28.1.11

Sekali lagi Muhyidin merapu dalam hujahnya dan penipuan MC

No comments:
Sekali lagi saya terdengar ucapan Muhyidin yang menggunakan hujah bersifat dangkal. Beliau dengan lantang menjerit kepada para pengundi Cina di Labis agar tidak mengundi PAS kerana kononnya parti Islam ini tidak layak untuk menang atau mentadbir DUN Tenang.

Apakah sandaran beliau? Butakah Muhyidin melihat kejayaan PAS di Kelantan dan Kedah? Kejayaan separa masak yang ditonjolkan di Perak, sebelum rampasan kuasa berlaku?

Jika hujah ini dihalakan kepada KITA, tiada siapa yang akan bising. Tapi halanya kepada PAS yang sangat dihormati kawan dan ditakuti BN, adalah hanya mencerminkan ceteknya idea beliau untuk meraih sokongan pengundi Tenang.

Mana tidaknya, untuk mendabik dada kemajuan dan pembangunan hasil tangan BN di Tenang, mustahil untuk dijaja. Tiada apa yang boleh dibanggakan.

Muhyidin, bertindaklah sebagai pemimpin yang berbernas idea dan berjauh pandangan.


MC

Sama ada apa yang saya baca hari ini betul atau tidak, secara umumnya saya amat tidak bersetuju petugas parti menggunakan MC "buat-buat" untuk digunakan sebagai bekalan dalam sebuah jihad politik yang suci.

Jika benar layak menerima MC dan digunakan untuk tidak hadir ke tempat kerja, alhamdulillah. Tetapi jangan kerana ingin memperjuangkan sebuah perjuangan suci, kita sanggup melakukan satu helah atau penipuan terhadap majikan yang memberi kita sumber rezeki dan kerja, "selepas Allah swt."

Mari kita berpegang kepada amaran Rasulullah saw bahawa baginda tidak mengakui umatnya bagi mereka yang melakukan penipuan.

Bagaimana pula gaji yang diterima untuk hari itu?

26.1.11

Tidak setuju PAS mengorek kelemahan lama yang tiada kaitan dengan politik

No comments:
Ketika Calon BN melakukan kesalahan atau kesilapan pada tahun 2003 dahulu, beliau mungkin sudah aktif dalam Umno dan mungkin tidak. Kesalahan itu tiada kaitan dengan dirinya sebagai umnowi.

Isu salam telah menyebabkan ramai bantah sikap Presiden Chua. Senjata yang mungkin boleh pakai untuk pengundi Cina, tak disenangi oleh orang-orang Islam. Akhirnya PAS untung.

Dalam keuntungan itu, Naib Presiden PAS mendedahkan satu kelemahan lama calon BN. Memang satu kelemahan yang tidak wajar berlaku. Tetapi, itu adalah kelemahan yang tiada kaitan dengan Umno, BN, pilihanraya dan undi. Ia berkaitan sikap profesional calon itu sendiri. Mungkin kesilapan itu telah diperbaikinya dengan membetulkan dirinya sendiri. Mungkinlah.

Oleh itu, saya tidak nampak kewajaran PAS mendedahkan hal ini sebagai satu kempen pilihanraya di Tenang.

Pertama: Saya nampak PAS sudah tiada hujah
Kedua: Saya kira PAS menggelabah dengan isu salam?
Ketiga: Saya rasa ia membuka satu persaingan baru parti politik iaitu korek mengorek kelemahan peribadi calon pilihanraya, yang telah lama berlalu. Akhirnya, berapa orang sangatlah yang tidak pernah melakukan kesalahan sepanjang usianya menjadi manusia mukallaf.

Jika itu berlaku, bukanlah mudah untuk mana-mana parti mencari calon yang benar-benar suci dan murni daripada kelemahan dalam kerjaya, kehidupan peribadi atau bisnes masing-masing.

Hujah dangkal Muhyiddin menyuruh MB Selangor lepas jawatan

No comments:
Apa yang boleh saya nyatakan tentang hujah TPM supaya MB Selangor meletakkan jawatan kerana tidak mendapat sokongan DUN adalah sangat dangkal.

MB dan kerajaan negeri telah gagal mendapat sokongan 2/3 drp DUN untuk meminda sedikit Undang-Undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa Sultan dan MB dalam pelantikan 3 jawatan eksekutif tertinggi negeri. Itu adalah telah dijangkakan kerana nafsu BN terhadap negeri lebih besar daripada kewajaran mereka menjaga hati nurani sultan sendiri.

