13.2.10

Saya Takut Alhusseyn51 Jadi Biadab Dan Menyebar Fitnah

Edit: Sila rujuk tulisan Ustaz Misbahul Munir di sini untuk penjelasan detil

______________________


Saya merujuk kepada tulisan alhusseyn dalam blognya.

Apa yang saya boleh katakan ialah tidak beradab atau biadab dengan presiden parti sendiri.

1. Saya takut saudara menuduh dengan melulu tanpa usul periksa
2. Saya takut saudara menimbulkan fitnah terhadap pimpinan dan parti sendiri
3. Saya takut saudara memburukkan pimpinan sendiri ke seluruh gelob bumi
4. Saya takut saudara bangga dengan mengumpat pimpinan tanpa ada qarinah yang membenarkan umpatan
5. Saya takut saudara menjadi lidah penyambung durjana dan maksiat apabila ianya disebarkan sedangkan hakikatnya ia tidak seperti didakwa.

Sepatutnya pakcik alhusseyn pergi menyusun strategi bagi merampas semula Perak daripada Umno, ataupun sekurang-kurangnya menjatuhkan Hamidah dengan perancangan teliti. Ini tidak, menjatuhkan pimpinan PAS pula menjadi agenda sedar dan luar sedar.

Inilah penyakit golongan yang anti kepada wala' yang kononnya wala' ini menjadi bahan durjana pada mempertahankan hak dan memperluaskan kritikan membina.

Ini juga penyakit golongan yang anti kepada muzakarah ( saya tidak memperjuangkan muzakarah di sini ) dengan Umno tetapi berpelukan tanpa segan dan takut dengan DAP yang dasarnya kufur atas nama tahaluf siasi ( saya tak kata Pakatan Rakyat tidak syar'ie ), namun tindak tanduk mereka tidak banyak menyerang Umno atau serangan Umno yang banyak itu diselang-selikan dengan menyerang pimpinan sendiri.

Nampaknya banyak kerja blogger macam ini. Umno diserang dan pimpinan PAS tertentu turut menjadi mangsa tembakan.

Saya dimaklumkan, kelewatan malam itu adalah kerana masalah penerbangan yang lewat dari Terengganu. Saya dimaklumkan oleh seorang pimpinan pusat sendiri.

Nampaknya, isu macam inipun menjadi bahan kempen untuk memuas nafsu benci terhadap pimpinan, tetapi berlapik dengan kebebasan mengkritik dan menegur demi hak.

Tak kisahlah agaknya, sampai menerlanjangkan manusia!

3 comments:

Amri Mat Saaid said...
This comment has been removed by the author.
Amri Mat Saaid said...

salam

kalau dah lewat, extend aje lah dalam 1/2 jam lagi majlis tu yg nak cabut awal kenape

broomoh said...

to ulamak amri matsaaid
bagi le apa saja alasan pada lu orang, lu tak akan terima punya, banyak je alasan boleh bagi selagi mulut boleh berkata-kata, selagi mulut tak masuk tanah, lu memang suka fitnah pimpinan pas, bagus teruskan usaha lu orang, terus tabur fitnah kepada parti pas, jgn cakap le nak cari kebenaran, kebenaran depan mata tapi mata buto, fitnah ni sedap lagi dari baca quran, pengikut ramai je tolong membenarkan apa yg fitnah, kepada alhusseyn teruskan fitnah anda, andakan cikgu mesti cikgu tahu segalanya dalam dunia ini