Sekali lagi manusia di seluruh
29.6.08
DSAI Dan Kehendak Tuhannya
26.6.08
Kenaikan Minyak Kerana Jaga Kepentingan!
Kenapakah harga minyak melambung tinggi pada firasat anda? Itulah soalan yang saya kemukakan di blog ini, iaitu di sisi kanan. Pilihan yang dibuat oleh pembaca blog ini secara majoriti bersetuju tiga sebab utama ianya dinaikkan.
Menampung kos hidup Umno
Pilihan nombor empat yang saya letakkan dalam undian tersebut adalah sekadar ingin menggambarkan penipuan yang dilakukan oleh Pak Lah dan kerajaan apabila berjanji tidak akan menaikkan harga minyak selepas pilihanraya, tetapi realitinya adalah berbeza. Namun, oleh kerana media perdana di bawah telunjuk kerajaan, isu bohong dan tipu sehebat inipun tak akan memberi apa-apa bekas kepada kerajaan. Lainlah jika kita semua sedang berada di negeri antah berantah. Rasanya, dah letak jawatan dek kerana menipu rakyat secara terang-terangan.
Inilah nasib rakyat Malaysia. Kalau pemimpin dengan riang gembira boleh menipu rakyat, apakah yang boleh diharapkan daripada penipu-penipu ini untuk memberikan ihsan dan sayang kepada rakyat? Maka berlakulah episod baru pertembungan rakyat perihatin dengan pemimpin BN yang tidak malu menipu dan menipu lagi selepas tiada malu akan menipu itu menguasai dirinya yang sudah lama biasa menipu rakyat itu.
25.6.08
Harakah Perlu Disegarkan
Bismillah al-Rahman al-Rahim.
Syukur kepada Allah s.w.t atas limpah rahmatNya, belas ihsanNya, kuasa sempurnaNya, maka Harakah telah ditakdirkan menerima kebenaran penerbitan dua kali seminggu sebagaimana laporan yang tertulis di Harakahdaily. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Harakah. Inilah masanya anda semua membuktikan kemampuan yang ada dan terbatas sebelum ini.
Di samping itu, sudah tentu pembaca akan menanti-nanti kelainan Harakah yang kerap ini, supaya kehadirannya dua kali seminggu amat menarik, berbaloi, menyegarkan dan "best".
Mendengar sahaja keputusan tersebut, apa yang terlintas di fikiran saya ialah:
- Harakah jangan sekadar menjadi akhbar pelapor cerita politik seperti Siasah yang diterbitkan sekali seminggu atau Sinar Harian setiap hari. Dua akhbar ini memuatkan banyak berita politik pembangkang dan jika Harakah sekadar mengulangi kondusi itu, pembaca akan hanya jemu membaca perkara yang sama di ketiga-tiga akhbar ini, selain bermacam-macam portal berita internet yang turut menyentuh cerita sama.
- Ketua Pengarang perlu menyusun semula setiap kandungan Harakah agar ia benar-benar mampu membawa cerita, maklumat, tips, idea, ulasan, kajian, tinjauan, pendapat, komen, kritik dan gambar-gambar yang segar. Berita itu bukan hanya politik dalam negara, tetapi Harakah diharapkan mampu menjejaki berita gerakan Islam seluruh dunia, terutama Palestin. Jangan paparkan rencana panjang yang tidak akan dibaca oleh pembaca seperti saya dan ramai pembaca lain.
- Lebih baik dan menarik jika ada ruang di Harakah yang membicarakan ulasan dan laporan akhbar negara-negara umat Islam dunia, khususnya menyentuh kepentingan gerakan Islam, seperti di Somalia, Darfur, Myanmar, Palestin, Mekah, Madinah, Maghribi dan lain-lain.
- Hidupkan ruangan ilmu Islam, tarbiah dan dakwah dengan lebih segar. Perbincangan biarlah melebihi isu-isu tarbiah yang biasa didengar sejak kita menyertai usrah PAS. Isu fiqh moden perlu kerap dipaparkan kepada pembaca dengan memperkenalkan ulama kontemporari yang mahir dalam bidang ekonomi Islam, politik Islam, pendidikan dan lain-lain. Tidaklah apabila disebut ulama dunia, hanya terlintas ulama haraki semata-mata.
- Jadikanlah Harakah bahan rujukan para pelajar, siswa dan siswi untuk memahami isu semasa agama, seperti yang dapat dilihat di Majalah i, Milenia, Al-Islam, dan laman web seperti tranungkite.net, saifulislam.com, zaharuddin.com dan al-ahkam.net. Jangan sempitkan perbincangan hanya dalam bab politik Islam yang telah dimahiri oleh ramai ahli PAS. Ramai siswa dan siswi "meninggalkan" Harakah dan mungkin PAS kerana perbincangan berbentuk ilmiah dan detil berkaitan ilmu-ilmu Shariah tidak berkembang di dalam aktiviti dan program PAS. Bebaskan perbincangan sehingga melangkaui mazhab dan pemikiran lama/tradisional.
Itulah harapan saya yang merupakan pembaca Harakah yang setia sejak 1991 lagi. Harapan anda dan mereka, mungkin sahaja berbeza.
24.6.08
Saya, SMS Dan Tawakal
Hari ini (Isnin) adalah antara hari-hari 'sejuk' saya ke pejabat. Mungkin kerana hari ini adalah hari Isnin. Juga mungkin kerana hari ini adalah hari anak saya ada temujanji dengan doktornya, sedangkan saya tidak bersama. Itulah salah satu kelemahan bekerja dengan orang.
Tetapi, saya berjaya mengumpulkan kekuatan bagi mengatasi sejuk beku yang berlaku, melalui beberapa perkara berikut:-
-
Sistem pesanan ringkas yang memberitahu saya pertemuan di Seri Kembangan pada tengah hari Rabu ini, untuk membincangkan 'projek' kami.
-
Sistem pesanan ringkas daripada sahabat saya yang akan meminda sedikit silap fakta di atas 'kertas' saya, untuk dipanjangkan kepada pihak berkaitan.
-
Sistem pesanan ringkas daripada 'orang lama' yang mengajak saya bertemu untuk membincangkan beberapa perkara.
-
Mesyuarat di luar pejabat, iaitu di UIA, yang saya suka untuk hadirinya.
