21.6.09

UG Sebagai Medan Muhasabah

1. Melihat dua pandangan yang amat kuat pertentangannya dalam isu 'kerajaan perpaduan', maka saya mengambil keputusan untuk membaca dan mendengarnya sahaja.

2. Masing-masing jelas "berkeras", maka saya yakini masing-masing ada hujah dan maklumat yang saya tiada. Maka, saya mula mengambil posisi lain untuk membaca isu ini.

3. Medan muhasabah menjadi pilihan saya. Saya mulakan dengan berlapang dada, kemudian sabar dengan semua tahap dan seterusnya tawadhu'. Walaupun ramai sudah seperti fobia, saya tetap mengukur nilai taat, wala' dan thiqah pada diri saya. Akhirnya, saya mengukuhkan faham non-ifrat dan non-tafrit pada menilai batang tubuh pemimpin. Mereka makhluk yang lemah, pelupa dan mendapat rahmat dengan izin Allah, seperti saya.

4. Matlamat saya pada isu ini, biarlah berlaku peningkatan pada tahap iman saya. Itu lebih baik daripada 'ujub dengan pandangan sendiri dan takabbur melihat rendah dan hina pada strategi orang lain. Sampai masanya, taatlah sepuasnya...

2 comments:

Anonymous said...

Terungkai sudah, namun kemana al-Fadhil Ustaz Nasha pergi? jangan jadi kes hilang macam di Perak udah ler.

namun Saya percaya Ustaz Nasha mententeramkan diri cuma.

wassalam

Elbaritii said...

Alhamdulillah. Sepatutnya, masa yang cukup diberikan kepada pimpinan untuk bergerak...