7.5.09

TIADA KOMPROMI PADA KELAYAKAN MEMIMPIN SEORANG ALIM

1. Ketika saya meuar-uarkan pegangan saya bahawa dua jawatan tertinggi dalam pentadbiran & pengurusan parti saya mesti ulama, ada sahabat yang menegaskan begini,"pemimpin saya mestilah yang tahu memimpin negara".

2. Kenyataannya, pada zahirnya, seolah-olah bertentangan dengan saya, tetapi tidak begitu sebenarnya. Ini kerana kenyataan beliau tidak menolak secara total individu ulama sebagai pemimpin, malah boleh digabungkan dengan kenyataan saya.

3. Baginya, mesti pandai memimpin, walau siapapun mereka. Saya pula, mesti ulama dan mesti pula pandai memimpin.

4. Adalah jelas, jika anda ingin memimpin maka anda perlu pandai memimpin. Jika mahu mengajar mesti pandai skil mengajar. Jika mahu mengurus sebuah syarikat korporat, sama ada anda belajar kedoktoran atau syariah, mestilah pandai mengurus sebuah pejabat, sekumpulan manusia dan sebagainya.

5. Maka, gerakan menuntut ulama terus kekal di persada kuasa parti, mestilah seiring dengan tuntutan memilih individu ulama yang bijak memimpin, mentadbir dan memajukan parti. Jika ulama memimpin, dan dia gagal dalam kepimpinannya, maka dia sebenarnya sedang merosakkan parti dan ahlinya.

6. Jika pemimpin itu gagal memimpin, maka kegagalan itu SUDAH PASTI tidak mampu memberikan manfaat kepada apa yang dipimpin, hatta jika dadanya penuh dengan ilmu agama yang ditagih rakyat. Bagi ulama sebegini, tempatnya bukan di kerusi presiden dan timbalan presiden. Saya jelas dalam hal ini.

7. Maka blog ini menyokong sepenuhnya individu ulama memimpin PAS dan dia adalah layak untuk digelar dan dipanggil pemimpin.

1 comment:

Anonymous said...

Ulama' ya'ni kata jama' dari alim = org berilmu. walau bagaimana pun Disini didefinasi kan Ulama' itu adalah orang Alim dalam selok belok agama Islam. Saya bersetuju benar agar pemilihan sebagai pimpinan hendaklah dikalangan Ulama'. sungguh dangkal jika mengatakan Ulama' tidak mampu memerintah negara. Cuba kita fikirkan, adakah mana2 negara yang menyediakan kursus khas untuk menjadi pemimpin negara mereka? pastinya tiada.. fikir2 kan lah