14.9.09

Taqwa pada anak


Saya begitu seronok melihat perkembangan anak saya sejak seminggu dua ini. Dua tahunnya pada bulan sebelas nanti, tetapi macam-macam perkataan telah disebutkannya. Banyak yang kami tidak pernah ajar, tetapi beliau mengutipnya dari dua kakak sepupunya, along dan angah.

Paling seronok melihat perkembangannya di atas tikar sejadahnya. Kalau dibentang sejadah, dia mesti mahu paling sempurna. Jika ada hujung sejadah yang terlipat, pasti dibetulkannya sebelum bertakbir. Kalau semuanya sempurna dia mula dengan takbir dan terus sujud, kemudian bangun dan selesailah solat dia. Nasib bek la Ican ni budak yer... takdela jadi ajaran tak betul hehehe.

Sudah solat, mesti dia lipat2 sejadahnya dan kadang-kadang dibiarkan di situ sahaja. Kalau rajin dia akan bawa sampai ke ruang berdekatan dapur dan letakkan sejadah tadi di atas sofa.

Dia juga mudah mengecam masjid. Nampak sahaja bangunan masjid yang besar dan berkubah, spontan dia sebut 'masjid'. Kalau dah berjauhan sikit, selalu juga dia lambai ke masjid, "bye bye masjid".

Begitulah harapan kita yang sudah bergelar ayah. Mahukan anak-anak membesar dengan persekitaran Islam yang mudah dan betul. Dia tidak kekok dengan aktiviti agama dan ibadah yang suatu hari nanti menjadi rutinnya.

Anak-anak kecil seperti Ihsan mudah diasuh dengan agama. Dia juga mudah mengikut. Tetapi remaja yang sudah meningkat dewasa jarang mahu membuntuti ayah mereka ke surau dan masjid.

Apakah Ihsan juga begitu?

Tarbiah saya terhadapnya akan menghalakannya ke arah mana yang dia akan pergi. Oleh itu, saya tidak hanya mesti mentarbiah diri sendiri atau isteri sahaja. Dia hanya dibiarkan kepada bibiknya.

Juga tidak boleh hanya keluar rumah menyampaikan sekelumit ilmu jika dijemput, sedangkan Ihsan di rumah bermain dengan wayang-wayang gambar atau menari-nari dengan abang Aznil di cenel 104.

Sekarang nipun sudah sedikit bimbang. Dengar sahaja lagu tv3 sebelum buletin utama, dia akan berlari2 ke tv sambil menyebut "tivi iga". Bukan bimbang kerana lagu itu maksiat atau ia melalaikan, tetapi cepatnya respon Ihsan terhadap alat ini.

Inilah anak-anak yang sedang membesar. Cepat memberi respon gaya sendiri.

Jika kita ada anak yang sedang remaja sekarang ini, jangan mudah menyalahkan orang lain atas kekurangannya, kerana dia juga telah memberi respon terhadap apa yang diterimanya daripada ayah dan ibunya.

Saya baru memiliki seorang anak. Namun sudah merasai amanah kewajipan sebagai seorang ayah. Beban yang ditanggung setiap ayah dan beban yang boleh menjadi ringan jika menggunakan cara yang betul.

Apa yang pasti, ada kewajipan menanti, dalam membesarkan fizikalnya, dan mengenyangkan rohaninya.

Suatu hari nanti, saya akan ditanya tentangnya, atau sebelum itu, dia akan bertanya kepada saya tentang dirinya.

Anak memang amanah yang berat. Tidak cukup tarbiah sebulan Ramadhan untuknya menjadi manusia. Sempena matlamat Ramadhan yang ingin dicapai, marilah kita bertaqwa pada mendidik anak-anak kita.

Mulakan sahaja dengan cara dan gaya kita membiarkan anak kita menyambut eid fitri.

2 comments:

Papa Ajmal said...

Salam, terlihat gambar ini lantas dipanggil Angah "eh Ican..". Ican kena cakap betul2 nanti Abu enta salah faham pulak. Yang Kerja disebutnya cija, balik dipanggil nya alik dan yang paling bahaya bila Ican menyebut Barbie bunyi huh... ba alif ba ya kata Along. Atau mungkin memang ba alif ba ya yang disebut, memandangkan didada2 berita banyak disebut penyakit selsema mukhalazah itu.. hehe

Elbaritii said...

Salam.

Kecik2 lagi Ihsan pandai possing. Tiru macam abah dia le kut. :)

Ihsan tak salah. Dia tgh belajar. Tapi sapa ajar dia yek?

Laaaa... dia kata Angah. Mesti cigu Ihsan kena belajar lagi tuh...