8.2.10

PAS Tidak Perlu Pemimpin Pusat Yang Takut

1. Takut bererti mahu cakap-cakap di belakang, berhujah di kedai kopi dan menjerit di blog

2. Takut bermakna bising pada pucuk pimpinan yang memang telah dibisingi dan diam bila patut bising kepada pucuk pimpinan yang jarang dibisingi

3. Takut bila merasakan kedudukan dunia boleh hilang

4. Takut berhujah dalam medan hujah dan berani berhujah dengan kelompok sendiri

5. Tidak bersifat lelaki pada perkara khilaf. Sudah kalah pada persaingan idea, mahu menjahanamkan imej dan kedudukan lawan idea dalam parti sendiri

6. Takut untuk menerima idea pihak lawan idea mungkin idea yang benar

7. Pukul lawan idea dengan baling hujah pada blogger-blogger untuk menjerit

8. Tidak berani lawan posisi presiden, tapi hati begitu meluat dengan presiden

9. Hanya berani hentak keyboard di rumah, tetapi tidak berani hentak meja dalam bilik mesyuarat jika dirasakan presiden telah melakukan mungkar besar

3 comments:

man said...

1. Pas juga tidak perlu pemimpin penakut, jumpa UMNO dalam gelap. Kemudian nafi bila kantoi. Ugut saman. Kemudian kantoi berganda-ganda.

2. Pas juga tidak perlu pemimpin penakut, tak berani berhujah mempertahankan idea UG. sebaliknya berlindung sebalik "wala'isme".

3. Pas juga tidak perlu pemimpin penakut, senyap lesu, sepi walaupun dilanda banyak kes belakangan ini.

gile-gile said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Elbaritii said...

1. Jumpa kat mana-mana pun tak salah. Yang salah, masuk Umno.

2. Pemimpin bukan kerjanya mempertahankan sampai "mati" idea sendiri. Tapi yang mengkritik UG, seolah-olah mendapat lesen dari langit untuk menyerang idea dan pemiliknya, sampai ke lubang cacing.

3. Senyap dan sepi penakut? Bising dan riuh sekampung berani?