Jika mereka sanggup dilihat menentang usaha murni kerajaan negeri itu, walaupun sultan mungkin terkilan, bermakna pelantikan Khusrin sebagai orang berusaha dan bersetia pada kerajaan negeri, sebenarnya akan menguntungkan BN sendiri.

Ada yang mendakwa sultan sebenarnya tidak kisah. Namun, usaha BN itu tetap dilihat "buruk" oleh rakyat sekalian. Tapi, sejak bila pula BN ambil kisah pandangan rakyat? Mereka tahu, rakyat yang kisah dan peduli adalah minoriti.

Kembali kepada hujah TPM tadi. Apa komen beliau jika hal sedemikian dikembalikan kepada PM sendiri dalam usaha meminda mana-mana undang-undang atau perlembagaan di Parlimen yang menuntut sokongan 2/3?

Tentulah sangat dangkal hujah mana-mana pihak agar seseorang itu meletak jawatan hanya kerana tidak memperolehi sokongan 2/3 ahli dewan mesyuarat/sidang.

Inilah TPM Malaysia.

Rotavirus menyerang Ihsan

No comments:
Entah macam mana, kami tidak memberi vaksin pencegahan Rotavirus kepada Ihsan sejak dilahirkan. Akibatnya, malam tadi beliau diwadkan selepas muntah-muntah dan cirit birit. Kesian. Pagi ini dia mengadu kepada ibunya, "nak abah".

Di bawah ini artikel berkaitan yang saya copy dan paste daripada laman DUNIASUSUIBU.COM

http://duniasusuibu.com/masalah-kesihatan-bayi/vaksin-untuk-rotavirus/

“Cirit-birit di kalangan kanak-kanak dan bayi boleh menyebabkan malnutrisi. Malah di negara-negara membangun, ia boleh menyebabkan kematian dan morbiditi,” kata Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya (SDMC), Dr. Khoo Paik Choo.

Menurutnya, merujuk kepada fakta yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar tahun 2000 hingga 2003 sebanyak 10.6 juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak berusia kurang lima tahun adalah disebabkan cirit-birit.

“Ia merangkumi 18 peratus iaitu kedua tertinggi selepas pneumonia,” ujarnya ketika pelancaran Operasi Lampin oleh GSK baru-baru ini.

Operasi lampin merupakan kempen pendidikan untuk ibu bapa yang bertujuan meningkatkan kesedaran mereka tentang bahaya rotavirus dan langkah pencegahannya.

Katanya, biasanya bayi yang kerap membuang air besar atau najisnya sedikit cair tidak menjadi masalah. Namun, jika ia berlanjutan dengan kerap dan lebih cair, ia adalah cirit-birit.

Menurutnya, cirit-birit merupakan masalah gastroenteritis. Ia boleh disebabkan jangkitan parasit, bakteria atau viral seperti rotavirus. Namun, cirit-birit di kalangan bayi juga boleh disebabkan oleh antibiotik, alahan kepada susu atau makanan atau pun pengurangan aliran darah ke intestin (jarang berlaku).

“Rotavirus paling merbahaya dan semakin kerap berlaku ketika ini,” kata Dr. Khoo.

Merujuk kepada data WHO katanya, dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi sedunia disebabkan oleh rotavirus.

Secara global katanya, sebelum umur lima tahun, lebih 95 peratus kanak-kanak menderita penyakit rotavirus. Malah katanya di negara-negara membangun, cirit-birit dan muntah akibat rotaviral membunuh kanak-kanak hampir setiap minit.

Di Malaysia kata Dr. Koo, merujuk kepada data Kementerian Kesihatan antara 1999 hingga 2000, dianggarkan satu daripada 37 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat rotavirus. Manakala satu daripada 67 ditahan dalam wad sementara satu daripada 15,000 berdepan dengan kematian.

Katanya lagi, bayi berusia antara tiga hingga 24 bulan adalah golongan yang paling mudah terjejas oleh rotavirus dan 71 peratus daripada kejadian jangkitan ini berlaku dalam usia tahun pertama.

“Di SDMC sendiri, rotavirus dikesan daripada 52 peratus kanak-kanak yang dimasukkan ke wad akibat masalah gastroenteritis,” katanya.

