Showing posts with label Calon. Show all posts
Showing posts with label Calon. Show all posts

2.1.09

TAAT BUKAN KERANA CALON - PRESIDEN

Berikut adalah beberapa nasihat / amanat Tuan Guru Presiden dalam mengulas isu pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.


  1. Taat di waktu senang dan susah. Mentaati dalam semua keadaan. Setuju kita taat dan tidak setuju pun kita taat apa sahaja arahan yang diberi oleh pemimpin.

  1. Jika tahu calon dahulu baru hendak taat, itu bukan ajaran dari Allah SWT. Kita tidak menang jika ada golongan macam ini dalam PAS. Jika hendak dengar amanat kena taat dan patuh.

  1. Jika kita dapat menarik seseorang menyertai perjuangan Islam, sangat besar pahalanya. Balasannya lebih mahal dari harga sebuah kenderaan yang paling mahal di dunia ini.

  1. Jika kita berkempen dan orang dengar kempen kita, dapat pahala, kita kempen dan orang marah, kita dapat pahala. Semua dapat pahala.

Sila baca tulisan saya berkaitan isu calon di sini.




21.12.08

CALON PILIHAN PARTI UTK PRK036



Ramai yang berminat memberikan pandangan dalam isu pemilihan calon pilihanraya kecil di Kuala Terengganu pada 17 Januari akan datang. Antaranya ialah para blogger yang banyak memberi sumbangan kepada kejayaan Pakatan Rakyat.

Ketika menulis artikel pendek ini, pimpinan PAS Pusat sedang bermesyuarat di Kuala Terengganu. Antara lain, agendanya ialah memilih calon PAS.

Saya menulis bagi menyeru semua ahli PAS agar akur terhadap siapa sahaja yang ditentukan oleh pemimpin kita. Janganlah kerana calon pilihan kita tidak ditaqdirkan Allah Ta'ala, kita mahu merungkai kasih sayang dalam menjalankan kerja jihad pilihanraya nanti. Sehebat manapun calon kita, menang kalahnya banyak bergantung kepada kita, para petugas parti.

Dalam pada itu, untuk meyakinkan diri, jika calon bukan pilihan kita nanti yang terpilih, agar semuanya berjalan lancar, perlulah kita sendiri mendalami kelemahan calon kita, kekurangan calon kesukaan dan kelebihan calon yang ditetapkan oleh jamaah.

Calon baru tempatan banyak kelemahannya. Muka baru yang sukar menarik petugas seluruh negara, tidak berpengalaman dalam mengikuti jadual kempen pilihanraya, tidak dikenali oleh majoriti ahli parti dan hampir semua pengundi atas pagar, tidak diyakini mampu membawa suara parti ke dalam parlimen dan sukar menarik ghairah rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk turun berkempen.

Bagi Naib Presiden, Tuan Haji Mohd Sabu, kekurangan beliau pada isu calon luar, penolakan secara baik namanya oleh Pemuda Terengganu, tidak disukai oleh ahli Umno totok dan rekod kalah yang jelas di dalam pilihanraya umum lalu, sedangkan PAS menang di peringkat undian DUN.

Maka, sebagai ahli, jika calon pilihan kita tidak dipilih, maka keputusan itu tidak perlu menjadi penghalang kepada kita untuk terus bersemangat membantu kebenaran perjuangan kita. Ya, segala kesusahan itu, jika di atas kebenaran, maka usaha melaksanakannya adalah satu perjuangan. Bekerja keras memenangkan sesiapa sahaja, termasuk yang jauh dari hati merupakan satu kerja juang.

Yakinlah, sudah tentu calon pilihan parti mempunyai banyak kelebihan dan ia menepati sebahagian besar hukum alam dalam mencapai kemenangan pilihanraya nanti.

"Beristiqamahlah sebagaimana yang anda DIARAHKAN"

19.7.08

Ketua Partai Tidak Dicalonkan Jadi Aleg - PKS Riau

Kamis, 17/07/2008

PK-Sejahtera Online: Jika partai-partai lain saling berebut untuk mendapatkan posisi sebagai calon anggota DPRD, dan yang biasanya maju untuk sebagai calon jadi adalah pengurus partainya, hal ini tampak berbeda sekali di Partai Keadilan Sejahtera. Di pastikan dalam launching calon anggota DPRD Riau ini, PKS Riau tidak mencalonkan Amin Triawan sebagai calon anggota DPRD Riau. Pak Amin yang kini menjabat sebagai ketua DPW Riau, akan tetap fokus mengelola partai, Demikian dikatakan Suroyo Wakil Sekretaris Tim Pemenangan Pemilu Wilayah (TPPW) PKS Riau.

Selain Pak Amin selaku ketua DPW Riau, nama-nama pengurus PKS Riau yang tidak maju sebagai Calon Legislatif adalah sekretaris DPW PKS Riau Ir. Hermanto Iskandar Muda, Ketua Bidang Pembinaan Kader Taufik Hidayatullah, Lc, Ketua Bidang Pembinaan Wilayah Al-Fatmi, SE, Ketua Bidang Kepemudaan Ramon Diaz, Ketua Bapilu PKS Riau Dedi Vilia, S.Pd, dan saya sendiri Suroyo selaku ketua Biro Legislatif, demikian dikatakan mantan aktivis LSM ini.

Begitulah PKS, kita menganggap institusi partai tidak kalah penting dengan lembaga legislatif, sehingga mekanisme pencalegan kita sangat memperhatikan aspek tersebut. "Orang-orang di partai harus kuat, sehingga terjadi kesimbangan antara institusi partai dengan institusi legislatif ".

Seringkali kita melihat ketika ketua partainya juga anggota DPRD, maka daya control partai sangat lemah terhadap kinerja anggota legislatifnya. Suroyo menambahkan ini juga menunjukkan bahwa di PKS yang namanya kekuasaan tidak lah menjadi sesuatu yang diperebutkan. (PKS Riau)

++++++

Abu Ihsan: Laporan di atas saya temui ketika meninjau-ninjau perkembangan Partai Keadilan Sejahtera melalui laman webnya. Mereka kini sedang bersiap untuk Pemilu terdekat. PKS yakin akan maju setapak lagi dalam persaingan kelak.

Keputusan yang dibuat oleh PKS Riau bukanlah sesuatu yang baru bagi politik Malaysia atau Selangor, sehingga saya terpaksa membandingkannya dengan PKS Riau. Cuma yang menarik perhatian saya, semangat untuk menjaga kekuatan parti dan mengelak perebutan untuk menjadi calon ditonjolkan oleh mereka. Itu yang terpuji dalam laporan di atas.

Sesiapapun, baik pimpinan PKS, lebih-lebih lagi PAS, saya cukup kagum dengan pimpinan yang sanggup mengambil keputusan 'low profile' demi partinya.

Saya juga cukup setuju dengan pernyataan ini:

" Seringkali kita melihat ketika ketua partainya juga anggota DPRD, maka daya control partai sangat lemah terhadap kinerja anggota legislatifnya. "