Moga Allah ta'ala membantu dalam kita membuat keputusan harian yang terbaik. Semalam saya mengajar di Putra Perdana, Puchong. Antara ayat yang saya singgung sedikit adalah ayat yang menyebut tentang tawakal. Aduh... ketika bertemu ayat ini semalam, terasa saya jauh daripada tahap tawakal yang saya perkatakan. Jauh untuk memenuhi kriteria sebagai mukmin yang hakiki.
Allah mengingatkan: “...dan mereka bertawakal kepada Tuhan mereka. Mereka itulah mukmin yang hakiki.”
Melihat kepada dunia, saya akui dunia penuh dengan keadilan, juga ketidakadilan. Dunia dipenuhi dengan ujian, juga cabaran. Dunia sarat dengan perjuangan, juga pengkhianatan. Dunia limpah dengan anugerah, juga ancaman. Dunia tidak sunyi daripada ketakutan, juga kebergantungan kepada Penciptanya. Hanya sanya yang bertawakal itulah yang bijak!
Apa kaitannya antara sejuk, pesanan ringkas, dunia dan tawakal?
22.6.08
Kemampuan Dan Maslahah Dalam Inkar Munkar
Perbincangan ini berdasarkan kepada Hadis Nabi saw yang bermaksud : "Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya dan jika tidak mampu juga maka ubahlah dengan hatinya ( benci di dalam hati ) dan itu adalah selemah-lemah iman." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim .
Ulama secara majoriti menyimpulkan bahawa hukum mencegah kemungkaran adalah fardhu kifayah. Namun jika tiada seorang pun yang melakukannya, maka seluruh yang mampu bertindak dikira berdosa. Ia bermakna, tiada dosa bagi yang tiada berkemampuan untuk mencegah atau menolak kemungkaran yang berlaku itu, tetapi benci di dalam hati adalah wajib secara 'aini bagi seluruh umat Islam.
Membenci di dalam hati adalah wajib bagi yang mencegah dengan kuasa, juga yang mencegah dengan lidah dan yang tidak bertindak apa-apa. Ini kerana kemungkaran tersebut adalah suatu perkara yang dibenci oleh Allah Ta'ala, maka hambaNya turut perlu membencinya sama.
Kewajipan menolak kemungkaran yang saya kemukakan di atas adalah terikat dengan dua elemen penting, iaitu kemampuan melaksanakannya dan maslahah yang diperolehi dengan penolakan atau pencegahan itu.
Kemampuan
Kaitan antara kewajipan menolak kemungkaran dengan kemampuan adalah sangat jelas. Ia bersandarkan kepada hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim tadi. Kaedah peringkatan yang dinyatakan di dalamnya jelas menggambarkan elemen kemampuan itu. Bagi yang ada kemampuan, maka gunakanlah kuasa yang ada. Jika tiada kuasa, maka gunalah lidah, atau lebih realitinya gunakan segala saluran nasihat dan dakwah yang wujud, termasuk pertemuan dan berbincangan. Jika itu juga gagal dilaksanakan, maka jangan sekali-kali tidak membencinya.
Penjelasan sedemikian telah dibentangkan oleh ulama silam seperti al-Jassas di dalam kitabnya Ahkam al-Quran, Imam al-Ghazali di dalam Ihya'nya dan al-Qurthubi di dalam tafsirnya.
Maslahah
Kedua, setiap pencegahan, penolakan dan pembanterasan kemungkaran yang dilakukan mestilah tidak menghasilkan keburukan yang lain, sama ada keburukan baru itu sama taraf dengan yang dicegah atau lebih buruk lagi. Jika keburukan sebegini yang terhasil daripada tindakan inkar munkar ( nahi munkar ) tersebut, maka hukum inkar munkar itu adalah tidak wajib.
Imam Ibnu al-Qayyim membahagikan pencegahan kemungkaran kepada 4 peringkat di dalam kitabnya, I'lam al-Muwaqqi'een.
- Munkar yang dicegah diyakini hilang / hapus sepenuhnya
- Munkar yang dicegah diyakini berkurangan
- Pencegahan itu diyakini menimbulkan keburukan sama taraf dengan munkar yang dicegah
- Pencegahan itu diyakini menimbulkan keburukan yang lebih berbanding munkar yang dicegah
Beliau menegaskan bahawa hukum inkar munkar bagi peringkat yang pertama dan kedua adalah wajib dilakukan secara kifayah. Peringkat yang ketiga pula bergantung kepada ijtihad para ulama terhadap hukumnya dan yang keempat adalah haram.
Bagi memahami peringkat keempat tersebut kita boleh melihat kepada apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sendiri dan juga para ulama muktabar seperti Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
Saya mulakan dengan kisah Ibnu Taimiyyah. Ibnu al-Qayyim menulis di dalam kitabnya kata-kata Ibnu Taimiyyah : "Suatu masa ketika pemerintahan Tatar, aku dan para sahabatku sedang melintasi sekelompok tentera Tatar yang sedang meminum arak. Salah seorang daripada sahabatku mencegah mereka, maka aku pula melarang dia daripada mencegah mereka. Aku berkata sesungguhnya Allah mengharamkan arak kerana ianya menghalang zikrullah dan solat sedangkan arak yang mereka minum itu menghalang mereka daripada melakukan pembunuhan dan merampas harta manusia, maka biarkan mereka."
Ibnu Taimiyyah mencegah perbuatan sahabatnya kerana beliau percaya jika tentera Tatar itu dicegah daripada meminum arak, maka mereka akan melakukan kerosakan dan kemungkaran yang lebih besar iaitu membunuh dan merampas harta.
Sirah
Dua contoh daripada sirah Rasulullah saw yang ingin saya bawakan di sini, bagi memahami peringkat keempat yang diharamkan oleh Ibnu al-Qayyim serta majoriti para ulama.
Pertama, Rasulullah saw tidak mengambil tindakan membunuh ketua munafiqin Madinah, Abdullah bin Ubai bin Salul yang banyak melakukan pengkhianatan dan bermuka-muka dengan Rasulullah dan Islam. Kita tahu, banyak perbuatan khianat yang dilakukan oleh mereka sehingga sebahagian sahabat Nabi saw terpengaruh. Contohnya ialah angkara mereka mengganggu perjalanan Rasulullah dan sahabat ke bukit Uhud untuk berhadapan dengan tentera musyrikin Mekah.