Simptom dan penularan rotavirus

Muntah, cirit-birit, demam dan sakit perut adalah simptom rotavirus. Demam dan muntah boleh berlarutan hingga sembilan hari, manakala cirit-birit pula hingga tiga minggu.

Kata Dr. Khoo, cirit-birit akibat rotavirus lebih mengundang risiko dehidrasi berbanding cirit-birit akibat lain.

Komplikasi major akibat dehidrasi termasuk renjatan, masalah pernafasan, kardiak, kegagalan buah pinggang, jangkitan otak dan membawa maut,” katanya.

Menurut beliau, rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal.

Saluran makanan dan najis paling mudah menyebarkan rotavirus. Selain itu ia disebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.

“Ibu-ibu perlu memahami bahawa gastroenteritis adalah penyakit serius dan rotavirus boleh menyerang semua kanak-kanak,” katanya.

Menangani cirit-birit dan rotavirus

Elakkan bayi mengalami dehidrasi berterusan dengan memberi susu ibu, formula dan juga cecair lain ketika mereka mengalami cirit-birit. Bawa bayi berjumpa doktor jika ia menunjukkan tanda dehidrasi seperti mulut kering, lampin tidak basah antara enam hingga lapan jam, terdapat pendarahan pada najis, demam dengan suhu tinggi, kerap muntah dan sebagainya,” katanya.

Sementara bagi menangani jangkitan rotavirus pula, tiada rawatan antiviral spesifik digunakan melainkan menggunakan kaolin, pectin, smecta dan probiotik.

“Menggunakan oral redehidrasi adalah penyelesaian biasa yang sering digunakan,” katanya.

Dalam sesetengah kes muntah yang teruk, redehidrasi dengan cecair melalui laluan intravena diperlukan.

Mengurangkan risiko jangkitan

Susu ibu adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan jangkitan rotavirus. Selain itu kerap disinfek barang permainan dan kawasan bermain. Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasuh tangan dengan betul.

Namun membasuh tangan dan disinfek sahaja tidak mencukupi dan cara yang paling baik adalah mendapatkan vaksinasi rotavirus,” ujar Dr Khoo.

Dengan mendapatkan vaksin rotavirus katanya, ia menawarkan pencegahan paling baik dalam melawan jangkitan rotavirus di kalangan bayi.

19.1.11

Perlukah membela syiah

No comments:
Tidak perlulah kita berhulu berhilir mencari sokongan manusia dalam membenarkan kewujudan sebuah mazhab bernama syiah.

Dalam mengambil pandangan para ustaz, alim dan pengkaji, jangan terlupa pada manual mazhab atau kelompok yang bernama syiah.

Sebuah produk bank boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan boleh diimejkan dengan pelbagai jenama. Hakikatnya, lihat apakah ciri produk itu.

Ia ada riba? Menggunakan profit? Apakah ada akad atau tidak? Tawarruq atau inah? Mudharabah atau qardh? Apakah ada hibah dan lain2...

Penjenamaan bukan semestinya menceritakan ciri sebenar.

Letaklah syiah sebuah mazhab, sebuah pandangan sisi, sebuah kelompok pejuang, sebuah hizbun, sebuah gerakan anti Amerika (tapi amat rapat dengan ?) dan sebuah ...

Nilai kita pada rukun agama, kelompok ini.

Pada sifat bada'. Pada kuantiti kandungan al-quran. Pada hadis2 Nabi. Pada keimanan sahabat. Jika semua isu aqidah yang berbangkit mampu disepakati...selesai.

Jika tiada jalan, jangan peningkan diri membela syiah sehingga melanggari sempadan Sunnah. Perlukah? Biarkan sahaja mereka di sana, jauh daripada bumi Sunnah. Atau pembela itu adalah syiah yang tidak menghiraukan apa itu Sunnah?

Demi tidurmu sayang, demi masa depanmu

No comments:

Demi tidurmu lena, sayang
Abah akan berusaha menjadi baik selepas baik, terbaik dan lebih terbaik.

Demimu, lenamu, sayang
Abah tak sanggup menduakan kasih padaNya
Menoda cinta pada partiNya
Mencalar tulus pada jalanNya
Kerna, ia membekas tidurmu sayang.

Tidurlah sepuasnya
Lenalah dalam mimpi mencari mujaddid zaman depan
Membentuk diri yang mengihsani manusia dan merahmati makhluk.

