17.1.11
Dia yang layak didampingi dan diingati
Dialah Tuhan yang satu. Tiada selain Dia. Jika ada yang mendakwa ada tuhan selain Dia, maka tuhan-tuhan mereka itu adalah palsu. Tiada tuhan-tuhan selain Dia.
Dia menyaksikan kini pelbagai ancaman kehidupan manusia kepada manusia. Banjir di benua Australia, Amerika Selatan dan Asia Tengah. Kesejukan melampau di bahagian utara bumi dan sejuk yang agak lama tempohnya di bahagian selatan. Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan beberapa kawasan lain turut menuruti sahaja kehendakNya.
Maha suci Allah. Apa sahaja baik dan buruk yang kita alami kini, semuanya adalah kesan daripada af'al Allah yang sempurna dan baik. Dia suci daripada segala kelemahan dan keburukan.
--------------------------------
Manusia mempunyai rutin harian yang macam-macam. Manusia juga memiliki fokus yang banyak dalam kehidupan harian. Semuanya berlegar sekitar kepentingan dunia dan kepentingan akhirat. Tidak semua suci daripada kekotoran-kekotoran hati. Yang mati pun ramai.
Maha suci Allah daripada kelemahan ini. Alam baharu dan binasa. Manusia baharu dan kotor serta lemah.
--------------------------------
Marilah kita belajar daripada tuanya dunia ini dan lemahnya penghuninya. Di atas bumi yang sudah sangat tua ini, manusia yang sentiasa lemah, mestilah menguatkan tujuan keberadaannya di muka dunia yang sudah hampir kepada penghujung.
Dialah yang layak didampingi. Dengan apa cara. Rutin harian. Melihat ancaman. Menggauli manusia dengan lidah, laku dan pena.
"Apabila telah selesai menunaikan solat Jumaat, bertebaranlah di muka bumi, carilah rezeki daripada kurniaanNya dan ingatlah Allah dengan sebanyaknya, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment