1. Sekali lagi hati-hati pekerja parti Islam gundah gulana. Juga keliru antara kemuliaan seorang tokoh di sisi Allah dengan pandangan politik yang penuh subjektif.
2. Turut keliru terhadap dua tokoh yang hebat di sisi Ilahi, bertentangan dalam membaca dan berpendirian terhadap senario politik semasa.
3. Saya merujuk kepada apa yang pernah berlaku selepas perang Badar. Dua pandangan berbeza dizahirkan oleh Saiduna Abu Bakr dan Saiduna Omar Al Khattab. Cukup bercanggah. Satu mahu mati. Satu lagi mahu digunakan dan memberi manfaat kepada muslimin. Akhirnya, ia hanya menjadi koleksi sirah yang bermanfaat, walaupun keputusannya di tangan Ilahi melalui wahyu selepas itu. Tiada sengketa, tiada penjarahan berlaku.
4. Dulu, lebih sepuluh tahun lalu, seorang tokoh ulama PAS pernah bermadah di hadapan saya dan rakan-rakan, "Ambo adalah PAS". Saya terkejut dan bimbang, sehingga sekarang.
5. Selagi tiada teguran terbuka ditujukan kepada tokoh ini, selagi itulah setiap kata-katanya sentiasa menimbulkan kebimbangan saya. Saya sering menolak bacaan politiknya, tetapi terlalu ramai berebut-rebut mencari "hikmah" di sebalik ungkapannya, walaupun jelas tersasar.
6. Bagi saya, kehebatan seorang manusia di sisi Ilahi, tidak menjamin dengan banyak ketepatan dia dalam membaca politik semasa. Itu dua keadaan yang sangat berbeza, kerana Islam terbina atas hujah, bukan kemuliaan batang tubuh. Maka menggunakan Islam untuk berpolitik juga terbina atas hujah, bukan kedudukan.
7. Maksud saya, penjamin dan pemutus adalah hujah, bukan " siapa kita nak dibandingkan dengan ketaqwaan beliau, dia lebih berpengalaman, dia alim, dia tok guru kita."
8. Saya suka tulisan berani MSO di sini.
9. Saya tidak bersetuju EGM diadakan, bagai cadangan Tuan Guru Mursyidul Am, dalam isu dua tiga orang pemimpin bermasalah. Malah bagi saya sudah tidak berbangkit isu ini selepas muktamar memutuskan siapa memimpin PAS. Pandangan itu amat tidak tepat. Saya hanya mampu menyebutnya di blog sendiri. Pemimpin-pemimpin di atas, tegurlah jika perlu.
16 comments:
salam
jika bacaan politik orang yg suka mencaci dan memaki orang dalam blognya yg teramat ngelenyar tu yg enta sokong sah lah peminat MSO yg suka mencaci pimpinan PAS
satu pandangan politik yg telah terbukti 19 tahun memerintah dan banyak idea nya turut dicedok oleh Kerajaan Pusat yg satu lagi hanya sepenggal je. Ternyata bacaan politik mursyidul Am lebih baik, insyaAllah
PAS Parit adalah celupan "PAS Terengganu" sebab tu menang nya pun sekali je macam PAS Terengganu
amri tak boleh menghukum begitu..tuan blog suka dgn satu tulisan xmesti dia juga suka mencaci maki. suka makan tak mesti yg harampun dibantai juga..saya setuju dgn tulisan ust elbariti,,pemimpin baik sapepun dia wajar ditegur. apa?tidak bolehkah TGNA juga di tegur? maksumkah dia?
dia hanya salah seorang ahli PAS! TGNA bukan pertubuhan pas..pas adalah jemaah. takdirnya esok TGNA masuk umno?maknanya PAS dah masuk umno walaupun semua pinpinan yg lain menolak?
ini satu kesilapan. teguran kpd pemimpin yg bermasalah tidak perlulah dgn singkirkan mereka termasuk president dan timbalan..sape yg tinggal nanti?mana penghargaan kpd jasa2 mereka selama ni?betuika depa nak join umno atau puak2 dlm selimut saja yg buat cerita? fikir2 dgn tenang bukan emosi saudara2 semua...
tiada manusia yg maksum kecuali nabi..fanatik kpd tokoh adalah terlarang..gunakan hujah dalam semua permaslaahan dgn berladaskan al-quran dan sunnah!
saya bersetuju dgn pandangan tuan blog serta ulasan aina sofia tanpa kita menafikan keilmuan dan kelebihan TGNA. tapi itu tak bermakna semua2 kata2nya sahaja yg betul..semoga kita semua diberi petunjuk.
saya ni ahli pas tegar, secara ikhlasnya saya mmg hormati tuan guru haji hadi n ustaz nasa tetapi kadangkala beliau seolah2 tidak ada apa2 tindakan bila masalah timbul yg memerlukan tindakan beliau untuk bercakap selaku presiden.