Kamu, abah dan kamu, tetap menyatukan niat pada sebuah IHSAN.

Mari kita sebarkan, kelak, pada suatu detik dan titik temu, kemudiannya
Menyantun dengan niat suci, tingkah laku yang menyenangi
Padu kasih demi lena setiap insan.

Jangan sekali-kali kau, abah, dan kau
Jangan sekalipun menyakitkan para mujahid
Dengan lidahmu, penamu, pandangmu, muncungmu
Kerana itu membawa lena tersekat
Mimpi buruk di siang dan malam

Akhirnya,
Kau menjadi mutiara, jika benar
Yang terpelanting di tengah rimba rumput
Di tengah padang berlopak, bersamun, berduri,

Menjadi mutiara bernilai yang berkurang
Makin masa makin mengecil
Walau kau mutiara,
Tetapi tenggelam terusan

Lebih bermalang,
Padang yang kotor dengan najis-najis

Apa erti kemutiaraan kamu?

Anakku, tidurlah lena
Kerna abah tak sanggup menjadi begitu
Kerna ia menggugat masa depanmu
Dalam mengihsani manusia, merahmati makhluk

18.1.11

HIDAYAH

No comments:
Hari ini. Malam. Seusai mesyuarat Cawangan cum JprU cum PASTI, saya bergegas menghantar IHSAN ke rumah.

Kemudian terus bersegera ke sebuah restoran untuk menjamu kelaparan malam.

Topik bicara pada sebuah HIDAYAH. Terkejut. Menung seketika. Tidak kisah maklumat itu datang dengan angin sepoi bahasa, tetapi terkilan dengan kejadian yang menimpa seorang sahabat. Kehilangan sebuah HIDAYAH.

Petunjuk Allah boleh datang dengan mengejut. Tidak berundang. Dan pastinya juga boleh pergi tanpa diminta. Tiada halangan untuk pergi. Walaupun begitu, jangan hanya mendiamkan diri menunggunya datang dan membiarkan ia pergi. Usahakan sesuatu. Beriman pada ikhtiar manusia berpaut pada kehendak yang Esa.

Bicara tentang HIDAYAH, membawa kami kepada pelbagai andaian. Dia pergi jika tidak dijaga. Atau dia meninggalkan kita lantaran kesyukuran pada nikmat semakin pudar. Mustahil, perginya HIDAYAH dengan meninggalkan sebidang kezaliman. Masakan Tuhan mahu begitu. Zalim, jika bersua, bukan laku sengaja oleh seorang manusia pencari HIDAYAH.

Bukan begitu. Ia terlalu rumit dirungkai persatu.

Walau ke mana sekalipun berpergian sebuah petunjuk, seorang manusia tetap dituntut mencari, mengejar dan memangku erat sebuah petunjuk yang mengukuhkan kedudukan sebuah impian suci.

Hidayah adalah sebuah petunjuk pada diri dan hati.

17.1.11

Dia yang layak didampingi dan diingati

No comments:

Dialah Tuhan yang satu. Tiada selain Dia. Jika ada yang mendakwa ada tuhan selain Dia, maka tuhan-tuhan mereka itu adalah palsu. Tiada tuhan-tuhan selain Dia.

Dia menyaksikan kini pelbagai ancaman kehidupan manusia kepada manusia. Banjir di benua Australia, Amerika Selatan dan Asia Tengah. Kesejukan melampau di bahagian utara bumi dan sejuk yang agak lama tempohnya di bahagian selatan. Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan beberapa kawasan lain turut menuruti sahaja kehendakNya.

Maha suci Allah. Apa sahaja baik dan buruk yang kita alami kini, semuanya adalah kesan daripada af'al Allah yang sempurna dan baik. Dia suci daripada segala kelemahan dan keburukan.

--------------------------------

Manusia mempunyai rutin harian yang macam-macam. Manusia juga memiliki fokus yang banyak dalam kehidupan harian. Semuanya berlegar sekitar kepentingan dunia dan kepentingan akhirat. Tidak semua suci daripada kekotoran-kekotoran hati. Yang mati pun ramai.

Maha suci Allah daripada kelemahan ini. Alam baharu dan binasa. Manusia baharu dan kotor serta lemah.

