5.1.10

Janggal Dengan Kelembutan Sikap PAS Dalam Isu Kalimah Allah

1. Isu kalimah Allah menjadi pertikaian antara sesama orang Islam melebihi perbahasan antara muslimin dan nasara. Melihat kepada perbahasan akademik, memang pengikut agama samawi layak menyebut tuhan mereka dengan kalimah Allah.

2. Saya tidak nampak ada isu menyalahgunakan kalimah itu dengan menghina tuhan mereka sendiri.

3. Allah yang sama kita esakan dan Allah yang sama mereka syirikkan. Bagaimana menafikan nama Allah pada Allah? Tentang merosakkan agama asal Nabi Musa dan Isa alaihimassalam, itu sangat jelas pada umat Islam yang belajar.

4. Melihat pula pada peranan PAS menggerakkan maksud "iqamatuddeen wa siasatuddunya bihi" dan maksud pada "hifzuddeen", amatlah janggal jika PAS berlembut.

5. Anak saya mungkin akan pening jika dia dimaklumkan oleh rakan sekelasnya, 5 tahun nanti, "kesian anak "Allah" yang disalib" pada cuti krismas tahun itu.

6. PAS membuat keputusannya hanya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Politik Pusat, bukan Majlis Syura Ulama? PAS lebih melihat kepada isu politik semasa? Atau sudah letih mendengar tuduhan; inilah suara2 Umno dalam parti, maka setiap pendirian mesti berlainan?

5 comments:

Anonymous said...

Maaf, apa maksud sebenar Elbariti? Apakah kelembutan yang dimaksudkan apabila PAS menerima keputusan Mahkamah tetapi dengan rasa bimbang atau apa?. Pandangan Timbalan Mursyidul Am lebih menarik pandangan saya..

Elbaritii said...

Lebih kurang macam tu lah.

Anonymous said...

Elbariti mengajak orang PAS berdemonstrasi agaknya. Apabila orang PAS turun berdemonstrasi di atas isu ini, Elbariti tentu akan melompat gembira.

Elbaritii said...

Tak ada pun sebut demonstrasi. Tegas dengan pendirian bukan bermakna menjerit di jalanan. Nak marahkan sapa dengan demo?

Anonymous said...

PAS membuat pendirian tersebut selepas bermesyuarat selama 3 jam! Baca tulisan Dr Maza dalam blognya dan saya pasti anda akan lebih jelas dengan tentangnya.

Pokoknya hujah hendaklah dibalas dengan hujah..dalam kes ini saya suka membaca apa yang Dr Maza kemukakan, dalil-dalil dari Al Quran dan susur galur penggunaan kalimah Allah oleh generasi sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW.

Bahkan Datuk Nik Aziz sendiri beberapa bulan sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan tentang keharusan penganut ahli kitab menggunakan kalimah itu. Baca surah Al-ankabut ayat 63 dan fahami maksudnya.

Salam.