Tetapi Rasulullah saw tidak mahu menghapuskan Abdullah. Hujah yang dikemukakan oleh baginda ialah "Aku tidak mahu manusia mengatakan Muhammad telah membunuh sahabatnya sendiri".
Baginda membiarkan sahaja Abdullah kerana orang ramai tidak tahu dan tiada bukti bahawa Abdullah adalah seorang kafir yang munafiq dan bermuka-muka kononnya memeluk Islam, walaupun baginda mengetahuinya. Bagi baginda saw, persepsi orang ramai bahawa Muhammad membunuh sahabatnya adalah lebih buruk dan bahaya berbanding mencegah kemungkaran kemunafikan Abdullah dengan cara menghapuskannya.
Kedua, tindakan Rasulullah saw tidak membina semula kaabah sebaik pembukaan kota Mekah, berdasarkan kepada tapak saiz sebenar sebagaimana yang dibina oleh Nabi Ibrahim alahissalam. Kaabah dengan saiz yang tidak betul adalah merupakan satu daripada jenis munkar. Tapak sebenar adalah melibatkan hijr Ismail yang wujud sehingga hari ini. Tetapi Rasulullah enggan merobohkan kaabah tersebut dan membina semula kaabah yang baru kerana ketika itu Islam baru sahaja hendak berkembang, ramai di kalangan para sahabat adalah orang baru di dalam Islam dan mereka belum mengetahui banyak perkara berkaitan agama.
Jika merobohnya dan membina semula berasaskan tapak sebenar, dibimbangi oleh baginda ia hanya akan mendatangkan keburukan lebih besar kepada umat Islam ketika itu seperti kekecewaan golongan Quraish yang akan mendakwa Muhammad telah merobohkan kaabah peninggalan nenek moyang mereka dan seumpamanya.
Maka kaabah yang tidak diusik oleh nabi itu kekal saiznya sehingga ke hari ini.
Pakatan Rakyat
Artikel ini ditulis untuk dikaitkan dengan realiti semasa yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat. Sebagai sebuah perjuangan Islam, tindak tanduk PAS tidak lari daripada dikaitkan dengan panduan yang disediakan oleh para ulama. Secara tepatnya, PAS tidak dapat mengelak daripada menilai setiap inkar munkarnya berdasarkan kepada empat peringkat tadi.
Secara lebih terang, persoalan yang saya sendiri tiada jawapannya, apakah perhimpunan aman membantah konsert anjuran anak syarikat kerajaan negeri Pakatan Rakyat, sama ada berkaitan isu terkini atau konsert-konsert akan datang jika diadakan lagi, termasuk dalam jenis yang menghasilkan keburukan lebih besar atau sebaliknya, menghasilkan kebaikan lebih besar.
Penilaian tersebut mesti mengambil kira usaha penerangan dan penjelasan terhadap hukum, perjanjian kerjasama Pakatan Rakyat, ada penglibatan pihak Istana atau tidak dan respon daripada remaja dan pengundi PR yang baru sahaja berada di bawah pentadbiran PR selama seratus hari.
Jika Rasulullah yang secara total memerintah negara Madinah dengan Islam masih bimbang akan persepsi buruk masyarakat Madinah terhadap baginda saw, bagaimana pula dengan sikap PAS di Selangor terhadap pilihan ( option ) mengadakan perhimpunan aman membantah konsert tidak Islamik, selepas kewajipan telah dilaksanakan dengan mengemukakan memo bantahan terhadap MB Selangor.
Di sinilah hikmah yang perlu diterokai oleh para pimpinan dalam menjaga susuk perjuangan Islam di Selangor supaya usaha memperkenalkan Islam dalam jangka masa lebih lama terus diterima oleh masyarakat pelbagai kaum dan pemikiran. Seterusnya kita mengharapkan Islam dan idea "membangun bersama Islam" tidak ditohmah dengan pelbagai persepsi buruk dan akhirnya ditolak secara total.
Malah, mungkin sahaja bantahan sedemikian memberi pengajaran penting dan sangat berguna kepada pemerintah dan rakyat Selangor.
Wallahu a'lam.
21.6.08
Himpunan Membantah Kenaikan Minyak Oleh Pemuda PAS Puchong
Berikut adalah sedikit gambar yang diambil sepanjang aktiviti tersebut. Sambutan yang diberikan oleh orang ramai juga memuaskan. Syabas kepada Ketua Penerangan Pemuda yang menjadi pengarahnya.
Sila klik di sini untuk menyaksi lebih banyak gambar berkaitan himpunan ini.
Petra: Isteri Najib Di 'Lokasi Jenayah' - Malaysiakini
Jun 20, 08 10:33pm
Siapa lagi kalau bukan Raja Petra Kamaruddin - walaupun Datuk Seri Najib Razak beberapa kali menafikannya sebelum ini.
Kali ini pengendali blog Malaysia Today meningkatkan kredibiliti dakwaannya melalui satu akuan bersumpah di mahkamah tinggi
Seperti artikelnya awal bulan lalu yang menyeretnya ke mahkamah, yang pernah dijawab dan dijelaskan oleh setiausaha akhbar timbalan perdana menteri, akuan bersumpah ini diberikan perhatian serius oleh pihak Najib.
"Kami sedang meneliti perkara ini. Akuan bersumpah itu memang membingungkan dan mengelirukan," kata setiausahanya Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus bentuk-bentuk tindakan seterusnya yang bakal diambil.Najib dan Rosmah telah berulangkali menafikan mereka ada kaitan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi itu dan menyifatkan dakwaan tersebut tidak lebih daripada perbuatan untuk "memfitnah dan mereka-reka cerita".
Dalam akuan sumpahnya, Raja Petra menuduh Rosmah antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006. Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian.
Beliau menamakan dua individu lagi itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya seorang pakar bom 'C4' dan isterinya yang yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.
Laporan perisikan
Mayat Altantuya didakwa telah hancur dibom dengan 'C4' di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam. Kes perbicaraan pembunuhannya masih berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa kolonel itu yang memasang bom C4 di beberapa tempat di badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan pengawal peribadinya.
