21.5.09

ERA ULAMA DICELA SI PENCELA MENJADI-JADI


1. Ramai penulis blog mempertikaikan keperluan individu ulama di kerusi teratas parti Islam PAS. Hujah mereka pelbagai. Bermula dengan teladan gerakan Islam luar negara yang mereka sendiri tidak tahu bezanya keadaan mereka dengan kita, hinggalah kepada tidak bijaknya ulama tertentu dalam PAS yang menyebabkan syarat ulama itu bukan syarat penting.

2. Boleh dikatakan semua yang menulis begitu adalah bukan daripada kategori ustaz. Jauhlah ulama. Maknanya, mereka menulis berkaitan individu-individu yang jauh lebih berilmu daripada mereka.

3. Saya tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang mendorong mereka ini mendesak sedemikian rupa? Jika tidak mahu si alim itu, maka carilah si alim yang lain. Tetapi masih beriya-iya mahu syarat itu dihapuskan. Maka sudah tentu mereka mahu si bukan alim tertentu untuk menjadi orang atas parti. Mungkinkah kerana si bukan alim ini lebih dekat dengan Tuhan dan lebih bijak berpolitik? Nampak macam tidak berapa bijak juga, apabila meneliti kepada kedudukan dan imej parti pada masa kini. Tang mana bijaknya? Nampaknya, makin berkecamuk.

4. Bagi mereka, alim bukan lagi suatu kelebihan dalam mentadbir politik, walaupun Nabi mengesahkan alim-alim ini ibarat pewaris ILMU beliau saw.

5. Bagi si alim-alim sekalian, ikhlaslah menjadi alim, kerana si alim tidak mengejar kasih sayang mahkluk jika ia membawa murka Khaliq dan kejarlah restu Khaliq walau manusia membuang tuan-tuan, jika itulah yang akan berlaku.

6. Di medan siber politik, sudah sampai masa dan eranya para ulama yang tidak disukai oleh pencela-pencela menebalkan telinga dengan celaan mereka yang menjadi-jadi. Kewajipan dan tanggung jawab para ulama adalah menjawab kepada Yang Maha Alim serta para mukminin. Segala yang lemah perbaikilah segera, dan segala celaan biarkan sahaja. Nasihat diambil, celaan dibiarkan berlalu.

7. Islam menerima kelemahan sebagai suatu kelemahan tetapi Islam tidak pernah menerima celaan si pencela sebagai suatu yang boleh dikompromi.

8 comments:

Anonymous said...

Seorang kawan pernah kata: Aku rela mati mempertahankan seorang presiden yang tnggi ilmunya dan dekat dengan Tuhannya, tetapi tidak sanggup menggadai nyawa demi seorang presiden yang hanya pandai berpolitik.

Boleh jadi renungan untuk semua. Tak boleh dikira betul semua katanya, sebaliknya boleh dikaji sebabnya.

ibnmasir said...

Alhamdulillah.. ade juge entri yg melegakan sedikit hati sye yg m'pertahankn institusi ulama'. selame ni amt sakit hati pabila m'bce entri2 dr blog2 yg mngaku mereka genius. kbnykn dr entri n penulisn mereka2 ni hanyalah dr pemikiran n x berlndskan AlQuran n AsSunnah.

Panas Hati said...

http://percayaker.blogspot.com

kalau tak nak kena cela. buatlah perangai yang tak tercela.

kalau kenyataan tercela. bertindak tercela. macam mat iraqi. macam abduh. itu layak dicela.

ini tidak. dia yang berzina. syaitan pula yang disalahkan.

Anonymous said...

ulama ke tak... rentikan la sikap asek nak berpolitik...

dah dapat kuasa tu... pepandai la tunaikan tanggungjawab... bukan asek carik poin untuk ceramah saja... rakyat pun nak kena bela juga...

jangan pulak lupa, pas ni hidup dengan hasil derma orang susah, ada yang kais-kais nak makan... tapi bila dah menang, asek nak bertelagah, bukan mencari jalan nak senangkan rakyat... abis-abis pun cari alasan tak nak buat je...

Anonymous said...

Panas Hati,

Apa perangai tercela Ustaz Mohd Daud Iraqi? Cuba detilkan satu persatu. Kalau betul tercela, pakat cela ramai2. Kalau tak betul, biar malaikat cela enko sorang lah yer...

Amacam?

Eh, bila ko dapat permit mencela dari tuhan ko?

Elbaritii said...

Terima kasih atas kunjungan dan pandangan antum semua.

Anonymous pertama, gadaikan jiwa kita untuk agama, insyaAllah berbaloi.

Ibn Masir, masih ramai yang mahu menjadi zhohirin 'ala haq

Panas Hati, selamat datang ke blog saya ini. Tetapi jangan mencela di sini. Sila mencela di blog sendiri.

Anonymous, berpolitik itu bukan hanya ingin membantu rakyat, tetapi ingin memilih pemimpin yang betul untuk membantu agama dan rakyat.

Anonymous terakhir, boleh kunjung ke blog Panas Hati untuk membaca sebab apa hatinya panas.

sinner said...

Salam elabiriti,

its seem in the cyber space we're quite alone. i've been reading other ulama-bashing blog on regular basis. i do add some comments. but being me, i'm not a good debater. i more on listening n give my idea. anyway, the way i saw tose guys is they're not truly someone that know wat is PAS is all about. most of them is new generation and they dont care much on islam other than we pas can win people's heart.. pas as a islamic movement should act as a body to put Allah's bless as a first priority, not human being. yes, at the same time as a political party, they need people as well. but when it comes to people vs God, where is people. trust me, pas survive for this 50 plus years becoz Allah want it. we dont hav anything. but when we start to put power as priority and wait, Allah will stretch his power as well. all this while we survive becoz of this so call ulama. we survive becoz they fight for islam and people. and one day suddenly came someone says that we doesnt need any ulama due to they dont know wat people's real need. they doesnt know to react to media n resulted people hate pas. these people dont even care about dewan ulama in pas. they only need someone can speak, can lead, can kiss their arse, can entertain them. thats all. Guess wat these people never heard of their voices during pas struggle last 20 years. they came to the surface after pas has been in success mode. when power come to cross in your mind broader than everything, nah. here we come new world of pas. InsyaAllah, we believe there's lot more of pas members to love ilmu & Allah more than power. insyaAllah.. keep on writing my fren. may Allah bless u and ulama as well everybody that love Him more than everything.

p/s: i'm a new generation, study&work in professional line, but value pas struggle since 1990's thru my parents.

Elbaritii said...

Sinner,

Much appreciated ur response on my humbled article and views. Generally, I agree wit ur points as it doesnt make sense to criticize ulamas without adab and sopan santun.