1.7.10

MEMO UNTUK USTAZ FATHUL BARI

Saya hanya mengenali Ustaz Fathul Bari melalui paparan namanya di mailing list, akhbar, laman web dan pertama kali melihat wajahnya ialah ketika beliau berhadapan satu kes di Negeri Sembilan.

Setelah menjadi ahli politik merangkap pendakwah berparti, bermakna ustaz sudah tidak boleh dianggap bebas lagi oleh mana-mana pihak. Jika berpolitik, maka ada asam garamnya. Jika berdakwah melalui parti, ada rempah ratusnya. Semua ini mesti cepat dipelajari.

Insiden jawab menjawab yang berlaku kini hasil secara spontan atau ada pihak yang mengatur sesuatu untuk mencetuskannya? Saya tidak pasti. Tetapi apa yang berlaku kini, ustaz telah mula mengundang pertentangan antara pihak ustaz dengan pihak tertentu.

Tak kisahlah apa dakwaan yang dibuat. Kini kelihatan kerusi ustaz sudah panas dengan satu insiden. Ya, insiden demi insiden akan menuruti. Jika semua ini terancang, maka perancangan itu adalah untuk menjadikan ustaz benar2 berjiwa Umno, mempertahankan parti dan sanggup berhadapan dengan siapa sahaja.

Mereka mahu kami membenci dan mereka mahu ustaz melenting. Tembok pemisah mesti dibina agar kami dan pihak ustaz tidak mungkin bekerjasama, walaupun itulah antara kata2 awal ustaz dari sebelah sana.

Harapan saya, bijaklah berpolitik dan bersuara. Di dalam sana terlalu banyak pihak yang tak senang. Ustaz sendiri tahu. Dan jangan pula kita yang sepatutnya boleh bersatu atas nama Islam dan dakwah, semakin berjauhan. Jika ini berlaku, apalah ertinya mencalarkan pakaian jubah ustaz dengan kekotoran Umno yang ramai ahlinya mahu diselamatkan daripada terjebak ke api neraka, tetapi kita pula bersengketa tak habis-habis.

Bukan tidak boleh menyelamatkan ahli Umno tanpa masuk ke dalam Umno, tetapi sengaja mencari kelainan. Inikah sunnahnya? Terpulang.

Pendirian saya, kita memang boleh bekerjasama. Harapan saya, jaga diri baik2 daripada perangkap parti sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

ustaz fathul bari..teruja dengan persembahan ilmu terucap di bibir yang keluar dari ketinggian ilmu didada lalu tercetus fikir.. tegasnya anda dengan pegangan...tapi dunia hr ini berbeza.. kita ble diperguna org ini dan org itu...terserah anda menilai dan menerimanya...semoga Allah sentiasa bersama hamba-Nya.