--------------------------------

Marilah kita belajar daripada tuanya dunia ini dan lemahnya penghuninya. Di atas bumi yang sudah sangat tua ini, manusia yang sentiasa lemah, mestilah menguatkan tujuan keberadaannya di muka dunia yang sudah hampir kepada penghujung.

Dialah yang layak didampingi. Dengan apa cara. Rutin harian. Melihat ancaman. Menggauli manusia dengan lidah, laku dan pena.

"Apabila telah selesai menunaikan solat Jumaat, bertebaranlah di muka bumi, carilah rezeki daripada kurniaanNya dan ingatlah Allah dengan sebanyaknya, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan."

14.1.11

Bual tentang demo azan

No comments:
Gambar dipetik dari Malaysiakini

Nurul Izzah meminta kumpulan pembantah bersikap lebih beradab dalam mencari kebenaran isu laungan azan yang diminta agar diperlahankan, oleh kononnya seorang peguam Cina Malaysia.

Menarik kenyataan ini. Pertama, seolah-olah demo itu kurang beradab. Atau maksudnya tidak beradab jika berdekatan rumah ibadat dan beradab di jalan-jalan raya? Kedua, seruan mencari kebenaran adalah sangat patut. Ketiga, apakah hanya berkaitan azan? Atau ada perkara lain?

Saya tidak percaya sebuah demo itu dengan mudah dicop kurang adab. Tetapi saya selalu mengingatkan diri sendiri, demo yang saya akan sertai mestilah berbaloi pada agama saya. Iaitu dengan cara memastikan semua langkah2 cegah mungkar yang digariskan agama, telah dilakukan oleh sesiapa atau sesuatu pihak – parti, sebelum membantah dengan berdemo.
Tujuannya juga hendaklah benar-benar berbaloi. Bukan sekadar tanah runtuh contohnya, nak berdemo dengan kerajaan atau pihak mana-manalah. Buang tenaga sahaja.
Ya, memang tepat dengan seruan mencari kebenaran.

Kalaulah benar surat bantahan sudah dihantar kepada kerajaan, dan masjid memperlahankan suara azan lantaran arahan kerajaan, kenapakah pembantah-pembantah yang hadir tidak membantah di Putrajaya? Hak peguam tadi membuat bantahan. Itu hak dia membantah, macam hak berdemolah kurang lebih.

Bukanlah beliau yang membuat keputusan, tetapi mungkin Jakim atau Jawi. So, beralihlah bantahan kepada membakar lambang Halal Jakim atau Jawi - agaknya. Itulah lojiknya. Cara demo yang dibuat ini, seolah-olah kebencian orang Islam ini tidak disusun atur dengan betul. Siapakah pengarah lakonan ini?

Malah, ini menggambarkan kerajaan BN tak boleh diharap. Tunduk kepada bantahan surat seorang peguam sahaja, dan tidak boleh berbuat apa-apa. Ikut membuta tuli. Kemudian, tiada jalan melainkan “membenarkan” rakyat melawan seorang peguam dengan membakar patungnya. Lemah!

Saya tidak pasti isu ini hanya melibatkan azan sahaja atau ada bunyi-bunyi lain yang “mengganggu”.
Saya pernah menetap di hadapan surau dan saya dapat merasakan bacaan al-quran yang dibuka kuat melalui corong pembesar suara, benar-benar mengganggu saya. Bukan ayat itu yang mengganggu, tetapi si mamat yang tak fikir langsung soal kejiranan, anak kecil nak tidur, pekerja syif malam yang baru nak melelapkan mata di pagi Jumaat dan lain-lain, membuat tindakan yang menjauhkan manusia daripada keindahan rumah ibadat Islam dan agamanya.

Kembali kepada isu di Pandai Dalam, kembalilah kepada kebenaran yang celik, bukan kebenaran bernafsu serakah.

9.1.11

Baru berjumpa laman penyokong Liverpool dan bertemu King Kenny

No comments:

Saya adalah peminat Liverpool pada usia sekitar 10 hingga 12 tahun. Masa itu, heronya adalah Ian Rush. Ketika belajar di Sekolah Izzuddin Shah Ipoh, semua itu dilupakan. Ye lah, masa tu dah fokus lain dan masa itu, Perak pun baru muncul juara FA.

Sehinggalah sekembalinya dari obersi, saya mula menjeling-jeling EPL di Astro. Satu aktiviti yang agak ok lah, selain membuat kerja2 rumah, opis, surau dan parti.