Raja
Penulis blog sensasi itu berkata, beliau juga membuat akuan bersumpah tersebut kerana beliau sedar bahawa menjadi kesalahan jika tidak mendedahkan bukti-bukti yang boleh membantu polis dalam siasatan kes jenayah.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raja Petra mengesahkan kandungan akuan bersumpah tersebut - yang kini dimuatkan di sebuah blog (bukan Malaysia Today). Beliau juga mendakwa dalam akuannya itu bahawa beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib.
Raja
Selain Abdullah dan Khairy, dakwa Raja Petra, "seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan."
Dakwaan terbaru
Penulis itu bagaimanapun tidak mendedahkan beberapa nama yang didakwanya mempunyai maklumat tentang perkara itu. Raja
Dalam temubual melalui telefon, Raja Petra menjelaskan alasannya tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis.
Penulis blog berkata, memandangkan tiada tindakan diambil terhadap laporan polisnya pada 2001 - ketika beliau mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis berpangkat tinggi - beliau tidak yakin lagi untuk membuat laporan polis.
Polis telah menyiasat Raja Petra awal bulan lalu berhubung artikelnya bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' - juga mengaitkan Najib dan Rosnah dalam kes pembunuhan kontroversi itu.
Penganalisa politik Abdul Razak Baginda - yang dikaitkan dengan menteri pertahanan itu - dan dua anggota polis pasukan khas UTK sedang dibicarakan berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.
Jika sabit kesalahan, ketiga-tiganya boleh dikenakan hukuman mati.
Elbaritii: Salinan surat akuan sumpah di sini ( Tranungkite.net )
Sekali lagi keadilan dan sistem perundangan negara diuji. Apakah negara Malaysia telah benar-benar telus atau sedang berada di landasan telus yang sebenarnya!!!
Parti Merentas Kemenangan - Pemuda PAS Selangor
Tajuk artikel ini merupakan tajuk ucapan tema Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ke 42, yang diadakan di Shah Alam pada 14 Jun 2008. Ucapan tersebut telah disampaikan oleh ketuanya, Ybhg. Ustaz Sallehen Mukhyi.
Berikut adalah petikan daripada ucapan tersebut untuk tatapan para pembaca semua, khususnya bagi yang tidak dapat menyertai muktamar tersebut. Juga untuk yang ingin memahami situasi dan idealisme Pemuda PAS Selangor ketika ini.
- Di bawah tajuk kecil Kerajaan Campuran:
"Walau apapun istilah untuk meletakkan kita hanya menumpang kerajaan orang lain, namun realitinya orang lain juga menumpang kekuatan jentera dan kerja kita dalam mencapai kemenangan pilihanraya baru-baru ini."
- Cabaran Pemuda:
"Kita akan memantau dan menegur pemimpin kerajaan negeri agar tidak mengimpot budaya buruk dan jijik tersebut. Elakkanlah dari (pada) perasaan angkuh dan sombong sebagaimana pemimpin BN sebelum ini kerana semua ini menjadi penghalang turunnya keberkatan dari Allah SWT."
"Sekiranya kerajaan negeri lambat menangani masalah ini maka kita mencadangkan agar Badan Perhubungan PAS negeri dapat mengenukakan Pelan Pelaksanaan Manifesto, bagi memastikan segala janji akan tertunai dan sokongan rakyat akan bertambah kuat."
- Parti Merentas Kemenangan:
"Polisi parti mestilah menjadi asas dan tunjang yang utama dalam mengurus tadbir potfolio exco yang kita kendalikan. Keputusan parti mestilah dijadikan sebagai sandaran dalam mencari persetujuan, persefahaman dan kebersamaan mengurus tadbir kerajaan negeri."
"Tahniah di atas penubuhan PASKAD. Namun seperkara yang penting untuk dicadangkan ialah pembentukan jawatankuasa Hisbah perlu diwujudkan di peringkat domestik dengan diwakili oleh kesemua dewan-dewan Pemuda, Ulama dan Muslimat, yang diberi autoriti untuk memastikan ketelusan, menegur yang salah, mengingatkan yang terlalai agar matlamat parti sentiasa merentasi kemenangan yang kita raih."
- Tugas dan Peranan:
"Kita ingin mengingatkan bahawa menjaga kesucian Islam melampaui kepada menjaga Pakatan Rakyat. Kita rela bersendirian untuk Islam sekiranya kebersamaan itu akan mencemarkannya."
Tahniah kepada Pemuda PAS Selangor atas kebersediaan dalam menyiapkan pendirian dan prinsip dewan sepanjang perjalanan nakhoda Selangor Baru ini. Semangat yang ditunjukkan untuk mencapai kecemerlangan tadbir urus negeri memberi keyakinan kepada kita bahawa dewan ini akan terus memacu tindakan berasaskan kepada kebersamaan dan menghormati prinsip.
Kita bersama merakyatkan Selangor dengan kebajikan dan prinsip murni!
19.6.08
Isu Konsert Ella Dan Mas Idayu
Saya menyokong penuh bantahan tersebut. Diharapkan pihak kerajaan negeri mengambil perhatian yang serius dalam hal ini. Alhamdulillah, Sultan Selangor telah perkenan menerima menghadap delegasi Pemuda PAS Selangor untuk membincangkan isu ini. Itulah cara sebaik-baiknya.
Jika persetujuan gagal dicapai, apakah langkah seterusnya? Menurut kenyataan asal Pemuda PAS Selangor, mereka mungkin akan turun berdemo.
Saya lontarkan dua idea;
1. Apakah berdemo boleh menyelesaikan masalah sebenar, iaitu sikap rakyat terhadap konsert hiburan sebegini. Bagi saya konsert yang melibatkan Ella dan Mas Idayu adalah isu zahir sahaja.
2. Jika berdemo tetap diadakan selepas Pemuda PAS menghadap Sultan Selangor, wahh ini akan menjadi bola tanggung kepada BN.
Saya memetik respon Ainon Mohd dalam ruangan komen terhadap tulisan MSO di blognya dan bersetuju persoalan yang diutarakannya.
{ Apakah tidak nanti, strategi dan teknik yang digunapakai bagi menegur penganjur konsert itu menyebabkan kita mungkin "menang pada bertarung tetapi akhirnya kita kalah pada berperang".
