3.6.11

Naib Presiden Pilihan Saya

Ketika saya menulis, mungkin ada yang sedang mengundi atau sudah selesai semuanya, tapi undi sedang dikira.

Saya selalu sebutkan, saya boleh melihat Presiden bukan ulama. Kawan-kawan ustaz saya tentu men'jege'kan biji mata mereka. Tak apalah. :)

Saya tidak bimbang sangat kerana kita ada Majlis Syura. Kuatkan majlis ini, sediakan mekanisme tersusun sebagai pengawal selia parti, maka semuanya akan cantik.

Tapi, kenapa rakan2 saya amat menentang idea begini? Mengapa ramai juga pimpinan pusat atau bekas pimpinan tidak selesa begitu?

Bagi saya mudah sahaja. Profesional yang ada ni pun banyak yang buat kerja ikut kepala sendiri. Adab ada yang kurang kerana tidak sabar dengan pucuk pimpinan yang merupakan ulama yang kononnya kurang ilmu pentadbiran, pengurusan dan perancangan.

Tambahan pula, sebahagian profesional dalam parti tak ada langsung istilah wala' kepada pucuk pimpinan PAS, kerana mereka masih berwala' kepada jamaah lama mereka. Ini bukanlah rahsia yang tersembunyi.

Jelasnya, kecelaruan ini tidak difahami oleh orang biasa-biasa lantaran itu mereka mudah menuduh yang bukan-bukan kepada pimpinan yang sangat konsisten menjaga jamaah PAS.

Nak tengok Profesional menjadi Presiden, maka jadilah profesional yang taat kepada PAS, hormat ulama, sentiasa rujuk mereka, buat kerja betul, tidak main belakang dengan wala' lain dan berakhlak.

Ketika itu, haramlah diri saya tidak mengundi mereka, ketika mana saya yakin mereka boleh persadakan PAS dengan lebih gemilang.

Pilihan saya untuk naib ialah:

1. Ustaz Idris Ahmad
2. Salehudin Ayub
3. Husam Musa

Saya keluarkan Nizar, kerana sudah ada Ustaz Idris mewakili Perak dan utara, walaupun duduk di KL. Saya keluarkan Ustaz Amar kerana sudah ada Husam dan saya keluarkan Mahfodz kerana saya melihat ketiga2 di atas berada di atas beliau.

2 comments:

Anonymous said...

isunya ulama dan so-called "PAS tulen" juga harus berlapang dada dgn sahabat yg datang dari jemaah lain. jgn dok ada buruk sangka selalu. kalau ada perbezaan pandangan, berlapang dada. jgn cepat kata, tu lah org bekas JIM la, bekas ABIM la, dll.

geng ulamak juga harus cermin diri. ulamak betul ke dari ilmu, akhlaq dan perilaku. jangan dah ustaz saja, terus label ulamak.

pas tu ada masalah "inferiority complex".

Elbaritii said...

dah pecah dada berlapang. tapi tuan tahu ke karenah2 yang dibuat oleh sahabat2 yang datang? menilai biar adil. rumah dah dibuka luas, ikutlah adab dan budaya...