Nampaknya UMNO telah memulakan pungutan hasil terhadap usaha senyapnya selama ini. Kita tidak tahupun apa yang ia lakukan. Tapi siapa yang bermoral percaya Umno tidak akan buat perilaku tidak bermoral demi menjaga kedudukan yang dikecapi sejak 50 tahun lalu. Daripada tumbang seluruh negara dan hilang segala pintu syurga dunia, lebih baiklah berhabisan satu dua bilion untuk mendekati pihak lawan agar berlembut.
Operasi 16 September yang berjaya digembar-gemburkan oleh Anwar, berjaya disempurnakan oleh Najib bermula awal tahun ini. Satu persatu ahli parlimen PKR bermasalah. Ente memulakan serangan, tapi ente tiada fulus. Ente mahu cabar sama gue. Itulah kut yang diherdik senyap-senyap oleh Najib. Nah, kini sudah terbalik. "Ente cuba menghalalkan lompat melompat, me4nggunakan fatwa ulama PAS, dan sekarang ente gagal, gue yang berjaya. Fulus Nuar, fulus!"
Hakikatnya tiada siapa tahu wang memainkan peranannya atau tidak dalam drama PKR jadi bebas ini, kecuali yang tahu. Dan yang tahu itu tak akan memberitahu yang tidak tahu. Tapi biasanya, dalam politik non-Islamik, semuanya kerana wang. Jarang-jarang sangat politik digunakan untuk politikawan menjadi negarawan atau kawasanwan. Silap-silap perhitungan, yang nampak islamik pun masih terikut-ikut rentak gelombang fulus.
Memang besar cabaran yang sedang dihadapi oleh Anwar. Sekaligus Pakatan Rakyat. Semua orang politik tahu PR kukuh dengan asbab Anwar. Nak lemahkan PR kena cantas Anwar dahulu. Lim Guan Eng dicantas di Penang dengan isu-isu remeh. Presiden PAS dicantas oleh....macam oleh blogger PR sendiri, entah ler. Tuan Guru Nik Aziz dicantas oleh media saban hari. Dan kini Anwar dicantas dengan mahkamah dan kecelaruan dalam parti isterinya sendiri.
Drama-drama selepas ini tentu lebih menarik. Tambahan pula ekonomi negara semakin pulih dan duit makin masyuk manakala songlap lebih tenang.
Setakat ini, Anwar masih belum ada formula untuk meredakan kepanasan dalam PKR. Anwar pula mungkin disuap dengan pelbagai pilihan kini. Siapa tahu?
Banyak yang perlu dipercaturkan beliau. Dirinya, parti isterinya, PR, keinginannya menjadi PM, memori silam team wawasannya dan moral perjuangannya. Dalam hal begini, saya tak fikir baik buruk PAS dan DAP menjadi percaturannya. Bukan dia tidak mahu. Dia tidak mampu.
Kita tahu di mana mahkamah kita dan Anwar tahu peritnya penjara. Jika dia kuat, kuatkah juga keluarganya. Memang besar ujian bagi seorang pemimpin hebat seperti Anwar ini. Yang kita lihat semakin lemah untuk dijadikan dahan. Faktor luaranlah yang melemah dan memenggalnya.
Maka apakah asas tunggal untuk kesatuan PR kini?
1 comment:
Pada hari ini (20 Mac) semua org sudah tahu bahawa Anwar itu pembohong besar. Ini didedahkan sendiri oleh sahabat baiknya yg sudah tidak tahan lagi ditipu oleh Anwar dan firaun2 kecil PKR. Yg menghairankan, org2 PAS terutama para ulama PAS masih belum mahu buka mata dan masih bersekongkol dgn Anwar utk meneruskan agenda pembohongannya kpd rakyat Malaysia. Ketahuilah, cita2 Anwar bukannya utk memakmurkan negara dan rakyat, tetapi adalah utk mencapai cita2nya utk ke Putrajaya. Mana pergi suara2 PAS yg bertakbir pada 16 September 2008 yg dulu apabila mereka mendapat perkabaran bohong yg Anwar sudah hampir ke Putrajaya????
Post a Comment