Kita mungkin berjaya membuat konsert itu dibatalkan tetapi orang-orang yang kita ajak supaya bersikap lembut dan mahu menerima Islam menjadi takut pada tingkahlaku kita lalu menolak apa-apa yang dikaitkan dengan Islam.Maka berlakulah fenomena "teknik bantahan kita memang tetapi Islam kalah".}
18.6.08
Q&A: Nizar Skirts Questions On Religion
Andrew Ong | Jun 18, 08 2:09pm
Perak Menteri Besar Mohamad Nizar brushed aside many thorny topics, particularly on religion, yesterday.
Among the subjects he skirted:
• The PAS Youth proposal to enforce the Islamic lifestyle in all Pakatan Rakyat states
• The state government decision ‘not to promote’ Islam Hadhari in
• Whether Perak will enact laws that affect the lifestyle of the people
The questions were posed at a press conference ahead of the Pakatan Rakyat state government’s first 100 days in power, to be marked on July 7.
However, Nizar made it clear that the administration of the state comes before the ideology of his party, the hardline Islamist PAS.
He elaborated on this and related issues in a subsequent interview with Malaysiakini, which will publish the report tomorrow.
Edited excerpts follow from the press conference.
What are the projects to be undertaken under the Northern Corridor Economic Region?
There are two phases. The first phase is from now until 2015. It involves four states - Northern Perak, Kedah,
Those are (among) the main items that we are (involved in) with the federal (government). The double-tracking (rail) system will be part of this and also some high-tech parks.
What strategies are being used to spur economic growth?
One strategy to speed up economic growth is to expedite approvals for local and foreign investors...(in) various industries such as tourism, manufacturing and petroleum. One such project has already been agreed upon. The ground breaking session will be held soon.
We are also identifying arrears (accumulated over) the last four to five years, amounting to RM170 million in local authorities and district offices.
I’m heading a committee on increasing state revenue. We would like to appeal to all residents who owe the government money for (land) premiums and quit rent to complement (our efforts) and help the government. We need their assistance.
The federal government is channeling funds to the state through the federal development agency (JPP). Does this infringe on your rights as the state government?
They (federal government) does not respect the democracy that is freshly (minted) in Perak. We will not tolerate the concept of a mini-government within a government. I think that is not right.
Pakatan Rakyat state governments will be discussing the matter.
We will voice (our disagreement) on several platforms for example, at the Conference of Rulers. Prior to that, there is always the conference of chief ministers and menteris besar. That is one platform where we will (ask why the JPP has been abolished in
This is double standards and I think the people are capable of assessing the situation... it has an impact on us. But we have to do business as well.
What cost-cutting measures have you introduced?
At federal level, they are on an austerity drive here and there. The Pakatan Rakyat government made this claim on the first day itself.
(For example) we don’t drive new cars (although the previous government had budgeted for this). They were supposed to replace all the V6 cars because these are not in good condition. But we didn’t take the opportunity to replace the boneshakers. (Sungkai assemblyperson and exco member) A Sivanesan (left) has problems with the gearbox (of the car).
We didn’t take advantage of the allocation to replace the cars. Why? Because we feel bad that the people are faced with rising inflation. It would be very unkind of us (to spend). So we drive the boneshakers. Even if (the cars are) slow, we (still) reach our destination.
Will members of your government declare their assets?
Yes. We will declare our assets once it is done at Parliament level. The forms will be distributed once parliamentarians make their declarations to the Anti-Corruption Agency.
Are you happy with the performance of your government?
We have yet to achieve a level that we are proud of. Now, for example, we are giving land titles. There are still teething problems.
Therefore, I don’t feel satisfied. When we decided to write off compound fines in a one-off move, there were rumours that people were still being issued with notices. These (issues) are ongoing. We have to resolve them because (this is among) our promises.
What about election pledges on water tariffs?
That will be announced later. We have to announce in stages. We cannot announce all 10 (election pledges) at the same time, otherwise we can’t manage.
Have any state government officers left the state administration?
Surprisingly, none. We have told them that if they don’t want to be with us, if they don’t want to listen to us, then the door is wide open. Surprisingly, none of them (left).
Isn't boycotting Utusan Malaysia a form of discrimination?
If we allow the people of Perak (to read the Malay daily), they become even more racist. So it’s the obligation of the government to stop any racist sentiments. It spreads racism. The government cannot tolerate that...(and) if any (other) newspapers do that to the Perak government, I would not hesitate to tell my exco members that (the particular) newspaper must not come to our office.
It would be wrong of the Perak Pakatan Rakyat government to allow racist elements to be spread to readers. (When the newspaper proves it is) not racist, then we will reconsider (the boycott).
PAS Youth has proposed that the Islamic lifestyle be implemented in all Pakatan Rakyat-held states. What is your response?
You have to ask the PAS Youth leadership because I am the menteri besar of Perak. You should call Azman Shapawi (PAS Youth deputy chief). He will answer. He did not make the statement in Perak.
Will there be any changes to laws governing society?
Do you feel any changes in your social life? Are we biting you? It is a non-issue. Your children have been going to school, you have been working, you get your pay. Is there any disturbance?
Your views on Islam Hadhari?
The Federal Constitution is very clear. Article 3 states that the official religion of the federation is Islam and other religions are allowed to be practised. Period.
What about ketuanan Melayu?
Go back to Article 153. We’ll stick to that.
Will Perak ban Islam Hadhari like in Selangor and
You had better correct your statement. Did they say that? Does the word ‘ban’ translate from Bahasa
(Selangor has decided “not to promote” and “to disallow” the spread of Islam Hadhari.
Is there a possibility that state assemblypersons will defect to Barisan Nasional?
As you can see, thank god, (the unity among) all 31 of us (is) still intact. When we elected our speaker and deputy speaker, we were strong and had the confidence of our grouping.
How would you describe the relationship between the three Pakatan political parties in Perak?
Our relationship has been superb and we move like a rocket. The 11 of us have been great. We have nasi bungkus together. We (took a) bus together (to Parliament).
When have you heard of a menteri besar getting on a bus to go to
Nizar: Restoring The Sparkle To Perak
Andrew Ong | Jun 18, 08 1:58pm ( Malaysiakini )
However, the Pakatan Rakyat state government hopes to turn this situation around, following the unexpected mandate it received in the March 8 general election. Menteri Besar Mohamad Nizar Jamaluddin wants to spur economic growth “in order to put the state back where it should be”.