Walaupun musim kali ini mendung, tetapi sokongan adalah sokongan. Hari ini saya baru bertemu blog ini:

http://blog.my-liverpoolfc.com

Menarik dan lebih menarik membaca kembalinya King Kenny. Malam ini cukup mengghairahkan bila bertemu pasukan setan merah itu.

7.1.11

Maher Zain ber"showcase" pada Oktober lepas

No comments:


Sepatutnya gambar ini dimuatnaik pada tiga bulan yang lepas.

Inilah kali pertama saya membawa isteri dan anak ke sebuah konsert orang bernyanyi dan inilah kali pertama isteri saya menyatakan rasa puas hati terhadap sebuah persembahan nasyid.

Yang hadir bukan semuanya pendakwah dan bukan semuanya mat surau. Kelihatan pada gambar di atas orang kuat Fan Maher Zain di Malaysia dan dua pengacara yang best, Wardina dan Farah Deeba.

Tapi pelik juga bila ada pejuang kebenaran semakin mendekatkan remaja dengan penyanyi bukan berketuhanan dan berzikrullah.

Maher Zain, baru-baru ini telah diprovokasi oleh Melodi yang kurang berajaran.

6.1.11

Saya takut tulisan dianggap najis

No comments:
Bagi yang sekali sekala menjenguk blog ini, pasti menyedari kepasifan saya mengemaskini laman ini. Kekangannya macam2lah, seperti masa, sibuk kerja dan 'kemalasan' mengikuti cacamarba politik.

Bila jarang ikuti cacamarba ini, jaranglah melayari blog2 'panas' yang wujud di ruang siber. Bila semuanya jarang, maka terkesan langsung pada keinginan menulis.

Memang teruk. Perkongsian kebaikan tidak seharusnya terkait dengan semua itu.

Ya, dalam saya berusaha memanaskan semula minda untuk agenda 'aktifkan blog ini' saya sentiasa memanaskan niat saya dengan apa yang disebut 'kritik untuk bina', 'ajar untuk faham' dan 'kongsi untuk kebaikan'.

Semasa kecil dahulu, kita seringkali dengar mak abah memesan "jangan pekak, buta dan kudung sudah". Saya pernah dengar semacam itulah maksudnya, walau ayatnya mungkin berbeza. Yang baru2 ni, mungkin tidak.

Itulah pesanan orang2 dulu. Dalam buku2 teks semasa darjah rendah dulu, saya belajar benda ini. Cikgu sivik atau sejarah ada mengulas panjang.

Orang tua nakkan anak itu menjadi dan buatlah apa sahaja, ajar, didik, marah dan hukum. Asal jangan sampai jadi tiga benda itu.


Kenapa nasihat begini tidak diamalkan oleh jurublog "pejuang kebenaran" masa kini? Saya tak kisah jika tak beradab, kononnya ikut pesan tadi, walaupun pesan itu oleh ayah tentang anak sedangkan mereka pula ahli biasa melanggar pimpinan dengan tulisan tiada adab. Biarlah, ikut kehendak mereka. Terbaliklah...(pulang).

Tetapi apa yang berlaku, dah jadi melampau. Pemimpin mereka sendiri telah dipekakkan, dibutakan dan ada yang terkudung tangan dan kaki. Malah ada yang terlanjang bolin. Apa semua ini?

Atas nama kebenaran, membunuh pemimpin sendiri? Ini bukan lagi ajar untuk ubah atau kritik untuk bina. Ini memampuskan imej pejuang.

Saya takut jadi begini.

Saya lebih rela pasif menulis daripada kemaskini yang sangat comot. Apa yang saya harap, kalaupun tulisan saya tak sehebat mana pun, tapi jangan di'kencing' pembaca masa depan. Jangan hingga tulisan saya jadi ibarat najis tak berguna.

Pesan saya kepada sahabat saya yang satu itu, belajarlah mengkritik tulisan sendiri, jika masih tidak mahu mengkritik hati dan minda sendiri.

5.1.11

Kerja Kosong : Management Trainee di Bank Al Rajhi

No comments:
Al Rajhi Bank (Malaysia) Bhd (ARBM) is currently on a recruitment drive to recruit young, dynamic individuals with high potential to join ARBM's Graduate Management Trainee Programme.

