyak faedah.

Orang keliling pembesar2 dan tokoh di mana mana dah begitu ramai untuk memuji idola masing2. Tak perlu dan tak payah langsung kita yang duk ntah di mana ini nak memuji.

Anonymous said...

Salam2 tuan blog & all readers

Saya sokong pendapat sinach..
Pak hassan (tan sri hassan merican) @ PETRONAS tak ada kena mengena dgn pengurusan SIC. Ia juga tak berkuasa dan tak boleh campur tangan urusan SIC.
Apa yg berlaku sebagaimana yg saudara maksudkan itu, sedikit pun tidak menjejaskan nama PETRONAS. So, tiada sebab untuk PETRONAS merasa malu!!
Yang merasa malu sepatutnya Negara Malaysia dan SIC secara khususnya.

Apabila saudara cuba kaitkan pak hassan, secara tidak lansung saudara ingin libatkan pak hassan @ PETRONAS yang sememangnya tak terlibat. Apabila asyik2 PETRONAS saja jadi sasaran yg tak sepatutnya.. tu yg menyebabkan all warga PETRONAS benggang (sedangkan ramai staff pro-pembangkang).

Sama kes macam isu subsidi minyak yg lalu. PETRONAS jadi kambing hitam dan tempat untuk melepaskan geram akibat kenaikan harga minyak. Sedangkan harga runcit pasaran minyak tempatan ditetapkan oleh gov.

Pak hassan tak ada kuasa. Pak hassan hanya pekerja yg menjalankan tugas saja. Mcm KSU yg jadi ketua bagi penjawat awam. Mereka hanya melakukan tugas berdasarkan resepi yg diberikan (akhta). Yg berkuasa ialah org2 yg boleh pinda akhta!! So, kenapa saudara tak heret mana2 org yg ada kerusi kat dlm parlimen coz merekalah yg paling berkuasa utk pinda akhta. (nak pinda@ ubah PETRONAS jadi syarikat dia pun boleh)

Y saudara tak kutuk PDRM? Kurang2nya, ada jugak hubung kait dgn kesesakan jln?

“Artikel ini langsung tidak mengkritik Tan Sri, kerana saya tahu dia hanya penaja. Kalaulah ada pilihan, mungkin duit petronas tu akan digunakan oleh tan Sri untuk orang miskin kat Sabah Sarawak dan bukan untuk buat perlumbaan ini”.

Maksud saudara, PETRONAS perlu boikot @ tarik balik penajaan F1 dan gunakan duit tu untuk org miskin kat sabah sarawak?
Biasanya, org yg kata begitu keluar drpd mulut org yg tak....entahla..

Saudara..
Petronas merupakan syarikat perniagaan. Nak berniaga, kena buat promosi dan pembuktian. Agak2 saudara (org kerja bank katakan..),
1. berapakah kos pengiklanan untuk keluar dlm tv di seluruh dunia?
2. minyak pelincir petronas terbukti kualitinya. Dalil – ia digunakan dlm kereta F1. cara mana lagi utk yakinkan org ramai?
3. dua tu pun dah cukup jadi sebab kenapa Petronas perlu terlibat dlm F1.

Isu kemiskinan rakyat sabah sarawak.. itu isu lain bagi petronas. Tapi patut jadi isu utama bagi kerajaan negeri dan negara m’sia. (petronas dah curah duit berbukit2 kpd kerajaan, so duit tu pergi kemana?)..
Berapa org sgt rakyat sabah sarawak berbanding hasil bumi + royalty yg dapat? Cuba org bank tolong kira?
Saya bukan kata Petronas tak patut tolong org miskin. Petronas dah tolong lebih drpd tu laa… Cuma petronas tak suka heboh2. antaranya,

Tahun 2007, 2 bulan gaji org gov. dibayar petronas. Ada petronas bising...? tapi ada tak org gov boikot petronas?

Satu-satunya bank org melayu (bumiputra bank) dah lama muflis laa… kalau tak kerana petronas tolong, berapa ramai daa yg menganggur. Bukan sekali, dua kali muflis aaa. 2 kali jugak aa petronas tolong. So, ada tak petronas dapat apa2 keistimewaan drpd bank tu?... nothing!!!
Yg dpt, Daim zainuddin. Lepas tu, najib @ CIMB. bila Anuar naik nanti, jatuh ke bank mana pulak! Hehehe..
Ada tak org bumiputra bank ops!! CIMB kutuk@boikot petronas?..

Lagi,....tak yah crita ah... byk sgt!!

maybe u all kata, tu nak selamatkan kerajaan. Bukan direct tolong rakyat.