kenapa perwakilan tetap memilih haji hadi n nasa sedangkan akar umbi mahukan yang terbaik dari yang terbaik.
saya tahu jerih perit hj hadi selama berjuang dlm pas untuk menegakkan Islam tetapi kekadang kita perlu menggunakan strategi lain cthnya menggunakan byk tenaga/orang baru dalam pas supaya pas tetap relevan menuju masa akan datang.
kah kah TGHH yg nak masuk UMNO siapa yg taksub kepada tokoh ni sebenarnya
aina sofia siapa yg bermasalah ni sebenarnya TGHH ke TGNA, beradab ke bercakap dengan ulama menggunakan perkataan "gelenyar". sape yg sokong UG"ciptaan" UMNO
artikel dr. zul dan TGNA pun ditereban dari harakah yeop ape ke heinye sape yg bermasalah ni yeop, mun dah rope UMNO aje yop PAS ni ape heinye
Prinsip 1 - Mencaci pimpinan sendiri bukan daripada akhlak gerakan Islam.
Prinsip 2 - Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang boleh ditegur. Sebagai manusia biasa, tiada yang maksum.
Prinsip 3 - Menang dan kalah bukan urusan manusia. Ia urusan Allah.
Prinsip 4 - Mengadu domba dan sentiasa mencari-cari kesalahan pimpinan, akhlak yang paling bodoh dalam gerakan Islam.
Prinsip 5 - PAS adalah parti jamaah, bukan parti individu. Keputusan yang besar2, mesti diputuskan secara berjamaah.
Prinsip 6 - Keputusan yang dibuat oleh jemaah atau secara berjemaah mestilah diterima. Walaupun ia tidak berkenan dihati.
Saya rasa Sdr Amri dan semua netters boleh faham.
Menilai sesuatu ungkapan dan keadaan melalui tulisan akhbar hatta harakah sekalipun adalah satu kerja yang sia-sia. Adalah lebih baik menilai diri kita sendiri sejauh mana sumbangan kita ni terhadap perjuangan Islam.
Yang terbaik adalah berbincang atau bertanya sendiri dengan penuturnya atau penulisya. Saya pernah bertanya sendiri kepada TGNA mengenai isu 'lebih baik berkawan dengan syaitan'. "Ah kalau tak cakap nanti tak masuk TV atau akhbar. Dengan ini masyarakat boleh cari jawapannya". Kelemahan terbesar manusia ialah suka membuat andaian atau persepsi sendiri tanpa mengkaji terlebih dahulu.
Salam.
Terima kasih atas komentar tuan-tuan semua. Yang baik, insya Allah saya akan ambil dan hayatinya.
Buat Tuan Haji Mat Ali;
1. Saya merujuk tulisan rasmi TGNA di blognya sendiri untuk memahami kehendaknya.
2. Juga ayat-ayat yang jelas di dalam kaca tv ketika di tanya wartawan.
3. Beliau tidak memberi respon terhadap suatu isu yang memerlukan jawapan balas segera, sebaliknya beliau yang memulakannya, berdasarkan kepada tulisan seorang profesor pemerhati dan aduan2 lain.
4. Saya tidak bersetuju kerana ia amat bercanggah dengan keputusan Muktamar yang lalu. Isu UG atau Pro Umno telah wujud sebelum pemilihan. Dan itulah bahan kempen Tuan Haji Husam ketika menentang Ustaz Nasa. Jadi, Muktamar itu sebenarnya telah mencukupi untuk mereka yang menang terus memimpin, sehingga muktamar pemilihan seterusnya.
5. Lagipun, selepas pemilihan itu, rasanya tidak berbangkit lagi isu pro-Umno ini.
6. Apakah hanya sebagai suatu respon terhadap kekalahan di Bagan Pinang yang sangat subjektif untuk menyalahkan sesiapa, atau sekadar respon terhadap tulisan Prof Abdul Bari atau ada makluman lain, PAS terdesak melakukan EGM?
7. Benarkah EGM lagkah terbaik? Dan kenapakah Tok Guru sanggup menyebut kalimah perpecahan semata-mata ingin menentukan kedudukan dua tiga pemimpin bermasalah? Bagi saya ini terlalu berat untuk diterima, walau siapapun yang mengungkapnya.
Maaf Tuan Haji. Memang penglibatan saya sangat kerdil dalam kerja agama. Tetapi saya tetap mempunyai ruang yang diberi agama untuk memberi pandangan peribadi dalam isu sebegini.
Terima kasih atas nasihat. InsyaAllah akan terus dihayati.
Wallahu a'lam.
Salam Elbarti,
Saya memberi komen secara umum, bukan khusus kepada elbarti, termasuk juga kepada amri dan yang lain-lain kerana cepat membuat penilaian dan menghukum saudara. Apapun saya tidak bersetuju membuat penilaian berasaskan ungkapan di kaca TV dan akhbar semata-mata. Kalau melalui blognya kena pastikan juga adakah TGNA sendiri yang tulis atau wakilnya. TV atau akhbar hanya akan mengeluarkan slot ungkapan atau peristiwa yang menguntungkan mereka.