Should there be any successful individuals that fits our requirement, he or she will commence a 1-year Graduate Management Trainee Programme with ARBM, where they will be exposed to structured class-room training, on-the-job training and other blended learning and development programmes.

During the 1-year period, these individuals will be closely monitored. Upon successful completion of the 1-year programme at a standard that meets ARBM's expectations, the individuals will commence permanent employment with ARBM.

Should you have any candidates for recommendation that meets our requirements, please guide them to our advertisement link HERE.

Khusrin adalah sebuah kerugian

No comments:
Memang manusia itu sentiasa dalam kerugian. Ya, jika enggan menjaga kepentingan masa dan kewajipan sewujudnya masa itu.

Saya selalu memikirkan apakah yang akan berlaku, bagaimana saya rasa, jika saya kehilangan seorang yang bernama ibu, suatu masa dahulu. Saya memikirkannya dan saya gagal menjiwainya. Saya tahu saya akan rugi jika tidak berpenatan mengertikan kewujudan ibu pada masa kewujudannya.

Lantas, untuk tidak rugi, saya perlu mesti dan wajib melaksanakan kewajipan sewujudnya ibu saya.

Al-Quran dalam surah Al-Asr sifatkan manusia sentiasa dalam khusrin = kerugian, kecuali;

1. Yang percaya pada Tauhid
2. Yang buat baik dan sebarkannya
3. Yang berkongsi nasihat untuk dan dengan kebenaran
4. Yang berkongsi nasihat sambil bersabar.

Ciri2 inilah yang mampu membuang khusrin daripada hidup kita.

Saya cuba menjiwai keempat2 nya ketika ibu saya masih wujud. Bila sudah tiada, barulah saya tahu impak sebuah khusrin dengan kehilangan seorang ibu.

Jika kita enggan laksanakan empat perkara di atas, apabila sudah terlambat, barulah kita faham apakah maknanya makhluk Allah, ciptaan Allah, yang bersifat baharu, yang berbunyi khusrin itu.

Memang sebuah kerugian. Mari kita nyahkan khusrin daripada kehidupan.

4.1.11

Kenyataan Media TGNA Tentang Pertemuan 24/12

No comments:

Kenyataan Media : Perihal kekeliruan berkaitan pertemuan dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong

by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Tuesday, January 4, 2011 at 1:50pm
Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Bertempat di JKR 10, Kota Bharu, Kelantan.

Bertarikh : 29 Muharram 1432H / 4 Januari 2010M


Dipetik drp Facebook Tok Guru

Fitnah Sangat Mudah Berselerak

No comments:
Kalau semasa saya kecil2 dulu, ada sesetengah budak-budak yang suka menipu. Tak serik-serik. Entah le apa ke hai nya.

Di tempat saya, kami guna kalimah "ngecek". Maknanya menipu.

"Kamu jangan ngecek le. Oghang kampung semua dah tahu".

Kita diajar masa kecil-kecil dulu, kalau nipu, kena potong lidah. Jangan menipu. Kalau buat juga, mesti mintak maaf. Jangan menipu dalam surau (Tempat saya, kami panggil menesah. Kalau kat Kelantan, balaisah. Dekat nak sama), dan lain2.

Tapi namapun budak kecil. Buat juga. Bukan tahu apa sangat. Tak macam budak besar, tak macam kita yang berada aktif dalam dunia siber ini.


Orang tua memfitnah

Ini adalah penyakit yang saya langsung tak faham, kalau berlaku dalam dunia siber perjuangan Islam. Nak ulas pun tak faham dan tak ada mud. Mud hilang dengan serabut perut memikirkan telatah manusia berjuang. Berjuang?

Perjuangan siapa yang menyebarkan fitnah begini? Pemikir hizbun apa? Wali yang mana? Aduh, serabut2.

Bolehkah mengetest sokongan dan popular dengan memburukkan sesiapa!

Bolehkah memburuk sangka orang berjuang yang lain? Lebih dahsyat ketua segala orang2 pejuang.

Bolehkah politik Islam menjadi medan kerjaya? Ya, politik Islam sudah menjadi kerjaya. Kerana itulah, fitnah dan sangka tak baik menjadi alas memanjat tangga martabat politikus.

Punah segala asas didikan salaf dan soleh.

Lebih punah, orang soleh yang cuba mengikut salaf terperangkap dalam fitnah kotor orang toleh.

Ya Rabb