“(Approvals for foreign investment in) various industries such as tourism, manufacturing and petroleum will be expedited. One such project has already been agreed upon. The ground breaking session will be held soon,” he said.
In an interview yesterday, he said the same investors had been turned off by “hanky-panky” involving the previous Barisan Nasional government, as well as by strict conditions that were imposed on them.
“They had to go under-counter and over-counter. Just you imagine... (but we’re telling investors) that Pakatan is investor friendly,” he said.
As part of the growth strategy, Nizar will head a committee on increasing revenue, to overcome a four-year deficit left by the previous administration. The committee is currently tracing the source of arrears amounting to RM170 million that is owed to local authorities and district offices.
“We would like to appeal to all residents who owe the government money for (land) premiums and quit rent to complement (our efforts) and help the government. We need their assistance,” said Nizar.
Asked to comment on the state’s relationship with the BN federal government, he described it as “very, very good” and that a visit by the Northern Corridor Economic Region (NCER) panel was proof of this.
“The state government would assist in any way possible to enhance the NCER, particularly (the) mega-projects,” said Nizar.For starters, the state government will help the federal government to complete the double-tracking of railway lines and the creation of several ‘high-tech parks’.
Meals on the go
Before taking questions, Nizar launched into an 18-minute speech that revealed the long working hours that he and the executive councillors have experienced since taking office. Road trips to the nine districts usually start at dawn and run up to midnight, while day-long ‘meet your exco’ sessions are held on Tuesdays. Wednesdays are set aside for a full-day exco meeting.
“That is why, for the first time, you can see exco members having nasi bungkus (takeaway meals). There is not enough time to go out. We just have about 10-minute break - kao liao (that’s enough, in the Hokkien dialect) - and then we start our meeting again,” he said.
He stressed that the weekly exco meetings have been held without fail, saying “this shows that we have a commitment towards solving outstanding problems (faced by the public)”.
An engineer by training, Kampar-born Nizar, 51, has quickly impressed constituents with his command of Mandarin, Hokkien, Cantonese, Tamil and English, in addition to Malay.
Under the austerity drive pledged since Day 1 of his administration, the state government has foregone new vehicles although the previous government had approved the budget to replace the current fleet of “boneshakers”. “Even if (the cars are) slow, we (still) reach our destination,” he quipped.
The vehicles are not the only slow element in the state - there was initial inertia from civil servants who had adopted a ‘wait-and-see’ approach towards working with the Pakatan government.
“We made it clear in our visits to each district that the government needs their complete allegiance. If not, we would not hesitate to tell them bye-bye!” he said, noting that they are slowly warming up now.
End to discrimination
Nizar alleged that elements of discrimination had surfaced in the previous government’s treatment of the public, and vowed that this would not recur under his leadership.
“When we analyse the problems (raised by the people), when we look at the documents they bring to us, there is always an element of discrimination..... I want to tell (the public) that Pakatan Rakyat doesn’t tolerate any discrimination. Not based on race, creed and religion. None.”
Similarly, he expressed hope that the media would treat his administration with fairness, saying that it has not even covered his distribution of cash and food aid.
“I did not have the privilege of seeing a picture of us giving (aid) to the hardcore poor. Please bear in mind that is partly our right,” he said.
He claimed that insufficient press coverage has also forced him and the exco to hold ceramah at night in each district, in order to communicate information to the public.
“We often lose our voice because sometimes we have to speak at seven functions (a day),” he added.
++++++++++++++
Menanti Pembangunan Sempurna Di Perak Tengah
Sebaik Pakatan Rakyat berjaya memerintah Perak, saya telah mengemukakan beberapa cadangan di blog ini. Antaranya ialah menyelesaikan masalah warga Cina di kawasan Kampung Baru, mengadakan lawatan rasmi ke seluruh daerah di negeri ini dan menganjurkan program khusus untuk kelompok tertentu. Alhamdulillah, apa yang saya fikir dan tuliskan itu, sebahagian besarnya telah dilaksanakan oleh kerajaan atau barisan pimpinan negeri.
Pada 26 Mei, lawatan kerja rasmi telah diadakan oleh YAB Menteri Besar Perak ke daerah kelahiran saya, Perak Tengah. Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Seri Iskandar ( bandar utama bagi Daerah Perak Tengah ) yang merupakan penghubung antara Daerah Kinta dan Daerah Manjung, lebih strategik dibangunkan berbanding daerah yang lain. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan itu. Sebelum itu beliau diberi taklimat pembangunan daerah oleh Encik Hashim Hasan; Pegawai Daerah Perak Tengah.
Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB kerana menyedari betapa pentingnya pembangunan di daerah ini. Bukan itu sahaja, apa yang kami harapkan ialah perancangan baik oleh kerajaan lepas di daerah ini dapat diteruskan dan mana-mana perancangan yang lemah, moga diperbaiki dengan segera.
Seri Iskandar suatu ketika dahulu pernah dicanangkan oleh kerajaan negeri sebagai Bandar Universiti atau Bandar Ilmu. Di sini terdapat beberapa sekolah asrama, termasuk sebuah sekolah agama berasrama, UITM Perak, UTP dan sebuah kolej swasta yang dalam perancangan. Di sini juga terdapat beberapa buah kilang dan taman perumahan yang baik. Antara yang dikatakan akan dibina di sini suatu ketika dahulu ialah lapangan terbang baru bagi Perak dan lebuh raya Ipoh-Lumut tanpa melalui laluan sedia ada Ipoh-Lumut.
Kelemahan yang ketara di sini ialah pakej yang disediakan oleh pihak pengurus lot-lot perindustrian gagal menarik minat pelabur untuk menanam modal di sini. Saya pernah dimaklumkan oleh seorang rakan yang dekat dengan pihak kerajaan lalu, antara masalah di sini termasuklah jualan atau sewaan tanah yang terlalu mahal untuk kegiatan perindustrian. Maka saya harapkan masalah seperti ini dapat diatasi oleh kerajaan baru.