Amri juga perlu mengenali siapa elbarti dan tidak boleh ta'suf kepada TGNA. Kelantan ada banyak kelemahannya. Cuma perkara ini takkan nak dicerita kepada saudar atau kepada umum.
Tugas kita ialah berusaha membetulkan keadaan dan membantu memenangkan Islam. Pemimpin memang boleh ditegur sepertimana para sahabat terdahulu, dan boleh juga diturunkan jawatannya jika ada maslahat umum.
Jazakallah khair abuirfan, saya tak pernah mencaci TGHH, cuma siapa yg buat blog mencaci TGN dan Husam Musa.
Salam Elbarti,
Saya memberi komen secara umum, bukan khusus kepada elbarti, termasuk juga kepada amri dan yang lain-lain kerana cepat membuat penilaian dan menghukum saudara.
J: siapa yang menghukum saya cuma persoalkan kewajaran MSO melabelkan TGNA sebagi gelenyar(gatal)tu je adakah org sebegini perlu dihormati dan beradab
Apapun saya tidak bersetuju membuat penilaian berasaskan ungkapan di kaca TV dan akhbar semata-mata. Kalau melalui blognya kena pastikan juga adakah TGNA sendiri yang tulis atau wakilnya. TV atau akhbar hanya akan mengeluarkan slot ungkapan atau peristiwa yang menguntungkan mereka.
J TGNA dah jawab dah pun
Amri juga perlu mengenali siapa elbarti dan tidak boleh ta'suf kepada TGNA. Kelantan ada banyak kelemahannya. Cuma perkara ini takkan nak dicerita kepada saudar atau kepada umum.
InsyaAllah saya kenal secara luaran elbariti, Ustaz dari Teluk Sena
Tugas kita ialah berusaha membetulkan keadaan dan membantu memenangkan Islam. Pemimpin memang boleh ditegur sepertimana para sahabat terdahulu, dan boleh juga diturunkan jawatannya jika ada maslahat umum.
Maslahat umum- siapa yang patut dipecat kerana tidak patuh kpd keputusan muktamar dan keputusan mesyuarat Exco dan timbulkan isu dalam sidang media , pulak tu media pro UMNO
satu lagi bukan ta'suf tapi ta' sub atau taksub
Prinsip 1 - Mencaci pimpinan sendiri bukan daripada akhlak gerakan Islam.
j:siapa yg mencaci pimpinan dalam blog ????
Prinsip 2 - Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang boleh ditegur. Sebagai manusia biasa, tiada yang maksum.
Betul lah tegurlah siapa pun hatta Khalifah Omar pun ditegur dan beliau redha, tapi senario yg berlaku TGNA tak diberitahu pun pasal isu UG, tiba- tiba ada blog yg mencaci dan memaki beliau dan HUsam serta DSAI- akhlak ape ni
Husam dan TGNA dah jawap pun
Prinsip 3 - Menang dan kalah bukan urusan manusia. Ia urusan Allah.
yess betul tapi kene berusaha dengan cara yang terbaik kalau berserah je tak payah le merayu undi
Macam yang PAS Parit buat, mendekati masyarakat nya tidak yg nampak Muslimat PAS Parit je yg maju ke hadapan, berusaha lepas tu baru bertawakal
Prinsip 4 - Mengadu domba dan sentiasa mencari-cari kesalahan pimpinan, akhlak yang paling bodoh dalam gerakan Islam.
Siapa yang mencari kesalahan pimpinan dan siap mencaci maki tu???Siap buat blog khas lagi, lepas tu jemput lak bloggers UMNO e.g Gomo yg hadir kat rumah Hassan Ali, gomo tu mencaci maki TGNA, Husam , NIzar dan DSAI penuh dengan carutan , itu bloggers UMNO yg kita jemput ape kes ni bro??
Prinsip 5 - PAS adalah parti jamaah, bukan parti individu. Keputusan yang besar2, mesti diputuskan secara berjamaah.
J: Dah putuskan dalam MUKTAMAR kenapa masih dilagu dan didendangkan lagu UG ni lagi, sedap beno ke pun lagunya
Prinsip 6 - Keputusan yang dibuat oleh jemaah atau secara berjemaah mestilah diterima. Walaupun ia tidak berkenan dihati.
Siapa yang tidak terima keputusan Jemaah/MUktamar dan mengungkit Isu UG,sepatutnya mereka ni yg diambil tindakan. Keputusan Jemaah/Mesyurat Exco dah setuju dengan SELCAT siapa yg panggil media pro UMNO dok hebohkan isu tu.
Saya rasa Sdr Amri dan semua netters boleh faham.
InsyaAllah saya faham wahai bakal Dr. Phd.,jazakallah khair atas nasihat dan ingatan, semoaga tuan dapat Phd yg cemerlang. Aminn
Post a Comment