Bab tolong rakyat, dah berlambak rekod petronas. Apa yg keluar dlm paper tu.. sikit je.
Pertanyaan. Patut ke kita hulur duit kepada si peminta sedekah sedangkan badannya cukup sifat; sihat walafiat; gagah perkasa; dan lagi dan lagi..
Kalau kita beri ikan kpd seseorg. Ia hanya dpt makan ikan sekali tu saja. Tapi kalau berikan kail dan cara menggunakannya, sampai bila2 pun ia dpt mkn ikan.

Begitu jugak petronas, berapa ramai cerdik pandai dan anak bangsa yg petronas ambil (beri biasiswa).

Eh.. saya dah terkeluar drpd topik ke?...

Apa2 pun... tolonglah serang wakil rakyat. Bukannya petronas (satu2 nya kebanggaan syarikat melayu di persada dunia)

kesian pak hassan..
kalau org lain, dah lama resign (tempat lain gaji lebih tinggi, org tak kutuk, org politik & marhain tak kacau, ....)

Anonymous said...

salam,
sy nak tanya sikit ,betul ke bonus petrons berbulan2 dapat. sebab glc lain byr sikit jer.

Anonymous said...

Y masih tak puas hati dgn petronas?...adula.
Byk sgt ke RM petronas beri kpd staff?
Y tak nak selongkar tanya syarikat2 lain? bercurah2 dia org dpt brbanding staff ptronas. tapi tak ada pun org bising@kutuk@dengki?
cth :-
bank bumiputra. siap boleh bg 6 bln kpd staff. petronas yg tolong selamatkan dia pun tak dpt beri sbyk tu..
Staff Malakof dan IPP yg lain, ada u all tanya berapa imbuhan dia?
Masa gawat 97, cuba selidik tanya staff Highway Plus, brap bln staff dia dapat? Staff petronas, habuk pun tak dok.. Ada U all ambik tau?
may be U all kata, mana boleh bandingkan syarikat bisness minyak dgn syarikat industri lain.

Ok, kita buat bandingan sesama syarikat industri oil&gas (tak payah peringkat international, kat dlm M'sia pun dah cukup).
cuba U all tanya company Talisman, CTOC, Esso, Shell, Mulpy, dlln. Brapa staff dia org dpt?
Berkali-kali ganda. Y U all tak dengki/kutuk/.....mereka?

kawan!. Petronas merupakan syarikat kerajaan dan tertubuhnya adalah semata-mata untuk negara. (Tapi staff nya pulak bukan dlm kategori gov.staff). Pendek crita...Kekayaan petronas bukan untuk staff Petronas!!! Tak caya? terpulang.

Kelayakan staff Petronas kemasukan ke dlm wad setakat kelas 2 saje. Bukan kat swasta, tapi kat spital awam je!!.. Bila lepas bersara, ex-staff petronas sama je dgn pokcik jual besi buruk.
Nothing berbanding ex-gov staff. Dpt benefit sampai hujung nyawa.
Hospital 7 star Petronas kat sepang (PCMC), macamana U all masuk & kena bayar, begitu jugak la staff Petronas kena.
Dari segi income tax pula, everything yg masuk dlm slip gaji, semuanya kena tax (biar pun staff kat tgh laut sana tak dpt kemudahan awam). Org gov pulak, macam2 benda dpt pelepasan. Org Petronas tak mogok pun. Orang Petronas jadi mangsa ada la...

Bukan nak ungkit; nak banding atau nak dengki sapa2. Tapi nak ubah mindset org kita terhadap petronas. Apa yg bermain dlm minda U all terhadap Petronas sgt songsang & karut!!
Petikan kata2 pakcik hassan merican....
"kenapalah kami dipukul dengan macam-macam komen yang negatif kepada Petronas"

Gaji&bonus ditentukan PM (org yg berkuasa terhadap Petronas & kakitangan awam yg lain). Bila dah ditentukan oleh PM (org politik), berapa sangatkah staff Petronas dpt?

U all tau, Petronas tengah sakit sekarang sbb gap staffnya terlalu tinggi. Staff terlalu tua yang hampir nak bersara serta staff muda yg baru nak bertatih. Staff senior, ramai yg lari. Sebab apa? Kat luar dpt lebih berganda2 serta bebas drpd kutukan U all!!

Hentikanlah buruk sangka kpd Petronas. Sepatutnya U all tolong doakan kejayaan Petronas demi life style U all serta kebahagiaan anak cucu U all juga. Makin lama U all benci Petronas, makin suka lah syarikat asing sedut dan bawa balik kekayaan kita... Selagi itulah kita masih terjajah dan d jajah!!
Jangan nanti, menang sorak. Tanahair tergadai.
Adakah sejarah lama ingin diulang kembali? ..
Adik2 tadika. Tolong nyanyikan lagu 'anak kecil main api' kepada abang2 ni...

ruru said...
This comment has been removed by a blog administrator.