Namun, harapan-harapan di atas tidak mencukupi untuk menyenangkan penduduk di daerah ini. Sejak sekian lama, terdapat zon-zon tertentu di daerah ini yang sentiasa ketinggalan daripada arus pembangunan. Antaranya zon yang bermula daripada Kampung Bota Kiri sehinggalah ke Teluk Sena. Masalah utama di sini ialah sistem pengangkutan yang sangat lemah. Sejak sekian lama ia menjadi masalah besar kepada penduduk di sini.
Saya masih ingat lagi begitu sukarnya untuk pulang ke kampung Teluk Sena, ketika musim cuti persekolahan semasa belajar di Sekolah Menengah Izzuddin Shah Ipoh. Pilihan saya ketika itu hanya bas yang datang beberapa jam satu, teksi yang sangat jarang menuju ke Teluk Sena dan prebet sapu yang perlu diambil dari pekan Parit lagi.
Selain itu, kawasan ini juga tidak terdapat pekan kecil sebagai tempat untuk penduduk menjalankan kegiatan perniagaan kecilan dan membeli belah. Paling dekat adalah pekan Bota Kiri dan Bota Kanan. Jika mahu pekan yang lebih besar, terpaksa menuju ke pekan Parit atau Ayer Tawar. Malah sehingga kini, pekan Seri Iskandar juga belum mampu membangun dengan baik dan sempurna.
Besarlah harapan saya kerajaan negeri melihat dengan teliti pembangunan di daerah ini. Fokuskan kepada pembangunan seperti jaringan jalan raya lebih baik untuk perjalanan lebih lancar Ipoh-Lumut, pembangunan pekan-pekan kecil seluruh daerah, membesarkan Hospital Daerah di Cangkat Melintang, menarik pelabur lebih banyak untuk sumber pekerjaan penduduk, memperbanyakkan lagi kemudahan sukan popular dan sukan rakyat serta membina jambatan konkrit menyeberangi Sungai Perak untuk penduduk di sekitar mukim Lambor.
17.6.08
23 Jun
Syariah: 'Jangan Gagalkan Pakatan' - DAP dan PKR
Di bawah ini adalah laporan oleh Malaysiakini.
Satu sahaja persoalan saya di sini, selain persoalan-persoalan dalam entri di bawah. Apakah Pakatan Rakyat akan gagal dengan setiap parti mahu memperjuangkan dasar masing-masing atau setiap parti sibuk untuk membantah dasar parti rakan?
Abdul Rahim Sabri | Jun 16, 08 4:35pm
Pemuda DAP dan PKR menggesa rakan sepergerakannya dalam PAS agar menfokuskan agenda membentuk kerajaan Pakatan Rakyat yang bersih dan adil, bukannya melaksanakan pentadbiran Islam.
Pergerakan Pemuda dua parti itu juga menggesa Pemuda PAS agar memikir kembali saranannya untuk menegakkan peraturan Islam seperti pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak dan etika pakaian di pejabat.
Setiausaha Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook dan naib ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Amiruddin Shari diminta mengulas kenyataan naib ketua Pemuda PAS, Sabtu lalu.
Azman Shapawi Abdul Rani dilaporkan berkata Pemuda PAS kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam di
Loke (foto, baju putih) berharap PAS menghormati gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga parti, termasuk DAP dan PKR.
"(DAP) tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang yang dilaksanakan dari sudut agama, terutama pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di
"Jangan gagalkan agenda Pakatan Rakyat.
"Fokus kepada perkara pokok iaitu, menjaga kebajikan (rakyat) tanpa mengira kaum dan agama, membanteras rasuah dan memastikan pentadbiran (negeri) telus dan bersih dalam kerajaan Pakatan Rakyat," tambahnya, yang juga ahli parlimen Rasah.
"Tidak ada satu parti yang boleh mengemukakan dan melaksanakan agenda sendiri tanpa rujukan dan persetujuan kepemimpinan Pakatan Rakyat."
Amiruddin (foto kanan) pula berkata saranan PAS itu menjadi "hak parti tersebut" tetapi ia memerlukan perbincangan lanjut dan parti Islam tidak harus terburu-buru melaksanakannya.
"Yang penting, kita perlu tubuhkan kerajaan yang adil, bersih, telus dan tidak korup," katanya.
"Membanteras rasuah adalah perkara yang dipersetujui bersama pada peringkat awal pembentukan pakatan rakyat."
Lagipun, tambah wakil rakyat Batu Caves, PAS tidak meletakkan idea negara Islam atau undang-undang Islam dalam manifesto parti itu ketika pilihanraya Mac lalu.
Pakatan Rakyat harus bergerak dengan asas-asas yang dipersetujui bersama pada peringkat awal pembentukan gabungan tersebut, kata Amiruddin.
"Keutamaan AMK, ialah menunaikan janji yang terdapat dalam manifesto pilihanraya 2008," jelas Amiruddin.
Pertanyaan Kepada Pemuda PKR Dan DAP
Saya ingin bertanya kepada Pemuda PKR dan DAP, ketika satu kenyataan tanpa mesyuarat dan perbincangan dilontarkan oleh seorang exco kerajaan negeri Selangor beragama Kristian berkaitan pembinaan rumah ibadat non-muslim di Selangor, yang jelas menyinggung umat Islam, apakah anda semua mendengar kami bertempik membantah? Apakah ini membantu Pakatan Rakyat kukuh dan teguh?
Ketika Selangor mengutamakan projek babi yang langsung tidak termasuk dalam manifesto PKR dan DAP, apakah Pemuda PAS membantah secara terbuka atau cuba mempertahankannya?
Jika anda semua sentiasa fobia dengan nama syariah disatukan dengan kalimah perundangan, jangan pula sentiasa merasakan setiap tindakan dan kenyataan anda menyenangkan semua pihak
Pertanyaan seterusnya kepada Pemuda DAP dan PKR, apakah anda tahu apa itu siasah syariyyah? Untuk panduan anda, contoh siasah syariyyah yang dilakukan oleh sahabat Nabi saw ialah membina penjara, perpustakaan, baitul mal. Apakah semua ini dibenci oleh DAP dan PKR?
Jangan bercakap perkara yang anda tidak tahu...Mungkin Lim Guan Eng boleh mengajar anda selepas beliau habis mengkaji sejarah Umar Bin Abdul Aziz.
