28.6.09

MUNAFIQ POLITIK

1. Umat Islam secara umumnya terbahagi kepada tiga kelompok utama. Mukmin, fasiq dan munafiq. Mukmin sempurna iman dan amalnya, fasiq tidak sempurna pada kualiti iman dan amalnya dan munafiq juga sama, tidak sempurna pada kualiti keduanya.

2. Munafiq pada aqidah pula bukan orang yang beriman. Juga bukan orang yang bersyahadah. Mereka berpura-pura "bersama" umat Islam dalam gerombolan yang sama, tetapi bertukar wajah jika menyertai gerombolan lain pula. Mereka munafiq pada aqidah yang tidak dapat dilihat dan dipegang. Itulah yang lebih membahayakan mereka daripada golongan munafiq pada amalan, sedang masih bertuhankan Allah dan bernabikan Muhammad saw.

3. Munafiq pada politik, boleh berlaku pada orang Islam, dan boleh juga pada orang musyrik dan mulhid. Nifaq mereka ini juga terbahagi kepada dua. Pertama adalah pada hala tuju dan matlamat sebenar. Kedua pada terma dan syarat yang disepakati pada kerjasama sebuah gagasan politik, tetapi tidak dijadiakan tindakan sebenar. Kedua-duanya cukup bahaya. Malah lebih sukar kerana agama bukan lagi pembezanya. Sesiapa sahaja boleh.

4. Jika pada nilaian agama, lebih jelas dan mudah dibezakan, kemudian dikategorikan kerana yang tidak mengucap sudah tentu kuffar yang dilayan seperti apa yang diajar oleh Allah dan yang muslim sudah tentu mereka dilayan sebagai muslim, DI SAMPING mengesani pada unsur-unsur kemunafikannya. Maka langkah berjaga-jaga sangat-sangat dituntut.

5. Sebaliknya dalam politik, siapa sahaja boleh menjadi munafiq. Mereka yang di luar. Mereka yang di dalam. Mereka di pusat bulatan. Mereka di barisan hadapan. Mereka di lingkungan pakatan. Jadi, ukurannya bukan lagi pada Islam atau tidaknya zahir mereka, sebaliknya pada matlamat dan kerja-kerja politik yang selalunya samar-samar. Oleh itu, para pendokong politik Islam dengan matlamat yang jelas, perlu selalu melakukan penelitian setiap sudut dan tika pada kerjasama sebuah gagasan politik.

1 comment:

Anonymous said...

antara Munafiq Politik dan Munafiq Agama, mungkin saudara boleh terangkan yang mana lebih mudharat dan kenapa?