7.11.09

Kelantan Perlu Buang Beberapa Orang Bermasalah

1. Saya mencadangkan seminar khas perlu diadakan untuk Kelantan. Walaupun penyokong mereka ramai, tetapi masih gagal menguasai persaingan yang wujud.

2. Mungkin boleh dijemput Abu Hassan Hasbullah, eh silap... Hasbullah Awang untuk menjadi ahli panelnya.

3. Ketua pasukan perlu dibuang. Walaupun ada banyak pengalaman, tetapi jelas telah gagal. Dalam persaingan sengit, peluang hanya sekali sahaja. Selepas ini mungkin sepuluh tahun lagi baru dapat masuk ke final. Kalantan perlu lebih berani menukar Indraputra kepada mmmm, siapa yek yang layak?

4. Pembantu Indra, Farhan juga lemah dan tidak bermaya. Gagal berperanan. Selain pemain pertahanan Zamri yang kerap melakukan kesilapan hingga membenarkan dua jaringan untuk Negeri Sembilan.

5. Halim Napi nampaknya sudah tua. Mungkin elok menetap di rumah sahaja. Eranya sudah berakhir. 3 gol telah dilepaskan. Sungguh memalukan. Walaupun kesalahan banyak dilakukan oleh pertahanan, beliau tetap perlu berkorban.

6. Ni apehal presiden KAFA orang Umno? UG ka?

7. Team ini mesti direformasi. Jika tidak, persaingan akan datang tetap akan menyaksikan kekalahan demi kekalahan. Kelantan mesti terbuka dan berani. Jangan biarkan persepsi penyokong, penonton, pengulas sukan dan rakyat kelantan berlalu begitu sahaja. Beberapa pemain mesti menjadi korban "drakula politik" eh, "sukan" daaa...hahahahaha...

6 comments:

mudin001 said...

Persepsi ana, tulisan ini mahu bersikap sarkastik. Persepsi ana, tulisan ini mahu membandingkan pasukan bola sepak Kelantan dengan parti PAS.

Ana tidak setuju dengan perbandingan tersebut. Boleh baca di: http://mudin001.com/2009/11/08/kecek-kecek-tentang-bola-sepak-dan-politik/

Elbaritii said...

Tulisan ini menggambarkan persepsi saya terhadap pasukan bola sepak Kelantan yang tertekan dan sangat kucar lanar ketika bermain tadi.

Abu Alfateh said...

Salam buat tuan rumah Perak....

Sayang sekali Perak tak masuk book dlm persaingan, tak terkejor yeop...Mungkin sebab dari dulu masih terjerit2 duk salahkan referi...kejor la yeop kejor.

Banyak la hg punya persepsi EO...kat dunia boleh la sembang, apa2 pun ini blog tuan..muga persepsi anda benar seperti yg dikata...no more comment

Elbaritii said...

Abu Alfateh,
Habih, nak ajak sembang mana? Pluto? Moh derah. Jangan hengo lebih kat bumi ni ahak ahak

amdang81 said...

ambe suka tulisan ni walaupun tak setuju semua. Apapun, ini hanyalah persepsi ana.

apapun, ana rasa enta setuju dengan post mortem selepas wisel penamat kan? :) Tapi, ini juga persepsi ana.

Entah apalagi persepsi ana yang masih ada. Wallahua'lam.

Elbaritii said...

Akh Amdang81,
Saya percaya Politik kepartian ada kaitan besar dengan persepsi. Dan majoriti undi di Malaysia berasaskan kepada persepsi yang wujud sebelum pilihanraya.

Itu yang Umno bina terhadap pembangkang sejak sekian lama. Mereka sanggup bertindak dengan serendah2 moral dalam penceritaan dan pemberitaan demi melakar satu persepsi buruk terhadap kita.

Kini, apakah kita sendiri yang mencipta persepsi itu?