16.6.08
Siasah Syariyyah Di Negeri PR-Respon Terhadap Komen
Pooda...
15 June, 2008 21:57
Elbaritii: Sebelum berbangkit isu PAS tunjuk belang ( tanpa ambil kira benar atau tidaknya ) apakah kenyataan Lim Guan Eng sebaik sahaja mentadbir Pulau
Anonymous said...
I and many others, including liberal Malays and women are counting on PKR and DAP not to betray us to the PAS Taliban/Al-Qaeda wolfs (in sheep clothing though)! There're more urgent things for the good of all rakyat, rather than just to focus on women and girls' clothing (the veil is not compulsory in Islam anyway!)and other so-called laws! They keep on wanting to primitively and barbarically implement religion by the "sword"! And these Mullahs should know that Malays and Muslims are diverse, besides
Noor Aza Othman;
Women for Justice Support group Project.
15 June, 2008 22:47
Elbaritii: Kalau PAS mahu melaksanakan dasar dan kongkongan seperti tindakan Taliban di Afghanistan, PAS tidak akan buat kerja bodoh dengan menghabiskan masa, tenaga, wang ringgit untuk perjuangkan demokrasi, yang akhirnya segala hasil yang diperolehi diikuti dengan perlakuan seperti apa yang anda panggil ala Taliban. Bukankah lebih baik "kami" rampas
Anonymous said...
salam wbt
Noor Aza Othman, i just want to share my humble thoughts here and hopefully we can engange in a meaningful discussion, if you are willing to inshaALlah
we need to understand that Islam is not merely a religion where we pray, fast, pay zakat etc. its more than that. in the Qur'an ALlah clearly says that Islam is
i can go on and on writing about this, but the bottom line is, me and PAS members believe that Islam is the solution to all the misery in this world right now.. and im referring to the true teachings of Islam based on the Qur'an and the Sunnah. OUR God, ALlah is our Creator, and He Knows Best.. we only need to implement what He Says. as human, our knowledge is far from perfect..
wallahua'alam. may He Guide us All
16 June, 2008 05:40
Elbaritii: Thanks and much appreciated.
Anonymous said...
owh and by the way, i think if you believe that the Qur'an is the Message from God, you would agree then that its compulsary for Muslims women to cover up:-) and another thing, we are not against multiculturism and diversity here. in fact, theres a verse in the Qur'an which encourage us to 'know one another' of different tribes and cultures. the issue is not about multiculturism. Islam is universal - it belongs to Malays, Chinese, Indians, Arabs etc if you profess the shahadah:-)
16 June, 2008 05:48
Elbaritii: Again, thanks and may Allah bless us.
Salam dan selamat sejahtera.
Terima kerana meninggalkan komen. Nanti saya akan menjawab apa yang boleh dan patut dijawab.
Terima kasih
16 June, 2008 07:54
Irfan said...
Apa yang kami ingin lihat agar perlaksanaan hukum Islam yang akan dilakukan oleh PAS itu lebih baik dari apa yang telah sedia ada sekarang ini.
Saya tidak pasti yang DAP atau PKR akan menerima baik perlaksaan Islam dinegeri mereka.
DAP menaikkan gaji KAFA adalah untuk mempastikan keadilan sosial, Jadi janganlah PAS terlebih perasan bahwa ia dilakukan kerana menghormati parti PAS.
16 June, 2008 11:10
Elbaritii: Sudah tentu PAS akan
Seterusnya, tiada siapa yang menyatakan kenaikan elaun itu kerana penghormatan DAP terhadap PAS. Sudah keringkah idea DAP sehingga begitu caranya mereka menghormati PAS. Itu hanya serkap anda dan kemudian meletakkannya di bahu PAS?
Serious Shepherd said...
Pada pendapat saya, orang bukan Islam fobia dgn perkataan undang2 syariah atau yg hampir atau seangkatan dengannya kerana takut 'ditindas' seperti di Afghanistan, Iran dan Arab Saudi, sebagaimana kita fobia jika Perdana Menteri Malaysia dari bukan Islam kerana takut jadi seperti umat Islam di Selatan Thailand, Selatan Filipina dan Bosnia-Herzegovina. Jadi jangan terkejut kalau mereka mudah ditakutkan dengan berita macam ni. Kalau mereka takut, kita pun takut jugak.
16 June, 2008 16:22
Elbaritii: Pertama, saya setuju fobia itu wujud.
Kedua, sila sebutkan apakah penindasan yang dilakukan terhadap non-Muslim di Afghanistan, Iran dan Arab Saudi? Apakah pembunuhan Taliban terhadap tentera dan perisik asing di
Apa penindasan terhadap non-muslim di Arab Saudi? Kerana mereka dimestikan memakai pakaian serba gelap dan serba-serbi ditutup? Tahukah anda warga negara USA di Arab Saudi ditatang oleh negara itu?
Mereka yang takut ini hanya takut kepada bayang2 semata2, khususnya bagi yang beragama Islam. Bagi non-muslim, apakah kita pelik dengan penolakan mereka? Sudah tentu tidak. Saya hanya pelik apabila wanita bernama Noor Aza Othman lantas dan pantas menuduh Siasah Syariyyah itu ibarat perlakuan Taliban. Tahukah dia apakah Siasah Syariyyah?
" Salahkah jika kita ingin menghadkan premis penjualan arak? Pertanyaan yang sama, ibaratnya, salahkah kerajaan
Contoh kedua, ibarat
Barat menolak seluar dalam semata2 dan mungkin membenarkan yang selainnya. Kita pula menolak semua di atas kerana agama dan ketimuran. Apa masalahnya? Juga, apakah salahnya jika Kedah contohnya, menghalang pemakaian menjolok biji mata ke tempat peranginan seperti air terjun dan pantai di Pulau Langkawi?
Siapakah sebenarnya yang berkecamuk dan terkeliru? Siapakah yang sebenarnya mendiskriminasi?
Tentang pemakaian tudung, apakah Pemuda PAS mencadangkan ianya diwajibkan atau tidak ke pejabat, itu saya belum tahu. Tunggu saja pelan cadangan mereka."
Elbaritii: 5 perenggan terakhir di antara dua tanda " dan " telah diedit oleh saya daripada tulisan asal yang tidak jelas dan agak mengelirukan. Maaf!